#31

2K 112 4
                                    

*Bab kali ni, Author Tak letak POV dah. Sekian, terima kasih. Teruskan membaca dengan pembaharuan bahasa author.

"Eh, kau betul-betul dah sembuh ke ni?" Tanya Adlina untuk memastikan keselamatan Mia.

Mia hanya mengangguk sambil tersenyum. Dia terlalu tidak sabar untuk masuk ke kelas.

Namun, di pertengahan jalan. Dia terserempak dengan Aryan. Dia senyum pada Aryan namun Aryan menunjukkan riak wajah yang serius dan berlalu pergi.

Mia hampa. 

"Jangan sedihlah. Dia kan memang macam tu." Adlina cuba memujuk.

"Tapi pagi tadi lain."

"Weh, kau ni. Pagi tadi tu kau dengan dia berdua. Takkan nak tunjuk sweet kat satu sekolah ni."

"T...tapi dia j...je...jeling aku."

"Tak. Percaya cakap aku. Jom kita letak beg kat kelas and pergi perhimpunan."

Mia hanya mengangguk.

                   .........................

"Memandangkan SPM dah nak dekat, jadi saya ingin pelajar-pelajar tingkatkan 5 sentiasa fokus di dalam kelas. Kelas tambahan akan diadakan setiap hari Sabtu."

Kedengaran beberapa pelajar seperti mengeluh.

"Okay, itu mungkin tidak mengembirakan kamu tapi kami, guru-guru juga ingin mengadakan perkhemahan untuk menghilangkan stress pelajar-pelajar tingkatan 5." Kata pengetua dengan girangnya.

Ada sebilangan pelajar tingkatan 5 yang bergembira, ada juga mengeluh kerana mahu belajar dan tidak mahu perkhemahan dilangsungkan.

"Weh, aku dah lama tak pergi perkhemahan Kut!" Kata Adlina dengan gembira.

Mia hanya angguk tanda setuju dengan kata-kata sepupunya. Mia melihat Adlina seperti itu, buatkan dia pun tersenyum lebar.

"Jangan nak seronok sangat."

Riak wajah Mia berubah setelah dengar suara itu. Dia berpaling ke belakang. Ye, siapa lagi kalau bukan Aryan. Mia duduk di bahagian belakang barisan di mana terdapat ramai juga pengawas yang menjaga barisan belakang.

"Adlina."

"Apa?"

"Nanti aku nak pergi perkhemahan jugak!" Kata Mia dengan gembira nya.

Dia sebenarnya sengaja ingin menaikkan kemarahan Aryan.

"Mia Arissa."

Mia mengendahkan amaran Aryan malahan menjeling pada Aryan. Kemudian, ketua pengawas dijemput naik ke pentas untuk memberikan ucapan mingguan.

"Sebelum saya akhiri ucapan saya, nama-nama yang disebut sila ke bilik disiplin selepas ini."

Terdapat beberapa nama pelajar disebut.

"Dan akhir sekali, Tengku Mia Arissa Binti Tengku Muiz."

Pelajar yang lain terkejut. Sebab pertama, Aryan menyebut nama penuh Mia tetapi dia hanya menyebut nama pendek pelajar yang lain. Sebab yang kedua, Mia antar pelajar yang jarang-jarang melakukan kesalahan.

Mia hanya mengetap bibir.

"Aryan."

                     ..........................

"Okay, itu sahaja. Pelajar yang lain boleh bersurai kecuali Mia."

Memang betul sangkaan Mia. Nama-nama yang dipanggil itu kerana lambat pada pagi tadi tetapi bukan dia.

I love you Mr Headprefect |✓Where stories live. Discover now