[S2] 19

57 13 0
                                    

*start dari chap ni, Sulgi dah beranak tau. saja bagitahu, takut ada yang confuse.

+

"Sulgi."

"hm?"

aku menatap wajahnya pelik. dia ni biar betul?

"awak tak nervous ke? lepas ni awak nak kena naik mahkamah tau."

Sulgi mengangkat kedua bahunya. dirinya sibuk bermain dengan Taejeon yang masih berumur 2 bulan.

"saya rasa macam agak tawar hati dah. saya cuma risau pasal hak penjagaan anak je. saya harap dia boleh bertolak ansurlah since dia yang tak nak anak ni."

aku terdiam selepas mendengar ayat Sulgi. gaya dia macam betul-betul dah tawar hati. berbeza dengan diri dia yang sebelum ni. asyik nangis sebab Dohyuk.

"Yuta."

"ya?"

"awak akan ada dengan saya lepas saya bercerai nanti?" tanya Sulgi. matanya masih menatap Taejeon.

"ada alasan ke untuk saya berjauhan dengan awak? lagipun kitakan kawan."

"yeke kawan?"

aku tersentak. mata aku kini alihkan pada jam tangan aku.

"ada lagi berapa minit. jomlah standby masuk mahkamah."

aku terus membuka pintu kereta. sempat aku dengar decitan Sulgi.































































telinga aku teliti mendengar setiap bait-bait kata daripada hakim, Dohyuk dan Sulgi.

Taejeon pula berada dengan ibu Sulgi. sepatutnya aku yang tolong jagakan Taejeon, tapi ibu Sulgi kata dia tak sanggup nak hadap.

ya sudah, aku bagi Taejeon dekat ibu Sulgi.

aku menghela nafas berat selepas mendengar dua kali ketukan daripada hakim, yang bermaksud keputusan mereka dah muktamad.

masing-masing menunduk tanda hormat ke arah hakim sebelum keluar daripada bilik ini.

keadaan senyap. tiada siapa pun yang bersuara, kecuali makcik makcik bawang yang berada disekitar mahkamah ni.

"Yuta, aku nak cakap dengan kau." panggil Dohyuk. dia memberi arahan untuk aku pergi ke satu tempat.

"Sulgi, awak pergi masuk dalam kereta dulu. kalau awak nak balik dulu, balik je okay?"

selepas mendapat anggukan daripada Sulgi, aku terus berjalan ke tempat Dohyuk sedang berdiri.

"ada apa?"

"aku dah ceraikan dia."

aku mengangkat kening kanan aku.

"okay..? lepas tu?"

"jaga dia elok-elok sebagai pengganti aku. jujur, aku tak pernah kisah pasal dia sepanjang kami kahwin. tengok kau yang gigih ni, boleh nampak kau sayang dia sangat-sangat. jangan sia-siakan dia tau."

no longer.Where stories live. Discover now