12.

523 22 23
                                    

3 Bulan selepas itu~

syaz sedang membuka kotak yang berbalut soletape begitu juga liya yang ralit menyusun casing telefon bimbit tidak jauh dari tempat syaz berada, hari ini terlalu banyak stock yang baru sahaja masuk, jadi mereka juga harus berkerja lebih masa untuk menyiapkan kerja tersebut.

"hai, nama saya dhia, saya dah lama perati awak" ujar seseorang pelanggan yang berdiri tegak dibelakang syaz. Ditelengkan kepalanya kebelakang dan mendongak perlahan untuk melihat wajah wanita tersebut.

'eh dia ni lagi? stalker ke apa?' Gumam syaz didalam hati, ya dia sedar wanita tersebut selalu datang dikedai aksesori ini dan merenungnya dari jauh, cuma dia mengendahkan sahaja malas hendak melayan.

"oh ya? aku syaz ha." ujar syaz mendatar. Liya yang dari kejauhan masih tidak perasan akan kehadiran dhia disitu. kalau tidak mahu kena smackdown hahaha.

"tahu, saya tengok nametag awak tu" ujarnya sambil memuncungkan mulut sedikit menunjuk kearah nametag milik syaz yang dipin rapi disebelah kiri dadanya.

"ouh hahahaha, okay lah aku nak buat kerja ni, banyak stock baru masuk" ujar syaz berdalih takut takut nanti liya ternampak adengan tersebut mahu kena cubit. Sakit woo.

"kalau saya nak number telefon awak boleh?" soalnya lagi. Mungkin tidak paham akan bahasa?

"tak boleh lah, aku tengah kerja ni, sorry " ujar syaz berdalih lagi dan menjadikan alasannya untuk tidak memberi nombor telefon bimbit nya pada wanita yang bernama dhia ini.

"okay lah, saya tunggu awak habis kerja, okay bye! " ujarnya lagi dan terus mengorak langkah menjauhi syaz. Tiada barang yang dibelinya pun. Sengaja.

"Siapa tu syaz?" soal mia entah daripada mana.

"entah, tiba tiba minta nombor telefon aku" ujar syaz mendatar. Barangan yang berada didalam kotak dikeluarkannya.

"jangan bagi tau? saya tak suka, jangan bagi okay?" ujar mia seraya bercekak pinggang. Eh dia ni siapa? liya mana liya? apesal mia pula ni?

"eh suka hati aku lah, kau siapa? Lol, shuh pergi buat kerja sana" halau syaz.

"Ish yelah, haa! balik ni kita pergi makan nak tak syaz? dah lama awak tak makan dengan saya hm" ujar mia, sengaja suaranya dikendurkan meminta simpati. Kau hingat kau comel? buuu

"taknak. Dah blah" relax syaz menjawab.

"Hm yelah huh.." mia mengeluh perlahan dan berjalan lemah longlai ke cashier semula.

*********

"Huh b penat kan harini? sayang penat lahh" ujar liya seraya memperbetulkan rambutnya dihadapan pintu stor tersebut. Ya disitu terdapat sebuah cermin yang dilekatkan dipintu.

"ye, orang pun penat ni ha hmm" ujar syaz manja. Kepalanya direbahkan dibahu liya dalam keadaan berdiri.

"kesian nya baby saya, dah jum kita balik, saya masakkan awak spagetti okay?" pujuk liya sambil tersenyum sumbing. Dia tahu benar syaz ini hantu spagetti.

"nakkk!!! yeayy tq!! muah" ujar syaz teruja dan mencium pipi milik liya sekilas. Suka benar.

"okay jum balik!!" liya menarik tangan syaz. Lengan milik syaz dipeluk lembut. Kepalanya direhatkan dibahu wanita tersebut.

"hai" ujar seorang wanita yang berada ditiang hadapan kedai tersebut.

"hai? siapa ni?" Soal liya hairan, siapa wanita dihadapannya ini?

"saya dhia, tadi saya ada minta number telefon syaz tapi dia kata dia tengah kerja jadi saya tunggu lah dia" ujar wanita tersebut dan menghulurkan tangan dan disambut dengan ragu ragu oleh liya.

Cinta Hati Ain Syazila [GxG] [COMPLETED✅]Where stories live. Discover now