Yasmin membelek makanan ringan yang ada. Tak sabar nak makan. Walaupun tengah mengandung tapi pantang larang main langgar saja. Tak apa. Bukan selalu. Hehehe
" Yasmin kan?"
Yasmin panggung kepala bila namanya disapa oleh seseorang. Terkutik senyuman di bibir bila dia mengenali lelaki yang menyapanya itu.
" Hai, Adam."
" Hai, Yas. Buat apa dekat sini?" Adam meliarkan matanya melihat kalau ada mana-mana lelaki bersama dengan Yasmin.
" Saya cari makanan untuk melahap."
Adam menggeleng. Tak pernah Yasmin tak kuat makan. Dekat sekolah rendah pun Yasmin kuat makan. Nasib baik tak gemuk. Agaknya bela saka sampai tak gemuk-gemuk. Alahai...
" Kau bela saka ke sampai kau makan banyak pun kurus."
" Takdelah. Aku memang jenis makan tak gemuk. Takde bela apa-apa. Kau ni!" Yasmin tergelak kuat.
Tak sedar perempuan itu, ada seorang lelaki yang melihat setiap tingkah lakunya dengan perasaan marah dan dendam.
Dalam beberapa minit, Yasmin menyudahkan perbualannnya dengan Adam. Katanya, nak jumpa isterinya yang sudah menanti dalam kereta.
Yasmin berjalan seorang diri ke parking kereta. Terhenti seketika langkahnya bila dia rasa ada orang yang mengikutnya. Yasmin toleh ke belakang.
Tak ada orang. Yasmin angkat bahu. Mungkin perasaannya saja. Kunci kereta diambilnya. Belum sempat buka pintu, kunci keretanya jatuh apabila tubuhnya tiba-tiba diheret ke lorong gelap.
" Hey!" Terjerit Yasmin bila tubuhnya tiba-tiba diheret ke lorong gelap.
Terkedu Yasmin bila lelaki durjana ada di depan matanya. Lelaki yang telah mengaburi dengan kata-kata manis sehingga dia tenggelam ke dalam dasar cinta milik lelaki itu.
" Apa yang awak cuba buat ni?"
Yasmin meronta kasar bila pinggangnya dirangkul erat oleh Syarif. Syarif tatap tajam Yasmin yang ada di depannya itu. Kelihatan muka cantik itu sudah penuh dengan airmata. Takut dengan pisau lipat yang ditunjuknya.
" Kau curang dengan aku kan!" jerkah Syarif kuat dan lantang.
" Apa yang awak mengarut ni? Curang apa!"
Syarif ketawa kuat. Sinis sekali tawanya itu. Tak dapat tahan marah, terus leher itu dicekiknya sehingga Yasmin hilang nafas. Yasmin terbatuk-batuk. Dipukul kuat tangan besar lelaki itu. Semput nafas!
" Lepaslah!"
Syarif melepaskan leher Yasmin. Tubuh itu ditekan pada dinding. Muka berkerut Yasmin buat Syarif tersenyum penuh makna.
" Kau nak tipu aku apa lagi? Lelaki yang kau mesra tadi bukan bukti kau curang dengan aku ke hah!?"
Terangkat bahu Yasmin dengan jerkahan daripada Syarif. Ditolak kuat tubuh itu menjauh tapi itu semua sia-sia apabila lelaki itu sengaja mengeraskan tubuhnya. Tak nak menjauh.
" Awak nak kesah tentang saya kenapa? Ikut sayalah nak curang ke tak dengan awak! Lagipun awak bukannya sesiapa bagi saya. Awak kena sedar tu!"
" Masalahnya kau milik aku!"
Yasmin meringis sakit bila tubuhnya ditolak kuat pada dinding konkrit. Kepalanya terasa sakit. Cuba ditolak bila lelaki itu cuba menciumnya. Yasmin mengemam rapat bibir. Tidak membenarkan lelaki itu menyentuh bibirnya.
Pang!
" Kau memang perempuan tak sedar dirikan?"
" Pergilah awak! Saya nak balik! Jangan ganggu hidup saya! Saya dah tak perlukan awak dalam hidup saya!"
Mencerlung tajam mata Syarif melihat ke dalam anak mata berkaca Yasmin. Dicengkam kuat rambut perempuan itu. Yasmin memejam erat matanya. Sakit bila rambutnya ditarik kuat oleh Syarif. Rasa nak tercabut rambut dia.
