Hampir seminggu Yuni hidup dalam ketakutan. Kerja yang dia lakukan juga tidak betul. Semuanya rasa tidak kena. Fikirannya masih memikirkan akan ugutan Mirul itu.
Kuat perasaan takut itu merajai dirinya. Untuk masuk kerja, begitu sukar baginya kerana itu Yuni mengambil cuti beberapa hari untuk melupakan semua itu. Tapi sayang... Dosanya masih belayar pada anak mata.
Yuni mengeluh. Mukanya diraup kasar. Perutnya diusap lembut. Sudah beberapa hari dia tidak makan kerana mengenangkan dosa yang dia lakukan. Dia menyesal. Menyesal dengan semua dosa yang dia lakukan. Maafkan aku Ya Allah...
Bunyi getaran pada telefon pintarnya buat lamunan Yuni terbang begitu saja. Airmata yang turun tanpa dia sedar dikesat lembut.
Dicapai telefonnya. Dihidupkan telefon pintarnya. Dibuka mesej yang dia dapat. Hampir jatuh telefon Yuni bila gambarnya telah disebarkan dalam group yang berkaitan dengan benda 'tu'.
Tak semena, airmata Yuni mengalir laju tanpa henti bagai air sungai. Untuk dikesat airmatanya, Yuni sendiri tidak mampu. Bergeletar tangan Yuni. Takut dan pada masa yang sama dia malu. Malu bila gambarnya sudah tersebar walaupun baru dalam Group 'tu' saja.
- Semuanya dah terlambat...
Status dibuat Yuni dalam wasap dan tidak sampai beberapa minit, Arfan sudah membalas.
Apa yang telah terjadi? Boleh bagitahu saya? - Arfan
Yuni mengetap kuat. Sesak dadanya dengan rasa malu dan geram pada Mirul. Sanggupnya lelaki itu sebarkan semua gambarnya gara-gara dia mintak putus.
Mirul dah sebar gambar saya... Awak, saya takut... -Yuni
Tak lepas mata Yuni pandang telefon pintarnya. Bibir dikemam rapat bila Arfan tidak membalas apa-apa. Tidak lama...
Macam mana boleh jadi macam ni? - Arfan
Yuni pasti Arfan sedang marah tika ini. Lihat saja mesej lelaki ini. Walaupun tak nampak dari segi rupa dan percakapan tapi Yuni dapat mengagak.
Saya tak tahu... - Yuni
Yuni menanti akan balasan daripada lelaki itu tapi hanya barisan online saja kelihatan. Jari itu tidak menaip. Mungkin sudah kecewa untuk kali keberapa dengannya. Dalam beberapa minit baru lelaki itu menyambung menaip.
Arfan is typing...
Boleh bagi saya video awak dengan Mirul? - Arfan.
Yuni teresak. Ditekup mulutnya bila tangisannya sudah kuat kedengaran. Tak mampu dia berdiri lagi ketika ini. Nasib baik Yuni saat ini sedang duduk di atas katil. Andai tidak, pasti Yuni sudah rebah jatuh ke bawah.
Sa-saya takut Arfan... Sa-saya tak tahu apa yang perlu saya lakukan sekarang. - Yuni.
Arfan is typing...
Bagi saya video tu. Itu yang awak perlu lakukan sekarang. Saya harap awak percayakan saya.- Arfan
Yuni terhenti daripada menaip. Memikir seketika apa yang perlu dia lakukan. Adakah perlu dia percayakan Arfan?
Yuni hembus nafas kasar dengan mata yang terpejam. Sakitnya dengan semua ini. Bibir digigit perlahan sebelum kepala itu mengangguk. Mungkin aku perlu percaya. Lagipun Arfan baik. Mana tahu dia dapat selamatkan aku.
Okay sekejap.- Yuni
Tak ada balasan daripada Arfan. Mungkin sedang menanti akan video yang dia ingin berikan. Lincah tangan Yuni mencari video itu.
Usai menemui apa yang dia inginkan, terus video itu dihantar pada Arfan. Lega sikit dirasai bila aku sudah menutup apa yang patut dalam video itu.
Awak, saya nak minta maaf. Saya terpaksa buat benda ni.- Arfan
Garis halus pada dahi Yuni kelihatan bila lelaki itu meminta maaf dengan bait kata yang pelik. Terpaksa? Terpaksa apa?
Maksud awak apa? - Yuni
Arfan is typing...
Berdebar hebat gelodak hati Yuni bila Arfan sedang menaip. Tak sabar dia nak tahu akan maksud yang lelaki itu katakan. Apa agaknya?
