05

102 19 7
                                    

"Yuta. sini sini!" panggil Sulgi yang tak jauh daripada aku. tangannya tak henti-henti mengarahkan untuk aku ke sana.

sampai saja aku dihadapan Sulgi, mataku dialihkan pada barang yang sedang Sulgi pegang.

"cantik! awak nak?" soal Sulgi, sambil melihat aku dan bucket hat ditangannya bersilih ganti.

"warna putih. warna dia terlalu terang sangatlah untuk rambut saya."

Sulgi menyelak beberapa bucket hat yang berwarna gelap selepas mendengar ayatku sebentar tadi.

"awak ada beli baju baru tadi, kan? saya rasa ni boleh match dengan baju tadi!" sekali lagi, Sulgi melihat aku dan bucket hat yang baru saja dipilih bersilih ganti.

"rasanya betullah. awak tunggu sini kejap, saya nak pergi bayar."

"tapi-"

tanpa sempat aku menahan Sulgi, dia telah berlari ke arah kaunter.

ppak!

aku gosok kepala aku yang barusan diketuk menggunakan remote tv. mataku melihat kelibat disebalik dalang yang baru mengetuk kepala aku.

"oh? Taeyong?"

"apa? kau nak marah aku ke?" soal Taeyong sambil bercekak pinggang.

aku tersengih sambil menggeleng.

"bila balik?" soalku sebaik saja Taeyong menghenyak punggungnya disebelah aku.

"aku dah balik sejak 20 minit lepas siot. kau tak sedar kehadiran aku, Yuta?"

aku hanya diam. kalau aku balas ni, mesti jadi pergaduhan yang tak terlalu pergaduhan antara aku dengan Taeyong nanti.

"apahal senyum senyum tadi? jumpa baru?" soal Taeyong, aku mencebikkan bibir.

"cakap macam dia barang je."

"sorry sorry. kau jumpa orang baru ke, Nakamoto Yuta?" soal Taeyong kembali, membetulkan ayat sebelum ini.

aku hanya mengangguk perlahan. hujung bibir aku menaik apabila mengingati senyuman dia.

manis macam gula.

"amboi. belum cerita apa-apa, dah senyum macam orang gila. cerita ah sikit, macam mana boleh jumpa dengan dia." ujar Taeyong, tangannya tak henti-henti menyenggol lengan aku.

"kau dah ada crush ke belum?" soal aku singkat.

dengan muka sedikit keliru, Taeyong mengangguk. "random gila. apahal tiba-tiba tanya pasal aku ada crush ke tak ni?"

aku menggeleng. "kot kot kau sailang crush aku lepas ni ke. ha siapa tahu?" aku menayang sengihan tanpa rasa bersalah kepada Taeyong.

"kau ni, takde masa aku nak sailang orang punya!"

aku tergelak kecil apabila kusyen sofa mendarat betul-betul tepat dekat muka aku.

"aku nak make sure je. keselamatan." jawabku separuh tawa.

nafas ditarik dan dihembus dengan tenang sebelum bercerita kepada taeyong.

"aku jumpa dia dekat taman."

"please jangan cliche."

aku memandang tepat ke arah Taeyong. senyuman maut dihadiahkan pada dia.

"nak dengar ke tak nak?"

Taeyong tersengih seperti kambing busuk, kepalanya diangguk tanda ya.

"bagi aku, dia unik gila. muka dia dah perfect dimata aku, tapi dia tetap insecure. ramai kata muka dia hodoh."

"nak tengok muka dia!"

aku jelirkan lidah pada Taeyong, menandakan tidak. maka, dia pun tunjuk muka pasrahnya.

"lepas tu, aku comfort lah dia. sambil tu ada ah aku selit lawak basi aku-"

"aku turut bersimpati kat perempuan tu sebab terpaksa dengar lawak kau." potong Taeyong sambil menggelengkan kepala perlahan.

entahlah, aku pun tak tau jugak kenapa aku boleh bertahan untuk berkawan dengan Taeyong ni.

"cih, at least dia gelak tau!"

"mana tau dia terpaksa sebab nak sedapkan hati kau?"

"anjing."

Taeyong ni buat aku insecure nak melawak dekat Sulgi lah. dasar kawan tak guna.

"sorry sorry. aku gurau je ish. lepas tu, kau dapat gain trust dia lah?"

"agaknya? sebab dia berani je ajak aku keluar sama-sama."

"aku harap kau betul-betul sukakan dia lah. aku takut kau confuse dengan perasaan sendiri. sayang, ataupun simpati."

no longer.Where stories live. Discover now