[S2] 14

50 13 0
                                    

aku membuka pintu wad dengan perlahan, dengan niat tak nak mengejutkan para pesakit yang berada di dalam wad yang sama dengan Sulgi.

Sulgi tersenyum lalu melambaikan tangan ke arah aku.

"hai!!"

aku melambai kembali. dengan segera, aku membawa langkah di katilnya.

aku meletak satu bekas bubur dimeja sebelah katil Sulgi.

"bubur?"

"hm!"

"apa bezanya dengan makanan hospital? cubalah bawak kyochon ke, apa ke. ini bubur jugak awak bawak?" bebel Sulgi. aku menggelengkan kepala.

"amboi amboi, orang sakit mana boleh makan lebih-lebih. lagipun bubur saya berbeza dengan bubur hospital okay!" balasku. tanganku disilang ke dada.

"apa bezanya?"

"ada penambah rasa. rasa cinta dan kasih sayang."

Sulgi tergelak kecil. "amboi, kemain dia. rasa cinta dengan kasih sayang konon. tuih!"

aku mengelap muka aku, berpura-pura yang Sulgi meludah ke arah aku. "awak ludah dekat saya? habis basah muka saya!"

Sulgi memukul bahu aku sambil tergelak.

aku tersenyum sampai menampakkan barisan gigi aku.

tengok dia boleh gelak macam dulu lagi pun aku dah rasa bersyukur. muka dia yang cemberut sebab tak dapat apa yang dia nak, gelak disebabkan lawak basi aku,

dikatakan semualah sisi cerah dia aku suka. berbanding dengan sisi sendu dia. menangis disebabkan Dohyuk tak guna.

"keadaan awak macam mana? feel more better?" soalku bagi meneruskan perbualan.

Sulgi mengangguk.

"dengar cerita awak tumbuk suami saya. betul ke?"

aku mengangguk perlahan. "sorry."

Sulgi menggelengkan kepala. tiba-tiba dia mengusap kepala aku.

"pelik. orang yang tak ada kaitan dengan rumah tangga saya yang sibuk perjuangkan saya. sedangkan semua orang yang berkaitan dengan rumah tangga saya, semuanya buat bodoh je." kata Sulgi, masih lagi mengusap kepala aku.

tak. sekarang ni, nampak macam mak tengah usap kepala anak dia tau since perut Sulgi tengah membesar sekarang.

"Yuta, terima kasih." Sulgi berhenti mengusap kepala aku.

mataku kini beralih ke wajah milik Sulgi. senyuman manis dia, ada maksud yang dalam disebalik senyuman tu.

"terima kasih dah jadi watak penting dalam hidup saya. saya hampir bunuh diri. tapi saya masih terfikir pasal awak yang sibuk kisahkan saya dari awal kita kenal sampai sekarang. terima kasih sangat-sangat."

no longer.Donde viven las historias. Descúbrelo ahora