04

105 19 0
                                    

"aku keluar dulu." kata Johnny yang sedang berjalan ke arah pintu utama.

"eo? kau pun nak keluar, Johnny?"

Johnny mengangguk sebagai jawapan dari soalan aku sebentar tadi. aku terus bangkitkan diri. wallet dan barang penting yang terletak di atas meja terus dicapai.

"nak tumpang!" jerit aku, mengejar kelibat Johnny yang seperti tergesa-gesa ingin keluar.

"haihlah perangai. aku baru sampai rumah kot? lepas tu dah kena tinggal." keluh Winwin yang sedang duduk santai di sofa.

aku tersengih. tanganku dilambai ke arah Winwin. "jaga rumah elok-elok. kitaorang pergi dulu, paipai!"

"aku kunci pintu tau!" jeritku sebelum masuk ke dalam perut kereta milik Johnny.

"kau ni apahal tiba-tiba nak keluar? selalunya bukan main sehari tak nak keluar bilik." soal Johnny, aku tersedak air liur akibat diserang oleh soalan mautnya.

"s-saja. turunkan aku kat taman biasa tu tau."

"aik? taman sedekat tu pun kau malas nak jalan? kau ni pelik-"

"coffee satu pack untuk bulan depan aku belanja." dengan pantas, aku memotong percakapannya. senyuman ala kadar ditayang kepada Johnny.

"haih, apa-apa jelah."





























"hai!" aku melambaikan tangan kepada Sulgi yang sedang duduk di satu bangku.

"awak lambat." Sulgi mencebik. dagunya ditongkat, matanya sibuk menatap aku yang sedang menghampiri ke arah dia.

"sorry, tumpang kawan. rasa macam malas nak berjalan." jawabku dengan sengihan dibibir.

aku mengambil tempat dihadapan Sulgi, dagu ditongkat lalu mata tertuju diwajah Sulgi.

cantik, macam hari pertama aku jumpa dia.

"kenapa panggil saya ke sini?" soalku bagi memecahkan suasana yang sedikit sunyi.

Sulgi menayangkan senyumannya, sampaikan matanya tak terlihat.

"saya bosan. nak pergi mall tak?"

aku tercengang selepas mendengar tawaran Sulgi sebentar tadi. mataku kini dialihkan pada pakaian yang sedang aku pakai.

"dengan pakaian saya yang macam ni?"

"hm!" kepalanya diangguk laju. senyuman tadi masih tak hilang.

awak tak penat ke senyum, Sulgi? saya penat sebenarnya nak cair.

lah tiberr

"awak pakai jacket denim, bolehlah cerita. saya pakai semua hitam, lepas tu tak bawa beanie hat saya lagi. nampak sangat serabai saya ni." jari telunjuk diarahkan pada kepala aku, menunjukkan betapa serabainya aku sekarang dengan keadaan rambut panjang aku.

Sulgi bangun, lalu berjalan ke arah belakang aku. rambut aku yang terbiar, kini ditarik ke belakang oleh Sulgi.

kau expect apa daripada aku? aku duduk diam jelah. takkan nak larang? hehehe

"bukak kamera phone awak." suruh Sulgi, lalu duduk seperti asal. senyuman dibibirnya tak lekang setiap kali melihat aku.

JANGAN KATA AKU HODOH SANGAT??

tak memakan masa lama, aku membuka kamera ditelefon aku.

"awak hensem tau. pakailah apa pun, tetap hensem!"

deg!

aku cuba mengawal rasa malu aku selepas mendengar pujian dari Sulgi. wajah dipalingkan ke arah lain.

"gomawo." ucapku perlahan, namun tetap kedengaran oleh Sulgi.

Sulgi hanya mengangguk.

"tadi awak ajak pergi mall, kan? jomlah. saya tahan rasa malu sikit demi awak."

sejurus mendengar penerimaan aku, Sulgi terus berdiri.

"kajja!"

no longer.Where stories live. Discover now