Saya nak mintak izin hacker telefon Mirul untuk buang semua gambar awak boleh?- Arfan
Yuni mengetap beberapa kali bibirnya. Dalam diam hatinya sudah melonjak kegembiraan andai Arfan berjaya hacker telefon Mirul. Pasti semua yang berlaku akan selesai. Tapi... Boleh percaya ke? Sedikit sebanyak masih ada keraguan dalam hati Yuni. Ragu pada lelaki ini.
Boleh, saya izinkan -Yuni
Yuni menanti akan mesej seterusnya dari lelaki itu tapi bila online lelaki itu sudah hilang dalam wasap terus buat muka Yuni sedih. Apa yang lelaki itu cuba lakukan sebenarnya? Kenapa lelaki ini terlalu misteri?
••••
Serius muka lelaki china campuran melayu itu membuat kerja. Sesekali muka itu berkerut seribu cuba menyelesaikan masalah si Yuni.
Bibir terasa kering buat lelaki itu membasahkan bibirnya sehingga bibir itu sudah menampak warna merah bagai memakai gincu.
Senyuman sinis terbit di bibir lelaki itu bila dia sudah nampak jalan akan setiap kerjanya itu tapi decitan keluar dari bibir Arfan bila dia hampir kantoi menghacker telefon milik Mirul.
" Hacking into someone's phone is quite simple for an amateur but now... I can't hack his phone. System dekat sana terlalu kuat." Gumam Arfan perlahan.
Terbit kekecewaan dalam hati lelaki itu bila tak dapat menyudahkan kerjanya.
Pasti tika ini polis sedang scan telefon miliknya tapi mengingatkan itu buat Arfan tertawa sinis.
Macam mana nak scan kalau nombor yang dia gunakan adalah palsu? Nothing happen... Hahaha
Ligat kepala itu mencari akan sesebuah idea. Akal itu laju mengeluarkan apa-apa akal yang dapat menyelesaikan masalah ini. Arfan mencapai telefonnya. Mencari nombor Mirul.
Aku nak bincang baik-baik dengan kau- Arfan
Laju tangan itu menghantar mesej pada Mirul. Serentak itu, sudah tertera online pada wasap milik Mirul buat Arfan tersenyum sinis.
Mirul is typing...
Nak bincang apa? - Mirul
Aku nak kau delete semua gambar dan video Yuni - Arfan
Hey dude! Jangan harap aku akan delete! Pergi mampuslah dengan perempuan tu! - Mirul
Okay - Arfan
Hanya itu balasan daripada Arfan buat Mirul pelik. Senyuman sinis tersungging di bibir. Lincah jari itu mencari gambar dan video Yuni. Pudar senyuman sinis Mirul bila gambar dan video Yuni sudah tiada dalam telefonnya.
" Asal ni?" Mirul sudah mahu mengamuk.
Tunggu keluar saja semua kemarahnnya. Gigi diketap beberapa kali. Back up file juga dibuka. Masih juga tak ada gambar dan video Yuni. Kurang ajar! Siapa lelaki yang mesejnya tadi?
Mirul mendail nombor kawan polisnya. Masih terasa sesak pada dadanya akan yang berlaku saat ini. Digenggam kuat tangannya sehingga merah. Geram!
" Afiq, tolong aku carikan aku maklumat tentang nombor yang aku bagi dekat kau. Aku nak sekarang!" Tanpa apa-apa balasan daripada Afiq. Mirul menutup talian.
" Arghhh s***! Kalau aku dapat tahu kau siapa, siap kau!" Kuat suara itu dilontarkan.
Mirul masih memegang telefonnya. Mahu saja dihempas andai ikut geram yang dia rasai saat ini. Getaran terasa pada tangannya buat Mirul laju melihat pada telefonnya.
Aku tak dapat nak kesan. Nombor yang dia guna nombor palsu- Afiq
Tak tunggu lama, terus dihempas telefonnya diatas katil dengan muka tegang. Marahnya pada lelaki tak guna itu. Andai lelaki itu ada di depannya saat ini. Memang sudah lunyai dikerjakan!

YOU ARE READING
Mr Hacker ( COMPLETE ) ✔️
RomanceBook 12 [ ¥uπi & αrfαπ ] Saya ada di mana-mana untuk semua orang. Termasuk awak sendiri Tapi benarkah akan itu semua? Dia yang mendambakan lelaki itu dan dia yang mahukan lelaki itu dalam hidupnya. Logikkah andai dia sukakan lelaki...