09

69 14 3
                                    

aku memeluk satu persatu kawan-kawan aku. senyuman senget dipamerkan kepada mereka.

"aduh muka sedih semacam je. aku belum pergi lagi kot."

alhasilnya, aku kena pukul dengan Winwin. aku tergelak kecil selepas melihat mukanya yang sedikit kesal.

"kau baru broken dua hari lepas tau, tahu-tahu je harini nak pergi Jepun. dahlah bagitahu kitaorang last minute." bebel Winwin. Johnny dan Taeyong sekadar mengangguk tanda setuju.

actually aku plan nak pergi tanpa pengetahuan dorang. tapi tulah, tak tahu apa yang sampuk Johnny sampai dia terbangun awal pagi hari ni. end up dorang jugak yang hantarkan aku dekat airport.

"chill sudah. aku balik Jepun tak sampai sebulan pun. lagipun aku bukan sengaja nak balik Jepun, aku ada hal kat sana." balasku kembali. 

walaupun sekejap, tiba-tiba rasa berat pulak nak tinggalkan Korea. macam ada something yang tak kena.

"dengar pengumuman tu? dah pergi sana. shuh shuh!" halau Johnny lalu tertawa. aku menjeling dia tajam.

"pape pun, stay safe. nanti balik Korea, bawakkan satu awek untuk Winwin dengan Taeyong. single, kan?" ucap Johnny. 

aku tergelak apabila melihat muka cemberut Taeyong dan Winwin yang sedang pandang Johnny tak puas hati.

"aduh- dahlah. aku nak gerak ni. pasal awek tu jangan risau, aku bawak nanti. HAHAHA BYE!"

aku terus menarik luggage dan berlari bila nampak tanda-tanda yang Winwin nak pukul aku. tangan dilambaikan kepada mereka bertiga setelah jarak aku dan dorang dah agak jauh sikit.

ting!

aku memandang skrin telefonku sekilas lalu dimasukkan ke dalam pocket jacket kembali.

sorry, Sulgi. saya nak rehat sekejap.

no longer.Where stories live. Discover now