#37

2.1K 108 11
                                    

"Assalamualaikum."

"Kakak!" Jerit Iman sambil berlari-lari ke arah kakaknya.

Mia memeluk Iman.

"Lama kakak tak balik. Iman rindu Kakak tahu tak."

Mia tersenyum. Selepas menghantar Aryan pergi, dia terus Ke rumah mama dan papanya.

"Mama. Papa." Mia terus menyalami tangan ibu bapanya.

Dia melihat alongnya juga ada.

"Along!" Jerit Mia dan terus memeluk alongnya.

"Ini ke budak yang dah kahwin tu? Apa peluk-peluk ni." Kata Izz dan diakhiri gelak tawa.

Kemudian, Mia ternampak bakal kakak iparnya.

"Eh, cikgu pun ada? Patutlah Along ada kat sini."

"Eh, kak long eh. Panggil dia kak long."

Mia hanya tersenyum nipis.

"Dah lama Mia tak balik sini."

"Biasalah tu mama. Orang tengah syok bercinta. Mak tok kat kampung tu asyik tunggu je dia ni balik."

Mia menjegilkan mata ke arah abangnya itu.

"Eh, Mia sibuklah. Belajar."

"Belajar ke bercinta?" Usik abangnya lagi.

Mia memukul lengan abangnya. Mereka sekeluarga tertawa.

"Dah-dah. Masuk lah dalam rumah iya pun. Mama ada masak tu."

Mia tersenyum.

..............................

Mia terbaring di atas katil. Dia melihat ke arah siling.

"Baru kejap dia tak ada, kenapa aku rasa bosan sangat?" Kata Mia sambil melihat kipas berpusing-pusing.

Dia merasakan suatu perasaan menyelinap masuk ke dalam hatinya.

"Nak call dia ke tak nak?" Mia bermonolog lagi.

Mia segera mencapai telefon bimbitnya. Dia menaip nombor Aryan.

"Nak call ke tak nak? Perlu ke call sedangkan dia mungkin seronok dengan Syazira ke? Nak call ke tak nak ni?"

Tiba-tiba Mia mengubah fikiran. Dia segera mendail nombor Adlina.

"Hah, nak apa ni?"

"Waalaikumussalam." Usik Mia.

"Ye lah. Assalamualaikum Mia."

Mia sudah tergelak-gelak sendirian kerana berjaya mengenakan Adlina.

"Waalaikumussalam."

"Ni kau kenapa call aku ni? Nak tanya pasal Aryan lah tu."

Mia terdiam.

"Betul kan? Kalau rindu, kata lah rindu. Ini tak."

"Buang masa aku rindu kat dia tu. Dai dengan Syazira kan? Bahagia betul tak?"

"Mia, aku minta maaf."

"Asal pulak kau nak minta maaf? Memang sepatutnya kau bagitahu aku? Tak adalah aku ni jadi tunggul kat sini tunggu suami aku tapi rupa-rupanya suami aku dengan perempuan lain."

"Mia, dia sibuk dengan latihan bola lah. Kitaorang kan Red Cresent. So, lain-lain event."

Mia terdiam.

"Ni, aku dengan Wana tengah siap nak keluar. Aku letak dulu lah."

"Ok."

"One more thing. Kalau rindu tu, call je lah. Tak payah ego sangat. Bye, Assalamualaikum." Kata Adlina seraya meletakkan panggilan.

I love you Mr Headprefect |✓Where stories live. Discover now