Yuni terjaga dari tidurnya apabila bunyi getaran keluar dari telefonnya. Laju Yuni buka mesej yang dia dapat daripada Ruan. Kerutan pada dahi menampak apabila mesej itu dibaca.
Arfan aku kena buli. Tolong aku kejap.- Erfan.
Baru beberapa minat baca, mesej itu sudah didelete. Nasib baik Yuni sempat membaca mesej yang dihantar. Yuni menaip. Membalas mesej daripada Ruan.
Apa maksud awak, kena buli? Saya tak faham maksud.- Yuni
Mesej yang dihantar tidak bersambut. Hanya ada bluetick saja. Yuni menanti penuh sabar akan balasan daripada belah sana. Kerutan makin menampak pada dahi bila mesej dihantar lelaki itu.
Aku bukan Ruan, aku Erfan.- Erfan
Tapi apa maksud awak tentang pembulian? Awak ke yang kena buli? Kenapa awak hantar mesej dekat Arfan-Yuni.
Sebab dulu Aku pernah kena buli dan Arfan datang, dia pukul budak yang buli aku tu sampai koma. Mujur nyawa budak itu masih panjang, jika tidak pasti budak tu sudah mati. -Erfan
Yuni terkejut dengan mesej yang diterima. Terketar-ketar tangannya memegang telefon pintarnya. Bunyi pintu dikuak buat Yuni laju menoleh. Sejurus tubuh sasa Arfan menjamah anak matanya, terus Yuni bangun dari duduknya.
" Ummi panggil."
Tak sempat tubuh itu menoleh, namanya sudah diseru. Tidak semena langkah Arfan terhenti.
" Apa yang awak dah buat? Awak tahu tak yang awak hampir bunuh orang. Berdosa tahu tak!" lantang Yuni menengking.
Sepantas kilat Arfan sudah ada di depan matanya tanpa sempat dia mengerdipkan mata. Senyuman lelaki itu begitu sinis sekali.
" Dah kenal aku macam mana kan? Aku jahat. So jangan cari aku lagi lepas ni."
" Tunggu!" Lengan Arfan dipegang kemas. Tak kesah langsung dengan rentapan kasar daripada Arfan.
" Awak tak patut buat macam tu dekat dia, Arfan..." Lirih Yuni berkata.
Arfan ketawa halus. Tajam mata sepet itu pandang ke arah Yuni. Direntap kasar tangan itu dari melekap pada lengannya.
" Aku buat bersebab! Aku takkan buat apa-apa benda dalam hidup aku tanpa sebab!"
" Dan apa sebabnya?"
Arfan diam seketika. Bibir itu bagaikan mahu meluahkan sesuatu tapi mengapa tidak keluar walaupun sepatah?
" Saya tanya ni, sebab apa?!" Makin kuat suara Yuni tapi cukup hanya satu bilik itu saja yang mendengarnya.
" Kau nak tahu sangat kan?" Suara Arfan kuat tapi masih dalam nada biasa.
Arfan merapati Yuni sehingga tubuh Yuni sudah bersandar pada dinding.
" Sebab dia cuba pukul orang yang aku sayang. Aku paling pantang orang yang kacau kawan aku."
Yuni cuba menyentuh muka Arfan yang sudah naik tegang tapi laju lelaki itu menepis. Yuni terasa tapi dia tahu yang memang ini salah dia. Tapi... Yuni tak terima andai Arfan jadi pembunuh.
" Bersiap. Aku hantar kau balik." Cukup dua ayat itu Arfan keluar dari bilik Yuni.
Yuni pandang bayang Arfan yang sudah keluar dari biliknya. Sayu langkah lelaki itu dilihatnya. Pasti Arfan sudah tak suka dengan dia kan? Masakan tidak, gelaran saya-awak sudah hilang dan diganti dengan aku-kau.
'Semua ni salah kau Yuni... Kalau kau terima semua ni dengan tenang. Dia takkan berperangai kasar dekat kau.' Monolog Yuni sayu.
Dihembus nafas kasar. Kakinya dibawa turun ke bawah. Longlai kakinya turun tangga ke ruang dapur. Sempat dia dengar perbualan daripada Babah dan Ummi Arfan.

YOU ARE READING
Mr Hacker ( COMPLETE ) ✔️
RomanceBook 12 [ ¥uπi & αrfαπ ] Saya ada di mana-mana untuk semua orang. Termasuk awak sendiri Tapi benarkah akan itu semua? Dia yang mendambakan lelaki itu dan dia yang mahukan lelaki itu dalam hidupnya. Logikkah andai dia sukakan lelaki...