Yuni hanya membiarkan saja mukanya dimekap. Tak sangka cepatnya masa. Masa untuk dia berkahwin akhirnya sudah tiba. Pejam celik pejam celik dia sudah ada dalam bilik pengantin dan sedang dimekap.
" Boleh aku bercakap dengan kau kejap?"
Pertanyaan dari abang angkatnya yang baru masuk ke dalam biliknya buat Yuni berdebar. Tatkala juru mekap itu melihat muka Syirhan sudah tegang semacam, menyusup perempuan itu berlari keluar dari bilik Yuni.
Tak tunggu lama, terus pintu itu dikunci. Senyuman sinis terhias pada raut wajah Syirhan. Yuni sudah bangun. Menggeletar tubuh Yuni bila Syirhan makin dekat dengannya. Yuni mengundur ke belakang. Bila belakang badannya sudah bertemu dengan dinding. Yuni terus meliarkan matanya mencari sesuatu untuk menyelamatkan diri.
" Baik abang keluar sebelum Yuni menjerit!" Lantang suara Yuni menghalau.
Makin takut Yuni bila Syirhan kian mendekat. Ditepis kasar tangan Syirhan yang sedang enak mengusap pipinya.
" Kau memang nak kena dengan aku kan? Nak jugak kahwin dengan jantan tak guna tu. Kau tahu tak yang kau tu milik aku! Kau tahu tak!?" Kuat Syirhan menjerkah. Terangkat bahu Yuni.
Ditolak kuat tubuh Syirhan menjauh tapi apalah sangat kudratnya sebagai seorang wanita. Yuni menahan dirinya daripada menangis. Yuni tak nak perkahwinannya rosak hanya kerana lelaki ini. Tak akan!
" Yuni bukan milik abang! Abang ialah abang Yuni! Tak lebih dan tak kurang!"
" Masalahnya aku anggap kau lebih! Kau tak kenal lagi aku Yuni, kalau dia dapatkan kau secara baik... Why not aku dapatkan kau secara kasar?"
Yuni menggeleng. Tak sempat tubuhnya ditolak ke atas katil, Yuni sudah menyepak alat sulit lelaki itu. Meluru laju Yuni keluar dari biliknya.
Tak kesah sama sekali dengan jeritan daripada Syirhan. Tangga dituruni dan laju Yuni mengambil tempat duduk di atas bantal kecil tempat duduk khas untuk pengantin.
Pandangan pelik daripada orang lain tak hiraukan. Pasti pelik bila dia berlari turun. Pengantin berlari? Cuba bayanglah.
Yuni nak menangis tapi belum sempat dia menangis, pengantin lelaki dan tok kadi sudah masuk ke dalam rumah. Tangannya yang sudah terketar dari tadi ditenangkan sebaik mungkin. Tubir mata terasa panas. Yuni perlu kuat. Dia tak boleh menangis di depan orang ramai.
Yuni meliarkan mata mencari susuk tubuh abangnya. Degupan jantung laju kedengaran bila Syirhan sudah turun tangga dengan muka tegang melihat tepat ke arahnya.
Sah!
Cukup perkataan itu membawa lari Yuni dari melihat si abang tirinya. Lama jugak dia mengelamun sampai tak sedar perkataan sah sudah lama disebut. Yuni menundukkan kepalanya.
Sungguh dia mahu menangis. Tak kuat serasa. Padahal hari ini hari bahagia buatnya tapi mengapa Syirhan melakukan semua ini? Kenapa Syirhan anggap dia lebih daripada seorang adik?
" Jangan nangis." Tersentak Yuni bila airmatanya sudah diseka lembut oleh sang suami.
Berkaca mata Yuni lihat ke dalam anak mata Arfan. Tegang muka Arfan. Boleh nampak lelaki itu sedang marahkan seseorang dan Yuni tahu Arfan tengah marahkan Syirhan, masakan tidak. Arfan sudah tahu tentang abang angkatnya itu.
