Bab 17

612 52 0
                                        

Yuni meraup mukanya usai Arfan menyudahkan doanya. Syahdu kedengaran doa itu. Bertapa rindunya Yuni untuk beribadah sebegini, sementelah dia sudah banyak dosa sehingga meninggalkan ibadah yang satu ini.

Yuni menanggalkan baju sembahyangnya dan dilipat terus. Walaupun tika itu dia sedang membuat sesuatu tapi fikirannya masih penuh dengan keluarganya. Keluhan berat dilepaskan. Mengapa Babah dan Ummi tidak sebaik keluarga Arfan?

" Yuni... Yuni okay?" Soal Ummi lembut.

Yuni senyum tawar. Hilang lamunannya bila tangannya digenggam Ummi. Yuni mengemam rapat bibirnya. Menahan tangisan yang mahu keluar.

Tak dapat ditahan lagi, Yuni terus menangis. Walaupun tangannya setia mengesat airmata, namun makin lebat pula airmatanya keluar. Sungguh dia tidak sangka akan bertemu dengan keluarga yang baik sebegini.

" Yuni kenapa ni?" Ummi peluk erat tubuh Yuni. Digosok lembut bahu itu.

Yuni masih dengan esakannya. Tak hiraukan dah orang sekelilingnya. Yang dia tahu, dia nak hambur semua yang dia rasa. Terharu membelenggu diri bila Ummi mengambil berat tentang dia. Kalau Babah dengan Ummi, memang haram nak ambil peduli tentangnya.

" Yuni terharu bila Ummi layan Yuni macam anak Ummi. Yuni tak pernah rasa kasih sayang seorang ibu dan bapa. Bila Ummi layan Yuni macam ni..."

Yuni menggeleng lemah. Dia tidak mampu. Sungguh dia tak dapat menahan matanya daripada keluar airmata.

" Yuni tak tahu nak balas jasa baik Ummi dan Babah macam mana..." Ummi tersenyum. Dikesat lembut airmata Yuni dan dipeluk erat tubuh yang masih bergetar itu.

" Shhh... Dah menangis. Tak cantik anak ummi nanti. Hantu pocong culik Yuni. Yuni nak kena culik?" Ummi memujuk dengan lawak hambar.

" Ummi..." Yuni merengek dengan tawa kecil. Dimuncungkan mulutnya.

Arfan pandang lama Yuni yang ada beberapa meter darinya. Tangannya terhenti seketika dari melipat sejadah. Semua teletah Yuni dilihat penuh minat sehinggalah...

" Babah tahu Arfan sayang dia. Kalau ya pun nak tengok lama, pinanglah. Jangan malu-malu. Kalau melepas, naya." sakat babah.

Spontan anak mata itu lari dari pandang Yuni. Arfan berdehem kecil. Dibawa turun kepalanya dengan senyuman kecil di bibir. Setia tangan itu melipat sejadah, sesekali anak mata itu mengerling pada Yuni.

'Budak ni, suka si Yuni tapi susah nak mengaku. Alahai...' Monolog Babah sendiri.

Yuni terasa diperhatikan, spontan matanya bertemu dengan mata Arfan bila mukanya dibawa naik ke atas. Berbahang muka Yuni bila mata itu masih menjamah mukanya.

" Yuni suka Arfan?" Pertanyaan dari Ummi dibalas dengan anggukan malu. Dialih matanya dari pandang Arfan. Takut makin jatuh cinta pulak pada si teruna itu.

" Ummi... Adil ke kalau Yuni dapat Ummi dan Babah yang tak ambil peduli tentang Yuni? Kenapa Allah kejam dengan Yuni bagi family macam ni? Atau memang Allah tak suka Yuni?" Soal Yuni sebak.

" Tak baik cakap macam tu Yuni, Allah maha adil. Mungkin Allah hadirkan keluarga yang tidak mengambil peduli pada Yuni tapi Yuni dapat mak mertua baik yang mengambil peduli pada Ummi." Ummi tersenyum penuh makna. Tergamam Yuni jadinya. Jadinya Ummi dah restu hubungan dia dan Arfan?

"Bukannya dia sengaja bagi Yuni dugaan sebegini. Allah tahu Yuni kuat, kerana itu dia mahu Yuni sentiasa bangun walaupun ketika itu Yuni sudah mahu rebah berkali-kali dengan pelbagai dugaan yang Allah bagi. Allah rindu hambanya. Allah nak dengar Yuni merintih meminta dengannya." nasihat Ummi lagi. Begitu lembut sehingga mampu menusuk masuk ke dalam hati Yuni.

Yuni memejam seketika matanya bila kepalanya diusap Ummi. Tubir mata yang sudah berair dibiarkan saja. Mata dipejam erat. Spontan beberapa airmata keluar dari celah matanya. Lalainya dia sebagai hamba Allah. Maafkan aku Ya Allah...

" Andai Allah tak kejam, kenapa hidup sebegini dia bagi dekat Yuni? Kenapa tak bagi dugaan ni dekat orang lain?" Yuni masih mempersoal dengan setiap yang terjadi dalam hidupnya.