" Sakit awak... Lepaskan rambut saya!"
" Kau dah tak perlukan aku sebab jantan tak guna tadi kan?!"
Yasmin menggeleng dengan linangan airmata yang sudah membasahi pipinya. Bulat mata Yasmin bila matanya dapat menangkap pisau lipat yang dikeluarkan lelaki itu. Syarif tersenyum sinis. Yasmin menggeleng dengan pandangan sayu.
" Kalau aku tak dapat kau... Lelaki tu pun takkan dapat kau!"
Syarif menyucuk pisau masuk ke dalam perut Yasmin. Yasmin sudah menangis.
" Aw...awak... Anak... Awak..."
" Ha?"
Rebah terus tubuh Yasmin ke bawah. Tak berdaya bila tubuhnya sudah dibunuh. Syarif menepuk pipi Yasmin. Masih terngiang akan kata dari Yasmin. Anak? Yasmin mengandung?
" Yasmin maafkan aku... Bangunlah. Anak aku..." Syarif merintih sedih.
Menyesal bila dia bunuh Yasmin dengan anaknya sekali. Disebabkan terlalu cemburu sehingga dia tak dapat mengawal dirinya sendiri. Dicium sayang dahi Yasmin. Maafkan aku, Yasmin...
" Maaf, ikut kami ke balai."
Dua pengawal yang menjaga kawasan kini sudah menangkap Syarif. Dari tadi dilihat drama antara Syarif dan Yasmin. Tak sempat nak tahan lelaki itu dari membunuh, lelaki itu sudah memasukkan pisau dalam perut Yasmin.
Bila Syarif cuba melarikan diri, laju pengawal itu menyepak perut Syarif. Pisau yang jatuh dimabil dan dicampak menjauh.
Dipegang dua tangan Syirhan dan dibawa masuk ke dalam kereta manakala seorang lagi pengawal menelefon ambulance dan polis. Usai siap, dalam beberapa minit. Ambulance dan polis menyerbu serentak.
Syarif dimasukkan ke dalam penjara manakala Yasmin dimasukkan ke dalam hospital. Polis menggeledah beg milik sang mangsa.
Dicari nombor kenalan keluarga terdekat. Nombor telefon rumah di callnya. Bila talian sudah bersambung terus polis menyampaikan berita tentang kematian Yasmin.
Yuni sudah mahu pengsan. Tak sangka secepat ini empat orang ahli keluarga pergi dari hidupnya.
" Baik. Saya ke sana."
Tut.
Yuni rebah jatuh ke lantai. Arfan yang baru keluar dari bilik air laju menerpa pada sang isteri. Dipeluk tubuh isterinya itu.
" Kenapa ni sayang?"
Yuni menggeleng lemah. Dipeluk erat suaminya itu. Mengongoi Yuni menangis. Dalam masa yang begitu singkat dia hilang empat orang yang tersayang. Ya Allah... Dugaan apakah ini?
" Sabar sayang... Kenapa ni?"
" Ab-abang... Yasmin dah tak ada."
Terdiam Arfan. Tak mampu dia berkata lebih, bagaimana harus dia memujuk bila secepat ini ahli keluarga Yuni tinggalkan dia.
" Shh... Sayang ada abang."
Yuni mengemam rapat bibirnya. Menahan tangisan yang makin lebat. Digigit perlahan bibirnya. Longlai tubuhnya dibangunkan walaupun banyak kali tubuhnya sudah mahu rebah. Arfan memaut pinggang isterinya. Tak nak bagi Yuni jatuh.
" Jom kita lawat Yasmin."
Arfan mengangguk perlahan. Berharap semoga Yuni kuat akan semua ini. Lagipula, bukannya senang nak terima semua dugaan ini dengan hati terbuka. Masakan tidak, seorang demi seorang sudah pergi dari hidup Yuni.
" Sayang okay?"
" Okay..."
Yuni sembunyi rasa hatinya. Senyuman manis diukir walaupun pahit. Dikuatkan dirinya terus berdiri. Dihembus perlahan nafasnya. Kau kuat Yuni!

YOU ARE READING
Mr Hacker ( COMPLETE ) ✔️
RomanceBook 12 [ ¥uπi & αrfαπ ] Saya ada di mana-mana untuk semua orang. Termasuk awak sendiri Tapi benarkah akan itu semua? Dia yang mendambakan lelaki itu dan dia yang mahukan lelaki itu dalam hidupnya. Logikkah andai dia sukakan lelaki...