#10

2.3K 133 0
                                    

"Kau lupa?"

"Erkkk...sorry."

Aku hanya menggeleng.

"Weyh, aku ada benda nak bagitahu kau."

"Apa?"

"Kita tunggu lepas perhimpunan."

Kami ketawa. Aku ikut sahaja belakang Adlina. Kan aku baru. Orang pun pandang aku lain macam.

"Sini, diaorang kuat dengki sikit kalau nampak yang cantik macam ni."

"Sebab?"

"Nanti Aryan jatuh cinta."

"Ouh, sebab tu je? Eleh, dia dah lama kot jatuh ci---."

"Woi, korang ni tak reti pergi perhimpunan ke?"

Aku dan Adlina tersentak. Kami terus melangkah laju masuk ke dewan. Waktu perhimpunan, aku setia memandang Aryan. Ye lah, dia tengah bagi ucapan. Handsome. Mesti semua orang cair. Alah. Tu suami aku. Milik aku. Selepas selesai dia memberi ucapan, aku setia mendengar kata-kata guru besar tapi tiba-tiba ada orang menegur aku dari belakang. Ye lah, aku belakang sekali. Mesti pengawas nak tegur. Alah, malasnya. Dia berbisik sesuatu pada aku.

"Kat rumah tak nak tenung. Kat sekolah jugak eh nak tenung. Tak apa, nanti kat rumah boleh tenung sepuas-puasnya ya, sayang."

Terbeliak mata aku. Aku pusing ke belakang. Aryan!?

"Eih, sibuknya kau."

"Eh, dia yang pandang kita. Eleh."

"Eih, perasan!"

"Senyap lah sikit."

Waktu tu memang orang depan aku tak dengarlah. Sebab dia rapat gila-gila dengan aku.

"Dah dah, pandang depan. Kau buat aku bersemangat nak bagi ucapan tadi."

Aku tersenyum lebar. Awhhh, melting.

Selepas perhimpunan, aku masuk ke dalam kelas bersama guru kelas.

"Assalamualaikum semua. Ni ada murid baru. Mia, perkenalkan diri."

"Assalamualaikum semua. Hai. Nama saya Tengku Mia Arissa. Berasal dari Selangor. Nice to meet you all."

Aku cuba menjadikan keadaan meriah namun seberapa gadis seperti tidak menyukai aku.

"Er...Mia. Mia duduk dekat situ. Sebelah Aryan."

What? Aryan? Dalam kelas jumpa. Dalam rumah jumpa. Dalam bilik jumpa. Dalam mimpi pun jumpa. Inilah yang dinamakan jodoh. Eh, fokus. Belajar.

"Haa...Adlina. Tunjuk tempat Aryan. Sebelah tempat Aryan."

Aku hanya senyum kepada cikgu itu lalu cikgu itu keluar. Aku segera duduk di tempat sebelah Aryan tu.

"Hai, saya Hani."

"Ouh, hai."

"Ni kawan baik kita."

"Eh, Awak berdua kenal?"

Aku tersenyum lebar.

"Sepupu."

"Ouh."

Tiba-tiba ada sekumpulan gadis yang agak gedik datang kat meja aku.

"Untung lah kau. Perempuan yang bertuah je dapat duduk dekat sebelah Aryan."

Erkkk...ye ke? Kemudian, si ketua pula berkata. Macam nak serang aku. Sabar je lah.

"For your information, tak ada mana-mana perempuan dapat duduk sebelah Aryan."

I love you Mr Headprefect |✓Where stories live. Discover now