Hangat terasa pada dahinya membuatkan Yuni terjaga dari tidurnya. Tangan sang suami ditarik lembut.
" Abang..."
Yuni mencelikkan perlahan matanya. Disandarkan tubuhnya pada kepala katil. Kuyu mata Yuni melihat sang suami yang berpakaian kemeja berwarna kuning cair itu. Ditepuk tilam di sebelahnya. Arfan yang mengerti terus duduk di sebelah Yuni.
" Abang..."
Tak tunggu lama, Yuni terus naik panjat pada paha sang suami. Dirangkul erat leher sang suami. Kepalanya disandarkan pada dada Arfan. Masih ada sisa mengantuk. Nak tidur tapi bila tengok Arfan nak keluar buat matanya kembali segar bugar.
" Okay tak ni?" Yuni mengangguk.
Arfan mengusap lembut kepala isterinya itu. Genggam pada tangan kirinya tidak dilepaskan Yuni sama sekali. Sayang pulak nak lepas.
" Yuni okay. Abang nak pergi mana ni? Dah lewat malam tau. Takkan nak keluar jumpa client lagi?" Soal Yuni dengan mata yang tercelik sedikit.
" Abang nak jumpa client sekejap. Lepas dah selesai semua. Abang janji abang balik awal. Okay?"
Yuni menggeleng. Berat hatinya untuk melepaskan Arfan. Berdetak hebat jantungnya bagaikan ada sesuatu yang tidak kena berlaku pada suaminya nanti. Tapi apa? Adakah ia hanya mainan perasaan aje?
" Yuni nak ikut boleh tak abang?"
Arfan menggeleng. Serius muka lelaki itu. Benar-benar tidak bagi Yuni ikut. Lagipun Arfan tak nak jeles dengan client. Haru biru jadinya nak okaykan balik emosinya. Emosinya bukan boleh kira sangat!
" Tak boleh. Sayang duduk rumah je. Lagipun sayang perlukan rest. Kalau tak cukup rest, nanti sakit tau."
" Abang pun tak cukup rest."
Arfan tarik geram hidung isterinya itu. Ada saja kata yang ingin dikeluarkan untuk berbalah mulut dengannya. Sengaja nak buat dia geram!
" Abang dah rest cukup tadi. Sayang pulak perlu rest."
Yuni buat muka cemberut. Padahal Arfan sengaja tak nak bagi dia ikut, kerana itu suruh dia rest. Macam orang tak tahu!
" Abang bolehlah..." pujuk Yuni lagi.
" No. No. No."
Arfan gerakkan jari telunjuknya ke kiri dan ke kanan. Tegas betul tak nak bagi Yuni ikut. Cemberut seribu muka Yuni jadinya. Tak padan pergi German kalau tak boleh keluar. Ceh!
" Kejap je. Okay?"
Yuni meraih tangan besar sang suami. Ditatap lembut anak mata Arfan. Senyuman manis diberi.
" Abang... Hati Yuni rasa tak sedap. Abang janganlah pergi eh?"
" Hati tak boleh rasa sayang..."
" Bukan tu maksud Yuni."
Yuni garu kepala yang tidak gatal. Dihembus berat nafasnya. Dalam diam, Yuni berharap lelaki yang bernama Arfan akan mendengar pujukannya.
" Boleh tak kalau abang pergi esok? Dah lewat sangat ni abang." Yuni memujuk lembut tapi sayangnya... Lelaki itu makin mengeras nak pergi.
" Abang janji, sekejap saja. Okay?" Pujuk Arfan serba salah.
Nak ajak macam mana? Arfan sendiri takut kalau Yuni tertidur. Lagipun Yuni pernah tertidur di merata. Arfan tak nak perkara itu berlaku lagi. Cukuplah sekali!
Yuni mengeluh kuat. Disebabkan rajuknya, tubuhnya dibawa turun dari duduk di atas paha suaminya. Dibaringkan tubuhnya di atas katil.
Mata dipejam rapat. Keluar airmata dari celah mata itu. Mengapa hatinya rasa tak sedap? Apa yang akan berlaku nanti Ya Allah?
" Sayang..."
Yuni mengeraskan tubuhnya bila tubuh Arfan sudah ada di belakang tubuhnya. Memeluknya erat bagai tak nak lepas. Yuni mengemam rapat bibirnya.
" Abang cakap nak pergi jumpa client. Pergilah. Yuni izinkan. Lagipun abang balik jugak nanti." Yuni tahan diri daripada menangis.
" Abang minta maaf. Okay?" pinta Arfan serba salah.
Disembam mukanya pada belakang tubuh sang isteri. Tangan panjangnya dibawa memeluk Yuni.
Yuni hanya membiarkan saja tubuhnya perlahan-lahan dipusing Arfan agar mengadap betul-betul muka lelaki itu. Terkatup rapat mata Yuni bila dahinya hangat dicium lama oleh Arfan. Syahdu!
