#42

3.5K 129 6
                                    

"So, mak ayah dia tak perasan yang dia tak ada kat rumah."

"Dan kau nak tuduh Syazira culik Rafiq dan Mia?"

"Nope." Nafi Farhan.

Haziq menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Aku nak cakap yang Rafiq dan Syazira yang culik Mia." Kata Farhan.

"Kau jangan nak merepeklah Farhan!" Tengking Aryan.

"Aku cakap benda betul."

Aryan mencengkam kolar Farhan.

"Kau dengar sini! Rafiq tu kawan aku! Dia dah janji takkan rampas Mia balik! Dia tahu aku dan Mia dah berkahwin!" Marah Aryan lagi.

"Habis tu. Aku ni apa? Aku ni siapa? Bukan kawan kau?"

Aryan mencengkam kolar Farhan lebih kuat. Haziq segera menghalang Aryan.

"Jangan merepeklah! Aku kenal dia dah lama. Dia takkan khianati aku!"

"Aryan. Kau nak bukti kan? Aku bagi kau bukti!" Kata Farhan.

Dia mengeluarkan telefon.

'Pihak polis: Puan dan Tuan, ada menjumpai sesuatu yang musykil?

Tak, kami cuba perasan sejak kebelakangan ni, dia sering keluar pada waktu malam. Kami memang tidak menghalang sebab dia pun dah habis SPM. Jadi kami membiarkan.

Pihak polis: Dan sejak bila puan perasan dia hilang?

Selepas majlis akhir tahun di sekolah nya. Pada mulanya, saya dan suami ingin mencari sendiri namun sudah seharian kami mencari masih tiada jejak.

Pihak polis: Puan ada terjumpa sesuatu ketika menggeledah biliknya?

Tiada

Pihak polis: Mangsa ada kontak rapat dengan sesiapa yang tidak dikenali? Mangsa ada abang atau kakak yang bekerja? Atau masih belajar?

Abang dia doktor. Jarang pulang ke rumah. Mungkin kerana kerja yang bertimbun.

Pihak polis: Kalau begitu, kami akan cuba siasat perkara yang sepatutnya.'

"Apa makna semua ni? Kau cuba nak kata apa hah!" Aryan kembali marah setelah mendengar video itu.

"Kau jangan lupa. Abang aku polis."

"Jadi?"

"Kalau kau nak tahu, Rafiq jumpa dengan Syazira sepanjang hari yang dia balik lambat."

"Mana kau tahu? Jangan nak tuduh lah."

"Aryan, aku ni sayang kau. Kau kawan aku dunia akhirat." Kata Farhan sambil menunjukkan gambar Syazira dan Rafiq makan bersama-sama di sebuah kafe yang agak terkenal.

       .........................

"Cantiknya gelang ni."

"Rafiq! Please! Jangan ambil gelang tu!"

"Kenapa? Kau takut aku buang gelang ni?" Kata Rafiq sambil tersenyum sinis.

Mia hanya mampu menangis.

"Or kau rasa ini ialah satu-satunya benda yang berharga? Eh, tapi kau mana sayangkan Aryan kan?"

"Rafiq! Please! Bagi balik gelang tu!"

I love you Mr Headprefect |✓Where stories live. Discover now