#12

2.1K 129 2
                                    

Aku mulakan larian. Memang aku agak lambat. Tambah malu lagi bila hampir satu sekolah tengok aku lari. Nak je aku menangis tapi aku tahan. Aku tak nak dikira lemah.

Hinggalah pusingan ke sembilan. Aku tak larat. Air tak bawak. Memang tak larat lagi dah. Ni nak masuk pusingan ke sepuluh. Tapi aku rasa nak pitam. Orang ramai masih tengok aku. Tolonglah, badan. Kuat eh.

Aku baru lari separuh pusingan yang kesepuluh. Tiba-tiba pandangan aku mulai kabur.

End Mia POV

Readers POV

Tiba-tiba pandangan Mia kabur. Aryan segera ke arah Mia.

"Woi, perempuan. Kau jangan nak buat aku simpati kat kau lah! Bangun!"

Aryan menendang perlahan Mia. Adlina yang baru turun dari kelas segera ke padang untuk memberhentikan perbuatan Aryan.

"Aryan, apa kau buat ni? Kenapa kau buat Mia macam ni?"

"Eh, dia saja-saja je lah. Biar dia. Biar dia nak mampus ke apa ke kat situ!"

Adlina hanya menggeleng. Adlina segera memanggil seorang guru perempuan. Adlina ikut cikgu tersebut ke hospital. Aryan terpaksa ikut mereka kerana dipaksa oleh Adlina.

End Readers POV

Aryan POV

Ni mesti Mia ni mengada. Memang. Memang aku terlalu marahkan dia semalam. Hari ni, sengaja aku nak hukum dia.

Setibanya kami di hospital, Mia terus dimasukkan ke wad kecemasan.

"Weyh, Aryan. Kau kenapa!"

"Kau tahu tak ni hospital? Slow lah sikit suara tu!"

"Okay! Kau kenapa hah buat Mia macam tu?"

"She deserve it!"

Dia hanya menggeleng. Lantak kau lah! Seketika kemudian, doktor keluar.

"Okay, Cik Mia da---."

"Sorry, Puan."

Adlina membetulkan. Nak bagi aku ingatlah tu. Eih...

"Ouh, suami dia mana ya?"

Adlina menjeling pada aku. Hmm...ye lah. Aku suami dia. Even dia tak pernah anggap aku as suami dia.

"Saya."

"Okay, Puan Mia menghidap strok haba and you know dehydration? Yes. Dia kena dehydration."

Aku terkejut. Dehydration?

"Okay, that's all. She will admit several days. Sekarang, dia masih tak sedarkan diri. Jangan bagi dia stress sangat. Okay, Awak boleh melawat dia."

Dia segera pergi. Adlina memandang aku.

"Tengok? Apa kau dah buat? Kalau mak tok tahu, ini semua punca kau. Memang nahas kau. Kau dah janji tak nak bagi dia sakit or sakitkan hati dia? Hah?"

Aku terdiam. Aku segera masuk ke dalam wad. Aku duduk di sebelah dia. Aku genggam tangan dia.

"Maafkan aku, Mia. Aku ikutkan perasaan aku."

Tiba-tiba ada suara memanggil aku.

"Aryan?"

Suara dia lemah.

"Mia. Aku minta maaf. Aku terlalu ikutkan perasaan aku sampai aku sakitkan kau, aku sakitkan hati kau. Sorry."

Dia terkebil-kebil memandang aku.

"Er...aku minta maaf jugak. Actually semua salah aku."

Aku hanya diam.

I love you Mr Headprefect |✓Where stories live. Discover now