ILYMH Special 1

3K 109 5
                                    

10 tahun kemudian...

"Sayang!"

Mia segera keluar dari tandas. Mia tersenyum melihat Aryan.

"Apa?"

Aryan menghulurkan tali lehernya.

"Eih, dah dekat setahun Kut abang ambil alih jawatan CEO tu. Takkan masih tak reti nak pakai?" MIA 'membebel' sambil memakaikan tali leher Aryan.

Aryan hanya tersenyum.

"Thank you, sayang."

"Manja, dari dulu sampai sekarang." Luah Mia.

Aryan turut tersenyum lebar. Mia menyalami tangannya. Kemudian, Aryan mengucup dahiku.

"Apa ni?"

Aryan hanya tersenyum melihat muka Mia yang makin merah membahang ni.

"Dahlah, nanti abang lambat pergi kerja." Ujar Mia untuk mengalih perhatian Aryan.

Mia dan Aryan segera keluar dari bilik.

"Faris!" Panggil Aryan.

"Ya daddy! Faris kat bawah." Jawab Faris dengan kepetahannya.

"Bagus anak daddy ni. Dahlah comel, pandai pulak tu. Tak lambat siap macam mummy ni." Kata Aryan lalu mendukung Faris.

Mia hanya tersenyum. Tiba-tiba Aryan mengucup pipi Mia. Mia terasa pipinya merah seperti tomato. Ditambah lagi dengan gelak tawa anaknya, Faris.

"Dahlah. Abang pergi kerja dulu ya." Aryan menghulurkan tangan.

"Berapa kali nak salam?"

"Dapat dosa ke sayang?"

Mia akur. Dia terus menyalami tangan Aryan. Sekali lagi, Aryan mengucup dahi Mia.

Mia merenung ke dalam anak mata Aryan.

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

Cukup untuk membuatkan hati Mia cair. Mia tersenyum.

"Daddy! Faris tak nak lambat pergi sekolah!"

Mereka hanya tersenyum. Mia melihat kereta Aryan keluar dari perkarangan rumah dan meluncur di atas jalan raya.

Mia tersenyum. Kini, Mia bekerja sebagai fashion designer di butik sepupunya iaitu Butik Aylinfar. Dia tersenyum bahagia.

Aryan juga kini menyandang jawatan CEO di AM Holdings yang sebelum ini diuruskan oleh Tengku Murad.

           .........................

"Hubby!"

Farhan terus menuju ke dalam bilik air. Dia melihat Adlina terduduk dan menangis. Dia segera memeluk Adlina.

"Kenapa ni sayang?"

Adlina menunjukkan alat menguji kehamilan. Ia menunjukkan negatif. Farhan segera memujuk isterinya.

"Tak apa sayang. Kita cuba lagi."

"Tapi dah 3 tahun. Mummy dah lama bising nak cucu daripada Hubby tapi saya tak boleh bagi."

"Ya Allah, sayang. Kita dah check kan. Dua-dua ok. Mungkin belum rezeki kita lagi. Lagipun, kita still muda." Gurau Farhan.

Adlina menangis lebih teruk.

"Okay, pasal mummy. Jangan risau. Hubby akan pujuk mummy supaya sabar." Pujuk Farhan lagi.

"Tapi."

I love you Mr Headprefect |✓Where stories live. Discover now