#33

1.9K 110 1
                                    

Aryan segera mendail nombor Adlina.

"Weh, Adlina. Kau tahu tak kat mana Mia letak kunci spare?"

"Kau kat rumah Mia ke?"

"Yes. Dia sakit perut tu"

Aryan segera mengambil kunci spare yang diletakkan. Dia melihat Mia terbaring menahan sakit.

"Dia sakit apa ni?"

"Gastrik atau period. Mustahil period."

"Eh, Mana kau tahu dia bukan period? Kau hafal tarikh ke?"

"Of course lah. Dia tu dah lah selalu jugak kena period pain. So semua ubat stand by dah. Kau suami dia Kut. Dah berapa bulan korang kahwin Kut, tak pernah hafal? Tak pernah tengok dia sakit?"

"Tak."

Aryan melihat Mia semakin sakit.

"Weh, mana ubat dia?"

"Selongkar beg dia. Dia selalu simpan kat poket depan."

Aryan segera mengambil beg Mia.

"Kau memang kemaskan beg dia ke?" Kata Aryan sambil mencari ubat yang dinyatakan oleh Adlina.

"Kau kena rajin selongkar beg bini kau tu. Pelik-pelik dia letak."

Aryan melihat beg Mia dan akhirnya jumpa ubat tersebut.

"After bagi ubat, dia akan tidur tapi jangan bagi dia tidur lagi. Ambil beberapa roti kat kabinet pantri dia."

"Ouh. Ok."

"Kau tahu kan beza pantri dengan dapur?"

"Ada beza?"

Aryan pergi ke arah Mia.

"Makan ubat ni."

Mia hanya ikut cakap Aryan.

"Dah bagi dia makan tu, kau tengok kat laci sebelah katil Mia tu. Ada kunci. Tu kunci pantri dia."

Aryan mengerutkan dahi. Ada pantri sendiri eh. Dia pun mengambil kunci tersebut seperti yang disuruh. Tetapi dia terfikir sesuatu.

"Aku tak tahu kat mana pantri dia."

"Ada sebuah pintu dalam bilik Mia tu. Dekat pintu tu, dia tulis My love. Dahlah, aku letak dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Aryan terus membuat apa yang Adlina suruh.

..........................

"Mia."

"Apa?"

"Dah rasa okay tak?"

Mia hanya mengangguk.

"Aku pergi beli makanan kejap. Jangan rindu tau." Kata Aryan sambil mengenyitkan mata pada Mia.

Mia hanya melihat kelakuan Aryan.

"Dia demam kut?" Kata Mia sambil tergelak-gelak sendirian.

Tanpa Mia menyedari, Aryan mendengar sahaja apa yang dia kata dan Aryan tersenyum.

Pandangan Mia teralih pada pintu pantri nya. Dia dengan lajunya pergi ke pintu pantri nya.

'My love is only Aryan Mikhail, not this pantry.'

"Aryan Mikhail!"

Aryan mendengar sahaja namun dia segera keluar dari rumah sambil tergelak-gelak seronok mengenakan Mia.

...........................

"Makan lah sikit."

Mia menggeleng. Aryan duduk di sebelah Mia.

I love you Mr Headprefect |✓Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon