03

108 19 0
                                    

"YUTAAAA!"

aku membuka mata selepas mendengar jeritan tersebut. aku menghidupkan telefon yang betul-betul tepat berada di sebelah aku.

8:13 a.m? lambat betul aku bangun harini.

tanpa melengahkan masa, aku capai tuala lalu masuk ke dalam tandas.




































aku menuruni satu persatu anak tangga. mataku fokus ke sosok tubuh seseorang.

"aik? awal balik?"

"kau tak suka ke aku balik awal, hm Yuta?"

aku menggelengkan kepala berserta sengihan dibibir.

"mama ada bungkuskan nasi goreng kimchi tadi. ada kat dapur. pergilah makan sana." setelah memberi arahan, dia kembali menumpukan perhatian sepenuhnya ke televisyen.

perkenalkan housemate aku yang kedua, Dong Si Cheng, tapi dipanggil sebagai Winwin. partner tengok anime aku —yang sebenarnya selalu kena paksa dengan aku.

"yosh."

aku mengambil langkah ke arah dapur. seperti yang dikatakan oleh Winwin, ada sebuah tupperware bersaiz sedikit kecil diatas meja dapur.

tapi tinggal sikit ha. tak guna betul.

"Johnny dah makan ke?"

"ya, habiskan lah."

aku mengangguk sebelum membuka tupperware tersebut. dah alang-alang tinggal sikit, baik makan dekat tupperware dia je, kan? tak perlu nak buat kerja dua kali.

aku terus ambil sudu dan susu di dalam peti ais. baru saja aku nak duduk, suara Winwin kedengaran.

"aku tahu kau nak buat apa. pergi ambil pinggan sana, nanti biar aku yang cucikan. dasar pemalas."

aku tersengih selepas mendengar arahan Winwin. aku segera mengambil pinggan, lalu senduk nasi goreng tersebut. manakala Winwin, dia sibuk check peti sejuk.

"peti sejuk tu bukan ada pape pun." kataku selamba. Winwin merenung aku tajam.

"dah tau takde pape, kenapa tak pergi beli?"

lagi-lagi aku tersengih. "nanti petang baru pergi h-hehe."

dia menggelengkan kepala.

"suka-suka kau lah. yang penting beli. aku malas nak keluar, nak rehat."

aku hanya mengangguk.

"Johnny is back!"

"eo?" aku menoleh, melihat Johnny menjinjing beberapa plastik ke dapur.

"mana eomma?" soalku ringkas. Johnny mencebik.

"eomma tak jadi pergi sini. tiba-tiba ada hal katanya. penat je aku kemas bilik aku biar nampak kemas!"

aku tergelak kecil. rindulah tu. anak mana je tak rindu dengan mak, kan?

mata aku kini dialihkan pada plastik yang Johnny jinjing tadi. "kau pergi market sekali tadi?"

Johnny mengangguk. "dah alang-alang keluar."

aku menunjuk thumbs up kepada Johnny. seolah-olah faham maksud aku, dia berdecit.

"pemalas betul."

aku tersengih tanpa rasa bersalah. settle lah kerja aku, kan?

ting!

aku pandang telefon yang terletak di atas meja. pesanan tersebut dibaca dengan teliti. tak lama kemudian, senyuman terukir dibibir seorang Nakamoto Yuta.

no longer.Where stories live. Discover now