#32

1.9K 109 7
                                    

"Ehem, ehem!"

Aryan terlepaskan pelukan.

"Suami isteri yang lain pun tahu privasi. Korang ni memang tak de batasan ke nak sweet?"

Aryan tersengih melihat Farhan.

"Eleh. Kau jealous kan? Kau nak buat macam ni dengan Adlina kan?" Tanya Mia.

Farhan menjeling Mia.

"Match nak start. Pergilah kat padang tu."

"Sibuk je. Kacau kebahagiaan orang." Kata Aryan pada Farhan.

Mia hanya tersenyum.

"Dah, dah baby. Jom baby. Nak start match dah tu." Kata Farhan sambil menarik tangan Aryan.

Mia hanya tergelak-gelak.

"Nak balas dendam lah tu. Tak apa. Aku tak jealous." Kata Mia sambil tergelak-gelak.

Aryan melepaskan tangannya. Dia segera menggenggam tangan Mia.

"Ni baru real baby aku. Jom."

Mia tersenyum lebih lebar.

"Tak kisahlah. Mula match, kau yang rugi eh nanti."

"Jom sayang. Biarkan orang lonely macam ni." Perli Aryan.

"Woi! Aku tak lonely! Aku ada babyboo aku!"

Mia dan Aryan segera berjalan ke padang.

                    .........................

"Mia."

Mia melihat pemilik suara itu.

"Yes?"

"Cikgu  nak jumpa kau."

Mia hanya mengangguk. Dia segera ke bilik guru.

"Ye, cikgu."

"Cikgu nak Mia tolong kutip nama yang pergi perkhemahan. Boleh?"

Mia senyum.

"Tapi kan cikgu, bukan ke semua ikut?"

"Ada beberapa pelajar yang mahu ikut, ada yang tak mahu ikut. Mia kutip nama hanya untuk kelas Mia ya?"

Mia mengangguk.

'TOK! TOK!'

"Masuk."

Mia melihat Aryan masuk ke dalam bilik Cikgu Amirah.

"Ya cikgu?"

"Aryan bantu Mia. