[S2] 03

64 14 8
                                    

aku turun satu persatu anak tangga. mata aku terfokus pada kawan-kawan aku yang sedang berkumpul diruang tamu.

awalnya hanya niat untuk mengambil air di dapur, terus terbatal sebab semua dah berkumpul dekat ruang tamu.

alang-alang tu, boleh bagitahu tujuan aku.

"woi. aku menginap dekat rumah ahjumma yoon. paling awal aku balik, dua minggu kemudian. paling lambat, sebulan." kataku lalu mengambil tempat duduk disebelah Taeyong.

"no one asked."

aku mengeluh sebelum menjawab.

"saja bagitahu. kot kot ada orang rindu aku ke. lagi-lagi kopi yang aku buat." balas aku dengan sedikit nada perlian. bibir aku dicebikkan seketika apabila Johnny pandang aku tajam.

"found someone new?" 

"ha?"

"kau banyak habiskan waktu dekat luar sejak kebelakangan ni." tambah Taeyong lagi. aku mengerutkan dahi.

Taeyong ni tukang peramal ke? dia asyik tahu je pasal kisah cinta aku. bukan aku seorang je, Johnny dengan Winwin sekali.

masa tu Johnny putus dengan girlfriend dia pun, Taeyong tahu. end up kena gelak dengan kami bertiga, --aku, Winwin dan Taeyong.

sebab apa? sebab meratapi nasib masing-masing single.

gurau.

"tak baru, aku kenal dia lama dah. kawan kerja dekat Jepun." aku menjelaskan dengan ringkas. mereka bertiga mengangguk.

"aku nak cuba buka hati untuk orang lain, alang-alang tu lupakan Sulgi. tapi bila difikir balik, tak obvious sangat ke yang aku gunakan dia?"

Winwin mengangguk laju. "nampak sangat! baik kau single sampai tua je hyung!"

hampir saja aku membaling kusyen sofa ke arah Winwin yang sedang gelak sakan, namun Taeyong cepat-cepat menghentikan aku.

"plot twist. Yuta cuba buka hati dia untuk perempuan tu sebab perempuan tu dah menaruh perasaan dekat Yuta dari dulu lagi."

aku tersentak selepas mendengar ayat Johnny sebentar tadi. mulut aku terkatup rapat.

"w-weh betul ke siot?!" 

dengan perlahan, aku mengangguk kepala.

"Johnny, kau belajar ramal-ramal ni dari Taeyong ke?" soalku sambil mata melihat ke arah Johnny dan Taeyong bersilih ganti.

"see my level ah. belajar dari Taeyong? haktuih!" Johnny membuat gaya sedang meludah.

"haktuih kau balik!" balas Taeyong, yang mengundang tawa kami berempat.

"pape pun, doakan aku dapat buka hati untuk dia. heee."

no longer.Where stories live. Discover now