[S2] 01

66 13 2
                                    

aku menguak pintu bilik Johnny perlahan.

"psst,"

Johnny yang mulanya sedang fokus bermain dengan telefon, kini menoleh ke arah aku.

"apa, gila? masuk jelah. macam nak merompak pun ada." jawab Johnny sedikit terpinga-pinga.

aku hanya tersengih sebelum masuk ke dalam bilik Johnny.

"kau guna kereta tak?"

Johnny hanya menggelengkan kepala. dia sambung main telefonnya.

"aku pinjam tau."

"guna jelah. guna duit kita berempat jugak."

aku berdecit. "mana tahu nak guna. aku nak keluar lama sikit, nak dating. hehe."

Johnny yang sedang baring, terus mengubah posisinya kepada duduk. matanya memandang aku dalam.

"asal kau ni?"

"kau dah ada awek ke siot?"

aku bangun dari katil Johnny lalu ambil kunci kereta yang elok tergantung disebelah pintu bilik ini.

"tak pun. gurau je hehe." aku tersengih ke arah Johnny sebelum berlari keluar dari biliknya.

selalunya Johnny akan baling barang yang berdekatan dengan dia. jadi nak mengelakkan benda yang tak diingini, apa salahnya kita sediakan payung sebelum hujan, kan?

lah tiberrr































































aku melambai tangan ke arah seseorang apabila kami bertentang empat mata. dia tersenyum lebar lalu membalas lambaian aku kembali.

dari jauh, aku boleh nampak dia nak berlari ke arah aku. dengan pantas, aku menunjuk tanda pangkah menggunakan kedua tangan aku kepada dia.

ada kang anak orang tersadung dekat airport nanti. kan ngga lucu.

"RINDUUUU!" jerit Mitsuko tanpa mempedulikan orang disekeliling. dia memeluk aku erat, tiada rasa ingin melepaskan pelukannya walaupun sudah beberapa minit berlalu.

tanpa sedar, kedua-dua hujung bibir aku menaik. aku mengusap belakang kepala milik Mitsuko perlahan.

"hey, tak nak lepaskan ke?"

Mitsuko terus melepaskan pelukannya selepas ditegur. tangannya mengesat air mata yang sedang jatuh.

"yah, daijoubu?"

Mitsuko menggelengkan kepala. dia mencebikkan bibirnya, matanya dialihkan ke mata aku.

"r-r-rindu."

aku tergelak kecil. hidung milik Mitsuko aku cuit geram.

"sejak bila kau jadi cry baby ni? geram aku tengok." kataku, masih dengan gelak kecil tadi.

aku menarik kepala hoodie milik Mitsuko.

"ee, tak malu ke nangis kat public? dah, jom. mesti obasan dah tunggu lama."

Mitsuko mengangguk. dia membuntuti langkah aku yang sudah berada di depan.


+

saja nak mengingatkan, percakapan Yuta dengan Mitsuko ni dalam bahasa Jepun tau. walaupun sebenarnya macam takde function pun bagitahu hehe ✌️

no longer.Where stories live. Discover now