ILYMH Special 4

2K 99 8
                                    

"Sayang!"

"Ya?"

"Cepatlah. Nanti lambat."

"Kejaplah!" Jerit Mia.

Aryan memulas daun pintu. Dia melihat Mia sedang melilit kepalanya dengan sehelai shawl satin.

"Sayang!" Jerit Aryan.

Mia tidak layan. Mata Aryan masih merenung isterinya.

"Kenapa abang tenung Mia?"

"Mia dah pakai make up ke belum?" Tanya Aryan dan mengendahkan pertanyaan Mia.

"Belum."

"Mia tak payah pakai make up lah eh."

Mia memusingkan tubuhnya menghadap Aryan.

"Kenapa?"

"Mia dah nampak cantik sangat."

"No! Mia tetap nak pakai." Mia mengambil berus make up nya.

Aryan segera merampas berus tersebut.

"Abang!"

"No, tak payah make up. Jom." Aryan menarik tangan Mia.

"Iye pun, bagilah Mia pakai lipstik sikit. Lip balm ke? Muka Mia ni pucat lah."

"Tak sayang, tak."

"Please?" Mia membuat mukanya yang comel. Dia tahu itu kelemahan Aryan.

"Bagi lip tint."

Mia teragak-agak mengambil lip tint nya. Dia memberi pada Aryan.

"Buka sikit mulut tu."

Mia hanya mengikut arahan Aryan. Aryan mengalirkan sedikit lip tint tersebut.

"Dah, jom." Aryan menarik tangan Mia.

"Sikitnya."

"Nanti kalau merah sangat, orang lain tergoda nanti. Senang cerita, lelaki depan Mia ni pun tergugat iman."

Mia tersenyum.

"Kejap. Mia ambil handbag. Abang bawaklah Faris masuk kereta dulu."

"Faris tak ikut."

Pandangan Mia terus beralih pada Aryan yang baru sahaja duduk di birai katil.

"Kenapa?"

"Macam biasa, umi bawak Faris jalan-jalan. Macam tak biasa dengan Umi tu, dia kan ada sorang je cucu." Kata Aryan dan menekankan perkataan 'cucu'.

           ............................

"So macam mana doktor? Isteri saya sakit apa?"

"Tahniah. Puan Adlina hamil sudah 2 bulan."

"Yes!" Farhan terjerit kuat. Adlina hanya mampu tersenyum. Dia tahu ini saat yang dinantikan sejak awal perkahwinan mereka.

"Tapikan doktor, kenapa isteri saya ni tak tunjuk alahan orang mengandung pun? Macam selalu, muntah dan pening kepala." Farhan bertanya tanpa rasa malu.

"Sesetengah wanita yang mengandung, akan alahan 4 bulan pertama mengandung. Sesetengah wanita pula, 4 bulan seterusnya. Mungkin, isteri encik adalah wanita yang dikalangan akan mengalami alahan 4 bulan seterusnya." Jelas doktor itu.

Farhan menggenggam erat tangan Adlina. Dia tersenyum lebar.

"Encik boleh ambil ubat di farmasi."

                   ......................

"Kalau Mia tak larat nak berdiri, Mia duduk lah kat sana tu." Kata Aryan sambil menunjukkan pada ruang menunggu khas untuk para wanita mengandung.

I love you Mr Headprefect |✓Where stories live. Discover now