#34

1.9K 103 4
                                    

"Eh, Rafiq!"

Aryan keluar di sebalik tiang. Mia memusing ke belakang untuk tidak melihat muka Aryan.

"Eh, Aryan. Kau buat apa kat sini?"

"Saje jalan-jalan. Kau pulak?"

"Aku saja je tengok kasut bola yang edisi terhad tu. Smart gila. Where is your wife?"

Riak wajah Aryan mulai resah. Mia sudah berura-ura nak pergi.

"Eh, kau keluar dengan Mia ke?"

"Tak lah. Terserempak."

Mia kembali memaling pada Aryan dan tersenyum.

"Ouh ya. I have to go now."

Aryan dan Mia hanya mengangguk. Rafiq berlalu pergi. Mia menjeling Aryan.

"I'm sorry."

Mia berlalu pergi meninggalkan Aryan yang masih di dalam keadaan bersalah.

...................................

"Hey, El."

"Hai. You dah lama tak tegur I. You rindu I ke?"

"Nope. Aku nak minta tolong kau."

"Anything for you."

Mia ternampak Aryan bersama-sama dengan Elfira.

"Diaorang berbaik dah ke? Or Aryan nak try El?" Mia bermonolog sendirian. Dia cuba usir sesuatu yang menganggu fikirannya.

Selepas waktu rehat, Mia masuk ke dalam kelas. Dia melihat Aryan duduk di tempat lain. Mia terfikir apakah sebab Aryan berpindah tempat.

"Adlina, kenapa Aryan pindah tempat?"

Adlina hanya mengangkat bahu seperti cuba menjauh dari dirinya. Hati Mia sedikit terasa.

..............................

Mia berdiri di hadapan pagar sekolah. Sebuah kereta yang amat dia kenali berhenti betul-betul di hadapan dia. Cermin kereta dibuka.

"Get in."

Mia hanya diam.

"Mia Arissa!"

Mia akur. Dia segera masuk ke dalam kereta. Aryan menekan pedal minyak dan terus meluncur di atas jalan raya.

"Aryan, tak payahlah bawak laju sangat macam nak mati ni."

Aryan menekan pedal minyak sekali lagi.

"Aryan Mikhail!"

Tiba-tiba Aryan membrek terkejut. Mia melihat dia.

"Kau nak apa sebenarnya?" Kata Mia dengan lantang sekali.

Mia melihat riak wajah Aryan yang sangat serius.

"Kau nak mati ke apa!"

"Aku nak tanya kau."

Mia hanya diam.

"Kau betul-betul cintakan aku atau tak?"

Mia terdiam. Lidahnya kelu. Dengan perbuatan Aryan tadi, Mia takut untuk mengaku.

"Mia Arissa, answer me sayang."

Jantung Mia berdegup laju. Dia takut.

"Not right now. Please. Understand me." Kata Mia cuba meraih simpati Aryan.

Aryan hanya diam. Dia teruskan pemanduannya.

    ............................

"Kau rasa menjadi tak?"

I love you Mr Headprefect |✓Where stories live. Discover now