[S2] 10

50 11 0
                                    

mitsuko 〃> _ <〃

nkyt :
aku dekat luar dah
cepat keluarrr
seen.

amboi, seen je aku?

tiba-tiba tingkap kereta diketuk.

uish, laju betul Mitsuko jalan.

aku membuka kunci kereta, lalu dilock kembali setelah Mitsuko masuk ke dalam kereta.

sepanjang perjalanan, suasana dalam kereta sunyi je. kadang bunyi radio yang meriahkan kereta, tak pun suara kitaorang bergaduh sebab jalanlah, nak berhenti kat stesen minyak lah, sorang mabuk kereta lah.

yang paling aku dapat perhati, antara dorang tiga dekat seat belakang, ada sorang yang tengah tenung Mitsuko.






































































"aduh."

Taeyong jatuh terduduk. Winwin pula tengah membungkuk sambil terbatuk-batuk. Manakala Johnny, aku dan Mitsuko hanya perhati gelagat mereka berdua sambil meneguk air mineral.

ya, kitaorang baru lepas naik roller coaster. sebab tulah dorang terseksa semacam.

"lepas ni nak main apa?"

"super jet, nak?" saran Mitsuko.

"pusing-pusing jugak ke?" tanya Winwin yang dah semakin membaik.

dengan laju, Mitsuko mengangguk.

"NO." jawab Taeyong dan Winwin serentak. kami bertiga gelak selepas mendengar bantahan mereka berdua.

"kita pergi makanlah dulu. lepas tu baru naik super jet tu!"

aku tergelak. "gila ke? kau nak ke isi perut dorang dua terkeluar?"

Mitsuko menggeleng.

"kita main tembak-tembak jelah lepas makan."

"SETUJU. DAH JOM!"

lagi-lagi aku tergelak melihat kelakuan Taeyong. eee nampak je macho, tapi naik roller coaster sekejap je dah jadi lembik.


+

telefon aku berdering. aku membaca nama pemanggil sebelum mengangkat panggilan tersebut.

"yeoboseyo"

"Y-y-yuta.."

"yah! Sulgi?!" aku bersuara panik selepas mendengar suara Sulgi yang lemah. kawan-kawan aku yang berada dihadapan aku semua memandang aku pelik.

aku memanggil nama Sulgi berulang kali, namun tiada satu pun suara yang menyahut. aku berdecit geram lalu matikan panggilan.

"aku chaw dulu, ada hal urgent. jagakan Mitsuko. Mitsuko ikut cakap dorang tau? aku pergi dulu."

"tak nak guna kereta?"

aku menggelengkan kepala. aku melangkah laju keluar dari tempat ini lalu menahan satu teksi yang kebetulan baru sampai.

"ahjussi, bawa saya dekat alamat xx. kalau boleh, cepat sikit ya ahjussi?"

driver teksi itu mengangguk lalu membawa dengan kelajuan sedikit laju.

Kwon Sulgi.. bertahan.

no longer.Where stories live. Discover now