#38

2K 105 11
                                    

"Kau nak aku lempang kau ke apa ni? Kenapa kau tiba-tiba nak ambik tindakan drastik tu? Tak fikir?" Marah Farhan.

"Aku. A...aku."

"Ni sekarang ni dia kunci diri dari dalam." Marah Adlina pulak.

"Kau kan otak tu berfungsi sikit lah. Tahulah kau marah, masalahnya perlu ke sampai tampar dia." Farhan membela Mia.

"Masalahnya dia tuduh aku. Aku banyak kali pujuk dia supaya percaya aku! Dia boleh tuduh aku dengan Syazira buat benda bukan-bukan! Aku ni waras lagi lah!" Tengking Aryan.

"Eh! Kau fikir dengan gambar kau dengan Syazira berpelukan tu Mia tak boleh fikir bukan-bukan ke! Dia tu ada perasaan! Dia bukan tuduh kau! Dia cuma salah faham! Yang kau pun satu! Kena ke berpelukan dengan si Syazira tu!" Tengking Adlina semula.

Farhan menenangkan Adlina yang api amarahnya sudah sampai di puncak.

"Kau fikir aku nak sangat ke Syazira tu! Aku sayangkan Mia lebih dari aku pernah sayang dia!"

"Buktikan. Mak tok pernah kata kan."

"Masalahnya sekarang ni. Aku sayang Mia lebih daripada apa yang disuruh! Aku sayang Mia bukan sebab Mak tok suruh or else. Kau faham tak!"

"Buktikan bahawa semua yang kau kata ni memang benar." Kata Adlina.

Dia memandang Farhan.

"Saya balik dulu." Kata Adlina dan terus keluar dari rumah.

.............................

Bunyi loceng menandakan waktu balik. Mia segera berkemas untuk pulang ke rumah.

"Mia, tunggu sekejap."

Kata-kata Aryan diendahkan. Dari pagi tadi, Mia buat tidak endah sahaja dengan panggilannya. Mia ke sekolah pun menaiki teksi. Walaupun Aryan di sebelah, namun Mia hanya menganggapnya tiada.

Aryan mengejar Mia yang menuju ke pintu pagar.

"Mia!"

Mia hanya terus berjalan sambil memekakkan telinganya.

Mia melihat ke kiri dan ke kanan untuk melintas. Mia terus berjalan apabila dia melihat tiada kereta yang lalu.

'PON! PON!'

"Mia!"

Aryan menolak Mia ke tepi jalan.

"Auch! Sakitnya." Mia mengerang kesakitan.

"Eh, kau okay ke tak ni?" Aryan membelek tangan Mia.

Mia hanya diam namun mata Mia tertancap pada lengan Aryan.

"Mia! Aryan!"

Pandangan Mia beralih pada alongnya.

"Along, Aryan luka kat lengan. Jom pergi hospital." Ajak Mia.

Aryan tersenyum nipis namun Mia tidak perasan.

Dari jauh kelihatan seseorang menunggu kereta. Kemudian, sebuah keret berhenti di hadapannya dan dia terus masuk ke dalam kereta tersebut.

"B***h! Tak kena langsung kau tahu tak! Aryan yang luka!" Marah Syazira.

"Sorry lah, Sya. Aku tak tahu pulak Aryan tengah melintas."

"Next plan. Dah, gerak! Aku potong kau punya gaji."

.............................

"Along drop jer kitaorang."

Adam hanya mengangguk dan menurunkan mereka berdua di lobby.

Mia memapah Aryan turun dari kereta. Mereka menuju ke lif.

I love you Mr Headprefect |✓Where stories live. Discover now