" Jangan risau, aku akan matikan dia hari ini."
Mendengarkan ugutan itu buat Yuni laju menggeleng. Makin lebat airmata Yuni jatuh. Tak mampu dia terima andai ugutan itu dibuat betul-betul. Tak boleh main dengan Arfan. Bila dia cakap. Konfem dia akan buat!
" Please jangan... Even dia buat benda tak baik dekat saya. Tapi saya masih sayang dia sebagai abang saya. Kalau betul awak nak saya selamat, bawa saya keluar dari rumah ini. Boleh?"
Arfan pandang lama Yuni. Kepala Yuni diusap lembut. Senyuman manis diukir sebelum dahi licin itu dicium penuh syahdu.
" Boleh. Anything for you."
Yuni membiarkan pipinya diusap Arfan. Siulan nakal berbunyi tidak dihiraukan. Sungguh dia sayangkan Arfan. Arfan hebat dalam meneka hatinya. Walaupun dia tak cakap apa-apa tapi lelaki itu tetap tahu. Tengok saja mata dia, nescaya dia tahu.
" Jangan duduk jauh dari aku. Aku takut lelaki tu kacau kau lagi. Kau duduk je sebelah aku." Yuni mengangguk.
Tangannya digenggam erat Arfan menuju ke meja makan. Yuni tahu dia sedang diperhatikan tapi Yuni buat tak tahu saja. Bila Syirhan mendekat, Yuni pantas menundukkan kepalanya. Takut nak tengok Syirhan.
" Tahniah dah kahwin." Dihulur tangan pada si Yuni.
Syirhan mendecit halus. Tak suka bila Arfan yang menyambut tangannya. Penuh kurang ajar tangannya dikesat. Kotor bila tangan Arfan bersalam dengannya tadi.
" Semoga bahagia." sinis Syirhan sebelum langkah kaki lelaki itu dibawa menjauh. Sengaja dilanggar bahu Arfan manakala tangan Yuni cuba disentuh. Tawa sinis keluar dari bibir Syirhan bila Arfan menepis kasar tangannya.
" Jangan awak..."
Yuni mengenggam erat tangan Arfan bila Arfan nak serang Syirhan.
" Dia cuba nak sentuh kau." tekan Arfan dengan mukanya sudah berona merah.
Paling pantang bila Yuni disentuh. Tak mampu dia kawal akan marahnya bila ia berkaitan dengan Yuni. Yang pastinya dia tak suka orang lain sentuh Yuni. She's mine!
" Saya tahu awak tengah marah tapi jangan buat bising dekat sini. Nanti apa pulak kata tetamu bila nampak awak dengan abang saya gaduh. Tak elok awak..." Pujuk Yuni lembut.
Dipeluk Arfan manja. Nafas Arfan lebih sekata daripada tadi. Senyuman Yuni melebar.
" Jangan marah lagi tau."
Arfan mengangguk perlahan. Nafasnya cuba diaturkan agar marahnya sedikit hilang.
" Stay with me."
" Ye sayang..." Pipi Arfan dicium. Yuni tertawa kecil bila dahinya dicium Arfan. Comel je Arfan bila jeles.
" Are you jealous Arfan?"
" Yes i am." Akui Arfan tanpa malu.
Yuni tertawa kecil. Pipinya dicubit Arfan sebelum tangan sasa itu mengheret dia ke meja makan. Erat tangannya digenggam. Yuni senyum malu. Suka bila Arfan sudah tunjuk sayang padanya. Alhamdulilah...

YOU ARE READING
Mr Hacker ( COMPLETE ) ✔️
RomanceBook 12 [ ¥uπi & αrfαπ ] Saya ada di mana-mana untuk semua orang. Termasuk awak sendiri Tapi benarkah akan itu semua? Dia yang mendambakan lelaki itu dan dia yang mahukan lelaki itu dalam hidupnya. Logikkah andai dia sukakan lelaki...