07

79 17 3
                                    

beberapa bulan kemudian.

"Yuta!!"

aku menoleh, senyuman diukir apabila melihat Sulgi yang sudah siap sedia membuka depa.

aku memeluk badannya erat. "rindunya dekat Sulgiii." ucapku ringkas, tapi dapat aku dengar tawa kecilnya.

"mengada. baru sebulan tak jumpa."

aku melepaskan pelukan, bibir dicebikkan.

"awak tak rindu saya?"

"sikit ah." kata Sulgi. 

"takpelah. awak tak rindu saya, biar saja je rindu awak."

Sulgi menggelengkan kepala. dia menggenggam tangan aku secara tiba-tiba. aku?

aku tengah terkejutlah ni.

"eo.."

"saya rasa nak boost mood saya. jom pergi arcade?"

aku mengerutkan dahi selepas mendengar ajakan daripada Sulgi. mataku melihat outfit yang sedang aku pakai.

"dengan pakaian saya yang macam ni?" soalku sambil menatap Sulgi hairan. tanpa ragu, Sulgi mengangguk dengan sengihan dibibir.

aku punyalah dah pakai kemeja segak-segak, nak ajak dia date dekat restoran mahal sikit, tapi dia ajak aku pergi arcade?

masa tu aku pakai selekeh, dia boleh paksa aku pergi mall. sekarang aku tengah segak lagikan kacak...????

keluhan dilepaskan. nak tak nak, terima jelah. muka dah beria sangat.

"jom."





































"apa ni! mana adil score awak lagi banyak!" rengek Sulgi. aku letak penembak mainan milik arcade ni lalu jelirkan lidah ke arah Sulgi.

"padahal saya banyak protect awak tauu."

"eleh protect saya konon. monster belakang awak banyak tau, saya yang back up okay." balasku sambil mencebikkan bibir. tangan disilangkan ke dada untuk menayang gaya riak.

"jom ah basketball lagi."

aku mengerutkan dahi.

"seriuslah basketball lagi?"

Sulgi mengangguk laju. baru saja dia ingin melangkah ke arah basketball, aku terus menahan tangannya. 

"awak tak lapar ke?"

Sulgi menggeleng.

"saya lapar. jom pergi makan dulu. battle score basketball tu lain kali jelah, Sulgi." 

aku menarik tangan Sulgi dengan berhati-hati tanpa menunggu jawapan daripada dia. ini kalau tak ditarik, mahunya sejam lagi duduk dekat sini.

buktinya, aku dengan Sulgi dah nak dekat 4 jam dekat arcade tu. semuanya sebab Sulgi punya lagi 'setengah jam lagi'.

"Sulgi?"

aku menghentikan langkah apabila dengar nama Sulgi dipanggil.

"Dohyuk? awak buat apa dekat sini?"

aku memandang Sulgi dan lelaki dihadapan aku bersilih ganti. ada apa-apa yang aku ketinggalan ke?

"ada hal kerja. ni siapa pulak?" soal lelaki tu lalu pandang ke arah aku.

"kawan. saya minta dia teman saya hari ni."

lelaki tersebut mengangguk. 

"jangan sampai kantoi. aku malas nak cover kau."

Sulgi sekadar mengangguk. dia menepis tangan aku selepas mendapat lirikan daripada lelaki tersebut.

"aku pergi dulu."

aku memandang sosok lelaki tersebut lalu pandangan aku dialihkan pada Sulgi yang berada di sebelah aku.

"haih, nanti saya explain."

no longer.Where stories live. Discover now