#41

2.2K 104 11
                                    

Mia turun dari teksi. Dia melihat Adlina menunggu nya di salah satu bangku di luar sekolah.

"Mia."

Mia melangkah perlahan menuju ke Adlina.

"Jom masuk." Ujar Mia.

"Eh, Jap. Kan kena berpasang-pasangan."

"Ye lah, perempuan dengan perempuan tak boleh ke? Bestie?"

"Tapi aku nak dengan ---."

"Farhan. Aku tahu. Tak apa, aku pergi dengan orang lain." Belum sempat Adlina habiskan ayatnya, Mia menghalang.

Mia terus menuju ke kaunter pendaftaran.

"Mia, okay. Aku pergi dengan kau."

Mia mengendahkan kata-kata Adlina.

"Haa, Mia. Kau kena cabut salah satu nama dalam ni. Kau akan tukar hadiah dengan dia." Terang si penjaga kaunter.

"Bila?"

"Kan kau dah ada bagi hadiah kat Umai. Haa, nanti ada acara tukar-tukar hadiah tu." Terang lagi si penjaga kaunter.

Mia pun mengocak kotak itu dan mencabut salah satu nama yang tergulung di dalam kotak itu.

Kemudian, Mia memberikan kertas itu pada si penjaga kaunter.

"Haa, apa nama yang aku dapat? Nak tulis kat sini ni."

"Tengku Aryan Mikhail Bin Tengku Murad."

Mia terlepaskan pen yang dipegang selepas mendengar sebaris nama itu.

"Macam mana nak tahu siapa dapat nama aku?"

"Tengok lah kat list tu."

Mia mencari namanya dan membaca nama yang akan bertukar hadiah dengannya.

"Tengku Aryan Mikhail Bin Tengku Murad." Mia menyebut nama Ayam dan diakhiri dengan satu keluhan yang agak berat.

Mia menulis namanya dan nama si penukar hadiah. Tiba-tiba Elfira menyapanya.

"Mia."

"Eh, El."

"Jom kita masuk sama-sama."

Mia tersenyum. Dia mengambil nombor kerusinya.

"Jom lah." Ujar Mia dengan girangnya.

Dia meninggalkan Adlina kerana ingin menunjukkan tanda protes nya.

"Haih, Mia. Kenapa kau sensitif sangat ni? Sampai aku pun dia marah ni." Ujar Adlina sendirian.

       ............................

"Eh, depannya meja."

"Mia, kau lupa ke? Aku kan penolong ketua pengawas."

Mia tersengih. Dia terasa ingin menghantukkan kepalanya di dinding.

"Tak apalah. Kalau macam tu, aku duduk tempat lain."

"Alah, Mia. Adlina pun kena duduk sini. Dia akan orang-orang terpenting kat sekolah ni jugak."

Mia terdiam. Dia sebenarnya tidak mahu duduk semeja dengan Aryan.

"Mia, jomlah."

Mia akur duduk bersama dengan Elfira. Dia dengan Aryan sudah hampir sebulan tidak sebumbung apatah lagi bersemuka. Dia cuba elak melihat Aryan sehingga Aryan melafazkan cerai.

        ............................

"Mia, kau tak nak pergi ambil makanan dulu ke? Karang dah start majlis, nanti tak boleh makan."

I love you Mr Headprefect |✓Where stories live. Discover now