13

66 16 2
                                    

"you may kiss your bride."

"oi Yuta."

aku menoleh apabila suara Taeyong menyeru nama aku. kening sebelah kanan aku diangkat sekali, menandakan aku sedang bertanya 'apa' ke arah Taeyong.

"saja distract kau daripada tengok scene haram tu." jawab Taeyong ringkas. aku menayangkan muka datar ke arah dia.

"dah tu Johnny dengan Winwin tu? padahal Winwin tu muda daripada kita bertiga tau." jawabku tak puas hati. Taeyong memukul kepala aku tanpa rasa bersalah.

"sejak bila kau jadi bodoh ni? aku buat macam tu biar kau tak sakit hati. elok kau tak nangis, tiba-tiba nangis. malu ah sikit, jantan kot."

aku berdecit. "kalau jantanlah kena tengok scene tu walaupun sakit hati."

"ha tengoklah tu, dia masih chu chuu tu." jawab Taeyong dengan nada perli. aku mengeluh malas. pandangan aku masih ke arah Taeyong.

betul lah apa yang Taeyong cakap, aku tak sepatutnya tengok scene tu. dengar dia bersumpah tadi pun mata aku dah terasa berpeluh, apatah lagi kalau aku tengok scene kiss tadi. menangis agaknya.

"psst, dia datang."

aku mengerutkan dahi.

"siapa?"

"Yutaaa!"

aku menoleh ke arah suara tersebut. kelibat Sulgi yang semakin mendekat itu aku hanya tatap dengan pandangan sendu.

tangannya didepakan, menunggu aku masuk ke dalam pelukannya. dengan laju, aku terus menggelengkan kepala.

"awak dah lupa ke yang awak baru je jadi milik orang? hm?"

Sulgi mencebikkan bibir. dia kembali menurunkan kedua tangannya.

"saya rindu awak je. saya ingat awak tak datang, kecewa teruk saya masa tu!"

aku tergelak kecil apabila dia masih mencebikkan bibirnya.

"tapi sekarang saya dah datang, kan?" kataku ringkas, Sulgi tersenyum lalu mengangguk laju.

tiba-tiba kedua tangannya dihulur ke arah aku.

"nak hadiah."

baru saja aku nak usap kepala dia, aku terus batalkan niat apabila teringat yang Sulgi dah jadi milik orang lain yang sah.

"saya dah letak dekat tempat hadiah. jangan kecewa tau bila dapat tahu barang apa yang saya bagi nanti."

"naee. terima kasih, Yuta! saya pergi dulu!"

Sulgi berjalan ke arah meja keluarganya setelah mendapat anggukan daripada aku.

"lepas ni dah boleh slow-slow move on, Yuta. atleast kau dah tahu yang dia dah bahagia. tugas kau dah selesai."

aku hanya mampu mengeluh selepas mendengar ayat Taeyong. betullah apa orang ramai cakap, happy ending tak selalu berakhir dekat semua orang.

no longer.Where stories live. Discover now