01

195 26 0
                                    

aku bersiul, menikmati suasana pagi yang masih sepi di taman permainan berdekatan rumah aku.

drrt drrtt

aku menyeluk tangan aku ke dalam poket hoodie, lalu keluarkan telefon milik aku. pesanan ringkas daripada johnny aku baca.

john :
dekat mana?

nkyt :
taman. ambik angin.

john :
tolong belikan aku kopi kat 7e balik nanti. thank u.

setelah menerima balasan pesanan daripada Johnny, aku kembali mematikan telefon aku.

aku mengambil satu tempat duduk, dimana berdekatan dengan bahagian buaian. kelihatan seseorang perempuan yang sedang duduk di satu buaian tanpa membuat pergerakan.

aik? bila masa dia dekat situ? aku yang terlalu leka chat dengan Johnny atau dia baru sampai? patut ke aku tegur?

tegurlah. mana tahu dia perlu pertolongan. maksud aku, mana tahu dia baru lepas putus dengan boyfriend dia kan? kita tak tahuu

"ekhem, cik?"

dia mengangkat wajahnya setelah mendengar suara aku. sengihan kecil dipamerkan kepada aku.

eh?

"kenapa cik duduk kat sini sorang-sorang? tak takut kena culik?"

"anii! manade orang nak culik saya yang hodoh ni."

aku duduk dibuaian bersebelahan dengannya. mukanya ditenung lama oleh aku

"siapa yang cakap cik hodoh? cik ni 99% cantik tau!" pujiku. dia mengerutkan dahinya.

"lagi 1%?"

"tak tahu. selalunya iklan kata dapat menghapuskan 99.9% bakteria je, jadi saya cakap benda sama dekat cik. mungkin 1% kecantikan cik ni ada dalam hati cik?"

dia tergelak selepas mendengar lawak basi aku.

aku tergelak kecil. "cik lawa kalau gelak."

"nae?"

aku menggelengkan kepala. "takde pape. saya tanya lawak sangat ke ayat tadi?" aku mengalihkan perbicaraan.

dia tersenyum lalu mengangguk.

"bolehlah sikit. atleast terhibur sikit saya pagi ni." dia tersengih lagi ke arah aku. kini dia mula buat pergerakan —menghayunkan buaian walaupun sedikit perlahan.

"orang selalu panggil saya hodoh. saya.. hodoh sangat ke?" soalnya dengan suara sedikit sendu.

aku terkedu. perempuan secantik ni dorang kata hodoh?

"listen. kalau cik nak tahu, cik ada mata warna biru cair. cantik sangat-sangat! senyuman pula, cik ingat saya tak cair ke tengok senyuman cik? dengan lesung pipit lagi. bonus tau! kesimpulannya, cik cantik sangat-sangat. tak wujud kata hodoh untuk cik." aku terangkan dengan bersemangat. bibir aku menguntumkan sebuah senyuman.

dia tersenyum nipis.

"ikhlas, kan? bukan nak sedapkan hati saya je kan?"

aku mengangguk. "ikhlas. no tipu-tipu."

dia tersenyum lebar sampai menampakkan barisan giginya.

"gomawo."

no longer.Where stories live. Discover now