Arfan mengeluh kuat. Tangannya bila digerakkan automatik sakit. Dipejam rapat matanya. Sudah dia pulang ke Malaysia dari awal sebelum Yuni tapi masih juga dia tak berpeluang bertemu dengan Umminya. Masakan tidak, dia perlu dirawat terlebih dahulu di dalam hospital.
Perlahan kakinya dihayun keluar dari hospital. Suara larangan daripada Ruan buat Arfan jeling tajam lelaki itu.
" Kau ni, tahu sakit tak payahlah mengada nak berjalan bagai. Kau tu baru beberapa minggu tau sembuh takkan dah nak berjalan dah."
" Aku nak balik."
Arfan tetap berjalan keluar dari biliknya. Lengannya dipegang Ruan agar tidak meneruskan langkah ke depan.
" Aku tahu kau nak balik. Tapi keadaan kau tak mengizinkan lagi."
" Hey, aku patah tangan jelah. Aku punya kaki boleh berjalan lagi."
Ruan meraup kasar wajahnya. Serasa mahu dicekik lelaki yang bernama Arfan ini. Degilnya tak boleh dibawa bincang!
" Kau tak boleh balik lagi Arfan." Ruan menegas.
" Habistu kau nak aku mereput dalam hospital ni berapa lama? Setahun? Dua tahun? Sebulan aku duduk dalam wad ni pun dah terseksa. Aku tak perlukan semua ini. Aku nak balik!"
Ruan hanya mampu menggeleng saja. Langkah perlahan yang dihayun Arfan dilihat penuh sayu. Baru beberapa hari Arfan duduk dalam hospital ini tapi Arfan sudah degil nak balik. Haih... Sukarnya!
" Kau naik apa balik sana? Baik aku hantar kau ke sana."
Arfan mengangguk kecil. Tak sabar untuk dia bertemu muka dengan isterinya. Jujur dia rindu. Sudah beberapa dia tak melihat muka cantik itu buat dia angau.
Sejak kemalangan itu, semua menganggap dia sudah tiada padahal, Arfan sempat menyelamatkan diri dengan memaut diri pada dahan pokok yang bersulur paut.
Ketika dia kemalangan, pada masa yang sama Lee dan Angelo menelefonnya untuk berbicara tentang syarikatnya dan Alhamdulilah Arfan selamat atas bantuan dua orang itu. Andai tidak, apalah jadi padanya. Haih...
Cuma tangannya patah disebabkan pintu di belah pemandu terbalik betul-betul pada tanah. Alhamdulilah bersyukur Allah masih selamatkan dia.
" Kau okay?" Ruan bertanya usai masuk ke dalam kereta bersama Arfan.
Arfan angguk. Bolehlah nak dikatakan okay. Cuma sekarang dia excited untuk bertemu muka dengan Yuni. Rindu. Tapi sudah pulangkah Yuni ke Malaysia?
¤¤¤¤¤¤
Syirhan keluar dari kapal terbang. Bahu lelaki yang berpakaian kemas khas untuk semua pilot itu ditepuk beberapa kali dengan senyuman penuh makna.
Dibisikkan sesuatu pada lelaki itu. Lelaki yang telah menolongnya dalam menjayakan misi ini.
" Thank you."
" Welcome Mr Syir."
Syirhan tunjuk ibu jarinya pada Harris. Harris mengangguk dengan senyuman manis. Tawa psiko keluar dari bibir Syirhan. Untungnya orang yang ada duit banyak.
When you have money, you can do anything...
Kita upah je dengan duit banyak pastinya semua menjadi. Macam si pilot yang tersenyum padanya tadi.
Syirhan awal-awal telah bersepakat untuk hack semua sistem agar pisau lipat yang dibawanya tidak diketahui sesiapa dan bersyukur dirasai bila rancangannya sangat menjadi.
Tak perlu untuk tertanya, bila Syirhan nak. Dia akan cuba dapatkan walau apapun yang terjadi!
" Kau nak pergi mana?" Syirhan menarik hujung tudung Yuni bila perempuan itu laju mahu tinggalkan dia.

ESTÁS LEYENDO
Mr Hacker ( COMPLETE ) ✔️
RomanceBook 12 [ ¥uπi & αrfαπ ] Saya ada di mana-mana untuk semua orang. Termasuk awak sendiri Tapi benarkah akan itu semua? Dia yang mendambakan lelaki itu dan dia yang mahukan lelaki itu dalam hidupnya. Logikkah andai dia sukakan lelaki...