" Abang janji, abang akan balik awal. Okay?"
Yuni mengangguk dengan senyuman manis. Sudah berona merah mukanya bila lelaki itu mengomol manja mukanya. Semestinya nak pujuk Yuni daripada menangis. Yuni ketawa perlahan. Bahagia saja kedengaran tawa itu.
" Masih merajuk?"
Yuni mengangguk dan untuk itu, mukanya digomol lagi oleh sang suami. Tergedik tubuh Yuni ke kiri dan ke kanan. Lemas dan pada masa yang sama dia bahagia diperlakukan sebegini.
" Merajuk lagi tak?"
Yuni menggeleng dengan sengihan menampak giginya. Berona merah muka Yuni kerana malu. Malu dengan perbuatan Arfan padanya.
" Abang bawak kereta elok-elok tau." pesan Yuni lemah lembut.
Arfan mengangguk. Tubuh Yuni dipeluk seketika sebelum langkahnya dihayun keluar dari bilik dengan peralatan yang sepatutnya dibawa. Apabila pintu ditutup, tahulah Yuni yang Arfan sudah keluar dari rumah. Doa Yuni semoga suaminya itu selamat. Amin...
Arfan memboloskan diri masuk ke dalam kereta. Dipandu laju kereta keluar dari kawasan hotel yang ditempahnya. Jam tangan dikerling.
Sudah lewat dalam beberapa minit, Arfan mendecit halus. Tak tunggu lama, terus kereta dipandu laju melebihi had kelajuan kereta.
Lampu isyarat yang sudah bernyala merah buat Arfan panik menekan pedal brek pada kakinya. Diketap kuat giginya bila brek keretanya tidak berfungsi dengan baik dan tak dapat Arfan kawal lagi keretanya.
Hampir dia melanggar kereta myvi di depannya tapi Arfan kawal stereng ke arah berlawanan dari kereta depannya.
Tak nak kereta myvi itu dilanggarnya. Lagi parah kalau orang dalam kereta myvi itu menjadi korban. Demi menyelamat, Arfan pusing stereng kereta ke kanan menuju ke jurang. Arfan memejam rapat matanya bila keretanya sudah masuk ke dalam jurang yang dalam.
" Allahuakbar!"
Bam!
" Ya Allah!"
Yuni bangun dari tidurnya. Menggeletar hebat tubuh Yuni dengan mimpi buruk itu. Mimpi itu bagaikan benar-benar menjadi. Peluh merenik pada dahi tidak disekat. Begitu menakutkan semua mimpinya. Ya Allah...
Dalam mimpi itu, kelihatan muka Arfan yang sudah penuh dengan darah manakala kereta itu sudah mahu terbakar. Ya Allah... Arfan ke mana?
" Abang... Abang dekat mana?"
Yuni mencapai telefon pintarnya. Lincah jari itu mencari nama suaminya dalam contact. Didail nombor sang suami. Bibir Yuni digigit perlahan. Menahan gelora di hati. Berdebar Yuni menanti panggilannya diangkat. Bila panggilannya sudah bersambung, laju Yuni bertanya akan keberadaan lelaki itu.
" Abang, abang ada dekat mana ni? Puas Yuni call. Yuni risau tau."
" Maaf puan, saya dari anggota polis ingin memaklumkan, suami puan sudah meninggal dunia. Kami menemui mayatnya terdampar dalam jurang. Saya harap puan banyakkan bersabar."
Hampir jatuh telefon yang dipegangnya. Yuni mengemam rapat bibirnya. Menahan daripada suaranya terhambur keluar. Tak dapat menahan, terus esakan Yuni kedengaran bila polis itu sudah menutup talian.
" Abang..."
Yuni menekup mukanya dengan telapak tangan. Kepalanya dibawa menggeleng. Masih tak percaya yang Arfan sudah tiada sedangkan baru tadi dia bermanja dengan Arfan. Tak sempat Yuni nak bermanja dengan Arfan, lelaki itu sudah tiada. Ya Allah...
" Abang... Kenapa tinggalkan Yuni? Abang tak sayang Yuni ke? Kenapa terlalu cepat abang pergi?"
Yuni baring diatas katil. Bantal yang diguna sang suami diambil dan dipeluk erat. Mengongoi menangis Yuni bila kebenaran itu dikemukakan polis. Yuni nak Arfan... Tsk.. Tsk.. Tsk...

YOU ARE READING
Mr Hacker ( COMPLETE ) ✔️
RomanceBook 12 [ ¥uπi & αrfαπ ] Saya ada di mana-mana untuk semua orang. Termasuk awak sendiri Tapi benarkah akan itu semua? Dia yang mendambakan lelaki itu dan dia yang mahukan lelaki itu dalam hidupnya. Logikkah andai dia sukakan lelaki...