16.

536 24 7
                                    

Syaz pov~

motosikal aku hidupkan, tidak sabar hendak bertemu liya ditempat kerja, apa lah yang dilakukannya sekarang. Rindu.

eh jap. Apa kena pula dengan motor ni, meminta dihantar spa pula dah.

'cepatlah baby, saya nak pergi kerja ni baby' gumam hati aku berkata kepada motosikal ku. Gila.

"kenapa wak?" soal dhia hairan. Mungkin dia ternampak aku seperti struggle untuk menghidupkan motor mungkin.

"tak tahu lah motor ni, buat hal pula time macam ni" luah ku. Tayar motor aku sepak. Auch sakit bodoh hahahaha.

"Tak apa lah, motor tinggal sini dulu, saya boleh tumpangkan awak ke tempat kerja" pelawa dhia dengan memberikan senyuman manis nya. Orang dah pelawa tu jangan menolak gais. Rezeki.

"awak tak kerja ke dhia?" soal aku hairan, yelah dia kelihatan sentiasa 'free'

"Hm tak, mama tak bagi kerja, sejak saya kemalangan dan hilang ingatan dia tak bagi saya pergi kerja, mama kata dia takut saya terjumpa seseorang" terangnya.

"ouhhh siapa pula 'seseorang' tu?" soalku sengaja ingin mengambil tahu walaupun aku tahu aku lah 'seseorang' yang disebut mamanya itu. Yelah mama dia takut dia mengingati semula masa lalu dia yang terpesong ke dunia senget ini.

"Entah lah, bila saya tanya mama selalu mengelak, saya pun dah malas nak tanya" ujarnya sambil fokus dengan pemanduannya.

'memang lah mama kau mengelak, sebab kau lesbian. Plus kau kemalangan pun dengan aku sampai hilang ingatan, takkanlah mama kau nak bagitahu yang kau ni lesbian' bisik hatiku didalam hati.

tipu lah kalau sekarang aku tak terasa fobia menaiki kereta bersama dhia walaupun dhia yang memandu, tapi liya telah mengajar aku cara atasi fobia aku. Jadi sekarang aku gunakan cara tersebut. Walaupun perasaan takut masih ada tapi nak tak hendak aku terpaksa juga melawan.

"awak tak payah hantar saya pergi tempat kerja lah, hantar saya balik rumah terus, nanti saya inform liya" pintaku. Hilang sudah mood aku dek kerana motosikal ku yang membuat hal.

Nombor liya aku dail. Namun tak diangkatnya. Hilang dimanakah dia? merajuk ke dia? tak mungkin lah, dia yang tak ingin mengikutiku bukan aku tidak mengajaknya.

Nombor qila pula aku dail. "Ha, kau nak apa? dah syok berfoya dengan dhia baru nak teringat dekat liya? sampah nya perangai kau" ujar qila dicorong telefon setelah mengangkat.

"ish kau ni, aku nak tanya kau dah hantar liya ke belum? aku call Dia tak angkat pun" soal aku, malas hendak melayan, qila ni lagi dilayan lagi melebih. Mengadu dekat rin kang ha.

"dah, dia tak angkat call? ha padanlah dengan muka kau. Tamak lagi nak dua dua. Kau ingat kau siapa? macam bodoh je tamak. Kau langsung tak jaga hati liya kan? ikut nafsu kau je. Berapa kali aku cakap dhia tu masa lalu. Lepaskan dia. Yang kau tamak sangat nak dua dua kenapa? Jangan nanti kau buat pilihan salah dan kau sendiri menangis tertonggeng ye wahai ain syazila. Aku nasihat banyak pun tak guna juga. Kau bukan nak dengar. Kita tunggu ajelah. " Bebel qila dicorong telefon.

"eeee aku tanya pasal liya je pun kau bebel macam nenek ni kenapa? dah la bye" ujarku seraya meletak gagang telefon. Kusut juga si qila ni. Tapi nak dibuat macam mana. Rakan baik kan?

Dhia yang ralit memandu disebelah aku kerling, dia menahan tawa. Ish.

"awak call siapa tadi?" soalnya, matanya masih tertumpu memandu.

"housemate saya a.k.a kawan baik saya, pagi tadi saya minta tolong dia hantarkan liya pergi tempat kerja, liya pula tak angkat telefon tu yang saya telefon kawan saya tanya pasal liya" ujarku.

Cinta Hati Ain Syazila [GxG] [COMPLETED✅]Where stories live. Discover now