#9

2.3K 143 0
                                    

"Woi, minah. Bangunlah cepat dah lambat ni."

Aku bangun-bangun tengok pukul 6 dah. Aku selalunya bangun pukul 5 setengah. Haish.

"Tengku Mia Arissa. Bangun!"

Aku cuba mengejutkan dia banyak kali.

"Lantak kau lah."

Aku segera mandi dan solat subuh. Selepas solat subuh, dia masih tak bangun.

"Tengku Mia Arissa sayang, bangun. Kau tak nak pergi sekolah ke?"

Aku goncang dia. Wah, banyak kali goncang pun tak jalan. Aku masuk ke bilik air lalu menadah sedikit air dan cepat-cepat ke katil. Aku memercikkan air tadi ke mukanya. Akhirnya dia terjaga.

"Pukul berapa ni?"

Kata dia sambil memisat-misat matanya.

"Pukul 6 suku."

"Hah?!"

Dia terjerit lalu menolak aku ketepi lalu ke bilik air tapi tiba-tiba dia hilang imbangan ketika menolak aku. Aku terjatuh di atas lantai dan Mia tanpa sengaja terhempap atas aku. Kami terdiam. Mata kami bertaut lama. Jantung berdegup laju. Cantik muka dia. Memang ada kesan sikit sebab dia baru bangun tidur.

End Aryan POV

Mia POV

Alamak! Aku hilang imbangan waktu tolak dia. Aku terhempap atas dia dan di pun terjatuh kat atas lantai. Mata kitaorang bertaut. Dia dengan masih memakai baju melayu dan bersongkok. Aku melihat dia. Ya Allah, melting pulak aku tengok dia pakai macam ni. Tangan dia menolak rambut aku ke belakang. Jantung aku berdegup kencang. Seketika kemudian, aku yang membuka langkah dulu. Aku segera bangun. Dia tersenyum lebar. Er...perlu ke senyum macam tu?

"Apa senyum-senyum?"

Aku malu.

"Kau berat jugak."

"Kau fikir aku angin?"

"Tak. Tapikan habis batal air wudhuk aku."

"Kau dah solat ke belum?"

"Dah."

"So?"

"Aku suka pergi ke sekolah dalam keadaan yang ada air sembahyang lagi."

"Annoyying nya!"

"Kau tu tak solat lagi. Dah pukul berapa ni? Nanti dosa kau tu, aku yang tanggung tahu tak?"

Aku menjelirkan lidah lalu segera masuk ke bilik air.

Selepas solat subuh, aku segera bersiap. Aku tengok dia pun baru nak siap sebab tadi terlelap kejap. Bila aku dah siap, aku duduk kat birai katil sambil betul-betul kan tudung sambil tu tengok tv lagi. Aku dari dulu macam ni. Aku tengok dia. Mak ai, bersiap macam perempuan. Belek muka tu. Aku ni pun tak pakai bedak sangat. Sembur minyak wangi macam nak keluar dengan perempuan lain. Hah!

"Kau bersiap macam ni mesti nak jumpa dengan someone special."

"Haah. Memang pun."

Wait, what? Memang pun?

"Siapa?"

"Kau."

Alamak, tersentuh pulak hati aku.

"Kalau untuk aku, kenapa tak dalam rumah je. Mesti ke kat luar?"

"Jealous?"

"Tak adalah. Mana ada. Cuma kalau kau pakai minyak wangi ni ramai yang tergoda nanti."

I love you Mr Headprefect |✓Donde viven las historias. Descúbrelo ahora