Bab 33

523 41 0
                                        

Ummi dan Babah, Yasmin naik tangga ke tingkat atas bersama. Untuk masuk ke dalam bilik masing-masing mereka perlu melintasi bilik milik Yuni terlebih dahulu. Kedengaran sayup-sayup seseorang berdoa.

Babah kerling jam tangannya. Baru pukul tiga pagi. Untuk apa Yuni bangun seawal ini?

Ketiga-tiga manusia itu berpandangan sesama sendiri sebelum telinga masing-masing lekap pada pintu bilik Yuni. Mahu dengar apa yang Yuni doa setiap hari.

" Ya Allah yang tuhanku. Yang maha pemurah lagi maha penyayang. Aku manusia yang kerdil. Di sini aku menghamparkan sebuah sejadah dengan rintih rindu. Rindu padamu juga rindu pada Babah dan Ummiku."

Esakan Yuni kedengaran. Begitu sebak suara itu berdoa. Bersungguh menyampaikan apa yang dirasai di dalam lubuk hatinya. Dengan linangan airmata Yuni berdoa pada Allah.

" Adakalanya... Aku lihat keluarga orang lain begitu bahagia. Tapi aku?"

Yuni menggeleng lemah. Masih setia tangan itu menadah dengan tangan yang sudah terketar tidak sempurna.

" Aku tak pernah merasai apa itu kasih sayang keluarga yang sebenar. Aku cuba Ya Allah... Aku cuba kuatkan diri aku. Tapi aku hanya manusia biasa. Aku tak mampu..."

Esakan itu makin bergema. Sendu kedengaran mengiringi setiap tangisan itu.

" Aku tak mampu Ya Allah. Aku tak mahu bandingkan hidup aku dengan orang lain. Tapi aku hanya manusia biasa. Ada hati dan perasaan. Aku ingin sekali disayangi tapi mengapa mereka mengaburi kebaikanku? Aku mohon Ya Allah... Kuatkanlah aku." makin kuat rintihan Yuni.

Ketiga-tiga manusia yang sedang mendengar itu sudah tergamam dengan airmata yang sudah penuh mengalir di pipi. Barang yang dibawa dilihat. Semuanya barang berkaitan Yasmin. Tak ada pun barang Yuni yang dibeli mereka. Berdosanya mereka sebagai ibu bapa. Ya Allah maafkan kami...

" Andai kematian aku akan tiba? Akankah mereka masih melayani aku dengan baik?"

Perlahan Babah sudah jatuh terduduk di atas lantai diikuti Ummi dan Yasmin. Begitu terjentik hati mereka dengan luahan Yuni. Tak dapat mereka bayangkan bertapa terlukanya Yuni. Pasti Yuni banyak kali terluka kerana perbuatan mereka kan?

Bunyi tangisan yang begitu kuat pada pintu menganggu Yuni yang sedang berdoa. Yuni meraup mukanya. Menyudahkan doanya.

Dikerling sang suami yang masih tidur itu. Alhamdulilah Yuni dah bagitahu Babah dan Ummi Arfan yang Arfan masih hidup. Mereka gembira sekali akan khabaran itu. Alhamdulilah...

Awal sekali suaminya ajak dia solat tahajud dan ternyata lelaki itu mendahului. Kata Arfan dia sudah tak bermaya nak bangun. Mungkin masih rasa sakit kesan dia kemalangan tempoh hari.

Yuni tanggalkan baju sembahyangnya. Langkahnya dibawa ke arah pintu. Buka saja pintu, tergamam Yuni bila dia nampak Babah, Ummi dan Yasmin sudah lencun dengan airmata.

" Erm... Kenapa ni?"

Tak tunggu lama, terus tubuh Yuni dipeluk tiga orang manusia itu. Keras kejung Yuni. Tak mampu hadam bila dia tiba-tiba dipeluk erat sebegini. Mana pernah dia dipeluk oleh Babah dan Ummi. Yasmin? Lagilah! Selalu bertekak kut!

" Yuni Babah dan Ummi minta maaf..."

" Aku pun nak minta maaf dekat kau Yuni. Maafkan aku eh?"

Yuni garu kepala yang tidak gatal bila semua sudah meminta maaf padanya.

" Korang nak mati dah ke sampai minta maaf bagai ni?" .

Babah dan Ummi menjeling tajam Yuni. Telinga Yuni ditarik geram oleh Ummi. Tak pandai nak jaga mulut! Ada saja ayat yang tak sesuai keluar dari bibir itu. Geram!

Mr Hacker ( COMPLETE ) ✔️Where stories live. Discover now