15.

489 23 0
                                    

(Hey readers jangan lupa buka lagu, nanti boring. Ehek)

Nobody pov~

"Awak keluar makan tadi dengan siapa je? dengan mia aje ke?" soal syaz setelah selesai makan. riak suaranya seakan cemburu. Eh cemburu?

"emm haah, lepastu ada abang dia sekali, nama nya affan, kerja engineer, naik kereta honda city" terang liya sambil tangannya menongkat dagu.

"ouh dah kenal lah ni sampai tahu kerja apa pe semua?" soal syaz lagi seperti tidak berpuas hati. Sah cemburu.

"Awak cemburu ke baby?" soal liya. Tangannya masih ditongkat. Matanya merenung lembut kedalam anak mata syaz. Pipi syaz memerah. Segera dilarikan pandangan tersebut.

"mm..mana..ada" balas syaz tergagap wajah liya tidak dipandangnya. Eleh.

"jangan cemburu okay baby? saya bukan nya player" ujar liya. Sengaja ditekankan perkataan 'player' tersebut dengan niat ingin memerli. Ye lah. Syazkan ramai peminat.

"Tak okay? eh btw tadi dhia ada mesej orang, dia ajak kita sarapan dengan dia esok pagi sebelum pergi kerja" beritahu syaz. Dhia ni memang 24 jam nak berkepit dengan syaz je eh? geram pulak author.

********************************

liya pov~

"Tak okay? eh btw tadi dhia ada mesej orang, dia ajak kita sarapan dengan dia esok pagi sebelum pergi kerja" ujar syaz. terkejut? tak pun. Lebih kepada sakit hati aja sekarang. Kenapa dengan dhia ni? aku benci.

"Eh tak cukup harini, nak jumpa lagi esok ke? awak ada apa apa dengan dia ke baby?" soalku hairan. Yelah syaz ni bukan jenis melayan sangat. Tapi dengan dhia ni. Dia lain macam. Tahu lah ex. Tapi kenapa macam ni sekali? so dah tahu kan kenapa aku sangat ragu ragu dengan syaz sekarang?

"Mana ada apa apa ish" balas syaz.

"Yelah, awak pergi lah sarapan dengan dia, jadi esok pagi saya tak perlu masak lah kan? tak apa awak pergi je sarapan, nanti saya tumpang qila" ujarku. Sebenarnya aku lebih kepada halau. Haha.

"betul ni? okay, nanti jumpa dekat tempat kerja aja okay, muah" balas syaz. Dihadiahkan ciuman dipipiku. Aku terpaku. Bukan terpaku kerana dicium. Aku terpaku kerana syaz sanggup membiarkan aku pergi ke tempat kerja menaiki kereta qila?

jujur. Yang aku harapkan sekarang dia akan berkata kepadaku "alah, tak best lah awak tak ada, tak apa lah lain hari je orang sarapan dengan dhia tu"  tapi. Hampeh. Dalam mimpi jelah kau liya oi dia lagi suka adalah. 

**********************************

syaz pov~

awal pagi lagi aku bersiap, jam ditangan aku kerling. Sekarang pukul 7;02 minit pagi. Tak sabar nak berjumpa cinta hati! yahooo!!!

liya masih lagi didalam bilik mandi, sementara aku dah bersiap untuk bersarapan dengan dhia.

Pintu bilik qila aku ketuk.

tok! tok! tok!

dan pintu dibuka dari dalam, dalan sipi sipi aku terlihat rin yang ralit mengeringkan rambutnya. Manakala qila masih berkemban dengan tuala. Eleh macam tak biasa.

"Ye kau nak apa?" soal qila yang masih lagi berkemban, dikepalanya masih terlilit tuala kecil.

"Harini kau tolong hantarkan liya pergi tempat kerja tau" pintaku, aku membuat mimik wajah yang secomel mungkin hahaha.

"eh kenapa? korang gaduh? " soal qila hairan.

"tak, aku nak pergi sarapan dengan dhia, liya pula taknak ikut, kau tolonglah hantarkan eh?" pintaku lagi. Sepuluh jari aku susun seakan meminta maaf.

Cinta Hati Ain Syazila [GxG] [COMPLETED✅]Where stories live. Discover now