Bab 30

546 39 0
                                        

Syirhan ketawa kuat. Sinis sekali tawanya itu. Berita kematian Arfan sudah diterimanya. Alhamdulilah Arfan sudah selamat dikebumikan. Stereng kereta Volkswagennya dicium.

Tak lama lagi Yuni akan menjadi miliknya. Mengingatkan itu sudah buat Syirhan sandar gembira pada tempat duduk dengan senyuman manis tak lekang dari bibir itu.

" Kau tunggu tau Yuni, aku akan pastikan kau jadi milik aku." Gumam lelaki itu sendiri.

Kereta Volkswagennya masih menanti dekat depan hotel yang ditempah Yuni. Macam mana dia tahu akan keberadaan Yuni? Alah, sekarang semua teknologi canggih dan dia pun dapat maklumat daripada orang upahannya. HAHAHA

Susuk tubuh Yuni yang baru keluar dari hotel mewah itu dilihat dengan senyuman penuh makna. Teksi yang diguna Yuni diikuti sehingga ke lapangan terbang. Kereta myvinya diparking jauh sikit dari lapangan terbang.

Minyak tanah yang dia sedia bawa disimbah pada keretanya. Senyuman sinis terbit di bibir bila bau minyak sudah menerpa masuk ke dalam deria hidungnya.

Syirhan keluar dari kereta Volkswagennya. Padahal baru beli Volkswagen dan hari ini dia mahu membakarnya. Tak apa, myvi lain boleh dibelinya lagi.

" Good bye... Thank you untuk semua kebaikan kau tolong aku. Tenanglah kau di sana." Usai habis berkata, langkah dibawa menjauh dari kereta sebelum mancis yang sudah menyala itu dilempar pada kereta Volkswagennya.

Syirhan tertawa kecil. Kepala hoodienya ditekup pada kepalanya. Menyembunyi diri dari manusia. Masuk saja dalam lapangan terbang, terus Syirhan mengejar langkah Yuni yang sudah masuk ke dalam kapal terbang. Syirhan turut masuk ke dalam kapal terbang yang sama. Semua tentang Yuni dia tahu. Syirhan pun tahu Yuni nak balik hari ini dan guna kapal terbang yang mana. Semua dia selidik. Gila kan?

" Excuse me..."

Yuni paling wajah ke arah suara yang dia sangat kenali. Pucat muka Yuni melihat Syirhan yang ada di depan matanya. Hampir di rebah. Nasib baik sempat dia paut pada kerusi.

" A-abang... A-abang buat apa dekat sini?"

" Bercuti."

Yuni telan air liur kasar bila tempat duduk di sebelahnya diduduki Syirhan. Yuni mahu keluar dari tempatnya tapi Syirhan pantas menyekat dengan kaki panjangnya.

" Baik kau duduk sebelum aku rogol kau dekat sini."

Cukup dari ugutan itu sudah menakutkan Yuni. Longlai punggungnya duduk di atas kerusi tapi belum sempat dia duduk tangannya sudah ditarik Syirhan hingga dia terduduk di atas paha lelaki itu.

" Kau gerak aku tak janji takkan sentuh kau. Baik kau duduk diam-diam."

" Baik abang lepaskan Yuni. Yuni jerit nanti." Yuni cuba mengugut lelaki itu semula tapi malangnya tak membuahkan apa-apa. Siap lelaki itu boleh ketawa dengan ugutannya itu.

" Kau nak jerit? Lepastu kau nak cakap apa? Hmm?"

Yuni menepis kasar tangan Syirhan yang bermain dengan tepi tudungnya. Tubir mata yang sudah berair ditahan sebaik mungkin daripada mengalirkan airmata. Sungguh Yuni takut. Takut dengan Syirhan yang kelihatan psiko.

" Saya akan cakap awak penjahat nak buat benda bukan-bukan dekat saya."

" Oh really? Cuba kau tengok sekarang kau duduk dekat mana? Entah-entah diorang cakap kau yang nak buat benda bukan-bukan dekat aku."

Yuni mengetap kuat giginya. Digenggam kuat tangannya. Dilarikan tangannya daripada diraih Syirhan tapi Syirhan kan? Bukan tak kenal.

Dia akan buat apa saja untuk dapatkan apa yang dia nak. Tangan halus Yuni digenggam erat. Bagai tak nak lepas. Rentapan daripada Yuni tak hiraukan.

Mr Hacker ( COMPLETE ) ✔️Where stories live. Discover now