Masih dia ingat setiap perbuatan Ummi dan Babah sibuk bekerja berbanding meluangkan masa dengannya.

" Sebab Yuni istimewa. Allah tempatkan Yuni pada mereka semua untuk menguji kesabaran Yuni. Bukankah orang yang penyabar menjadi penghuni syurga?"

Terdiam Yuni dengan bait kata yang keluar dari bibir Ummi. Disandarkan kepalanya pada bahu Ummi. Tenang menusuk masuk ke dalam hatinya. Tenang bila dekat dengan Ummi.

" Allah tak pernah bencikan Yuni. Sayangnya pada Yuni sehingga saat ini dia memberi nafas untuk Yuni bernafas lagi. Allah maha pengampun. Yuni cuba berubah slow-slow ye?"

Yuni mengangguk kecil. Dipeluk erat Ummi bagai Ummi inilah satu-satunya ibu yang ada dalam dunia ini. Sesungguhnya Yuni sudah menyayangi Ummi.

" Yuni sayang Ummi..." gumam Yuni perlahan dengan airmata.

Terkerdip-kerdip matanya menahan rasa kantuk. Matanya sudah semakin layu sebelum mata itu tertutup sendiri. Dengkuran halus kedengaran menandakan Yuni sudah tidur.

" Ya Allah anak Ummi... Dah tidur pun." Ummi ketawa kecil.

Untuk mengejutkan Yuni jadi tak sampai hati. Lagipula raut wajah cantik Yuni sudah menampak penat.

" Arfan. Boleh angkat Yuni naik atas? Bagi dia tidur dalam bilik sebelah Arfan."

Arfan mengangguk. Dirapati Ummi tapi sempat lagi telinganya mendengar sakatan dari Babahnya itu.

" Jangan terkam si Yuni sudah." Sakat Babah pada si Arfan tapi sayangnya muka itu tak berubah apa-apa. Masih beku tak ada perasaan. Naik pening Babah jadinya.

Anak matanya menyoroti Arfan yang sudah mencempung tubuh Yuni. Kalau dia angkat Yuni dalam umur tua sebegini rasanya patah tulang dulu.

" Saya rasa kita kena pinangkan Yuni cepat-cepat untuk Arfan. Lagipun saya boleh nampak Arfan suka dekat Yuni." Ummi memberi cadangan.

Babah mengangguk setuju. Perancangan mungkin esok dia akan menyerbu ke rumah Yuni. Lagipun dia tahu pasangan berdua itu suka sama suka. Cuma malu nak mengaku akan perasaan sendiri.

" Esok kita pergi sana."

Arfan tersenyum kecil di sebalik pintu. Masih dia berdiri pada muka pintu. Sudah tahu yang Babah dan Ummi akan berbincang akan ini.

Masakan tidak, Ummi paling suka bila dia nak kahwin. Kata Ummi dia dah tua dan memang patut berkahwin. Umur dua puluh lima tua ke? Bukan masih muda ke?

Arfan membawa tubuh Yuni ke tingkat atas menuju masuk ke bilik sebelah biliknya. Perlahan tubuh itu dibaringkan di atas katil. Tunak anak mata itu pandang Yuni. Ada debaran bila muka cantik itu dijamahnya. Sudah jatuh cintakah dia pada si Yuni?

Arfan menggeleng. Dia pun tak tahu dengan perasaan sendiri. Yang dia tahu, dia suka dan bahagia bila Ummi nak satukan dia dengan Yuni. Mungkin benar ia adalah cinta.

" Can you tell me how love works?" Arfan menyoal tapi sayang, tiada jawapan bersambut. Hanya deruan nafas Yuni saja kedengaran.

"Did I love you too much?"

Arfan hela nafas berat. Tak pasti dengan hatinya yang masih berdebar bila perkataan love itu disebutnya. Sayangkah dia pada Yuni?

" My mind always thinking of you. Why you? Kenapa bukan orang lain? "

Arfan menyebak rambut kebelakang. Tertekan dengan perasaan sendiri. Tubuh dibawa bangun untuk menenangkan diri tapi racauan Yuni buat tingkah Arfan automatik terhenti.

" Kenapa Babah dan Ummi buat Yuni macam ni? Tsk... Tsk... Tsk.."

Tak jadi Arfan nak lari. Punggungnya dilabuh pada katil Yuni semula.

" Yuni tak minta banyak... Tsk... Tsk... Tsk... Cukup Ummi dan Babah sayang Yuni. Tu je."

Tangisan Yuni bergema dalam bilik itu. Peluh sudah merenik pada dahi Yuni. Arfan mengetap kuat giginya bila tangannya digenggam kemas Yuni. Untuk menepis terasa kasihan.

" Shhh... You have me. Don't cry Yuni." Arfan memujuk dengan nada biasa.

Yuni tersenyum dalam tidurnya. Genggaman dikemaskan sebelum dengkuran halus kedengaran dekat dengan Arfan. Arfan mengeluh. Kenapa dengan debaran ini?

Mr Hacker ( COMPLETE ) ✔️Where stories live. Discover now