" Yuni, kau dah siap ke?"
" Dah."
Dee dan Yuni beriringan jalan masuk ke dalam kereta. Usai pintu ditutup semua, baru Dee pandu kereta myvi miliknya keluar dari halaman rumah sewanya.
" Kau okay Yuni?"
Yuni meramas tangannya. Sudah menginjak ke angka dua pagi dan dia baru nak balik. Bukannya niat dia untuk balik lewat tapi kemalasannya bertelingkahan dengan si Abah buat dia malas mahu pulang.
" Aku okay. Cuma... Aku malas nak hadap keluarga aku."
Dee mengeluh halus. Sedih juga bila Yuni mempunyai masalah dengan keluarga. Kasihan pula Yuni. Pasti susah untuk Yuni hadap semua ini.
" Walaupun malas, kau kena hadap jugak. Sejahat mana pun mereka, mereka tetap keluarga kau."
Yuni menghembus nafas kasar. Bunyi getaran pada telefon pintarnya buat Yuna automatik melihat telefonnya. Senyuman tersungging di bibir bila kawan onlinenya iaitu Mirul sedang mesejnya.
Sejak dari tingkatan satu lagi dia berkawan dengan Mirul dan sememangnya lelaki itu dirty talk. Tapi mengapa aku tetap berkawan walaupun dah tahu akan perangainya?
Yuni angkat bahu. Hatinya memilih si Mirul sebagai teman dan dia tak kesah akan perangai mirul itu. Lagipun dia pernah mengadakan sex online dengan lelaki itu.
" Hye beautiful..."
" Kau nak apa?"
" Jom!"
Tahulah Yuni akan ajakan lelaki itu. Sudah pasti Mirul sedang mengajaknya akan yang satu itu.
" Stop talking dude! I'm off."
" Hye, asal cepat sangat ni? Sabarlah dulu. Aku nak bercakap dengan kau ni."
Yuni kerling si Dee bila tangannya dipukul lembut. Diberi isyarat tangan 'sabar'. Bila anak mata Yuni sudah nampak rumah banglo milik Papanya, terus ditutup talian.
Tut.
" Siapa yang call dengan kau?"
Dee memberhentikan keretanya di depan rumah Yuni. Yuni hanya senyum sebagai jawapan untuk soalan Dee.
" Adalah. Rahsia. Aku masuk dulu tau. Bye!" Yuni keluar dari kereta milik Dee tapi belum sempat dia keluar tangannya sudah dipegang.
" Kenapa Dee?"
" Yuni... Aku harap sangat satu hari nanti kau berubah. Aku sayang kau Yuni. Aku percaya setiap manusia yang pernah melakukan dosa, pasti akan berubah."
Yuni terdiam seketika. Teringat fikirannya akan perbuatannya dengan Mirul. Sebak bertamu dalam hati. Pasti banyak dosa dia dengan Allah kan?
" Aku banyak dosa Dee, aku tak layak untuk berubah jadi baik. Mungkin aku memang ditakdirkan jadi jahat macam ni."
" No... Kau tak macam tu. Setiap manusia tak lari dari buat dosa. Sama jugak dengan aku. Cuma aku harap sangat kawan baik aku ni berubah." Dee meluahkan isi hatinya.
Yuni tersenyum hambar. Masih segar dalam ingatannya akan dosa yang pernah dia lakukan. Tapi layakkah dia menjadi seorang hamba yang baik? Sedangkan dosanya tak terhitung dek buih ombak di lautan.
" Aku percaya kau akan berubah. Berubahlah. Aku percaya akan ada keajaiban berlaku lepas kau berubah. Slow-slow. Okay?"
Yuni mengangguk perlahan.
" Aku keluar dulu tau. Take care..."
Yuni keluar dari kereta dan melambai kawan baiknya itu sebelum kakinya dihayun masuk ke dalam rumah. Baru beberapa tapak kakinya berpijak pada lantai, namanya sudah diseru garang si Abah.

YOU ARE READING
Mr Hacker ( COMPLETE ) ✔️
RomanceBook 12 [ ¥uπi & αrfαπ ] Saya ada di mana-mana untuk semua orang. Termasuk awak sendiri Tapi benarkah akan itu semua? Dia yang mendambakan lelaki itu dan dia yang mahukan lelaki itu dalam hidupnya. Logikkah andai dia sukakan lelaki...