11

69 14 2
                                    

mataku menatap satu rantai leher yang sedang dipegang, lalu pandangan dibuang ke arah luar tingkap kapal terbang.



"Yuta-san."

"ya, Mitsuko?" aku menatap Mitsuko yang berada disebelah aku sambil menayangkan senyuman manis. dia hanya menunduk, langsung tak pandang muka aku.

muka aku yang kacak ni pun dia tak nak pandang ke?

"tak boleh tangguhkan dulu ke nak balik Korea tu? tak boleh ke stay dekat sini lebih lama lagi?" 

pertanyaan daripada Mitsuko membuat aku tersentak. keluhan dilepaskan sebelum bibir aku mengukir senyuman nipis.

"tak boleh. ada hal penting yang aku perlu buat dekat sana." balasku dengan nada sedikit sendu. Mitsuko hanya diam. kepalanya masih menunduk, menatap lantai studio yang sedikit kotor.

"jangan risaulah, aku akan datang Jepun lagi."

"b-b-betul ni?" 

aku mengerutkan dahi lalu mengalihkan pandangan aku ke arah Mitsuko.

"hey, daijoubu?" soalku panik selepas melihat air mata Mitsuko mengalir. dia menggelengkan kepala laju, dan tangisannya mula kedengaran satu studio. fuh, nasib baik semua orang dah balik.

"kenapa cepat sangat awak balik? tak sampai sebulan awak dekat sini hiks-"

dengan perasaan yang agak ragu-ragu, aku memeluk badan Mitsuko. tanganku mengusap kepala Mitsuko bagi menenangkan dirinya.

"gomen, Mitsuko. aku janji aku akan datang sini balik." kataku perlahan. tanganku masih setia mengusap kepala milik Mitsuko.

tiba-tiba aku terasa ada sesuatu ditangan aku.

"simpan benda tu elok-elok."























































































"daisuki, Yuta-san."

no longer.Where stories live. Discover now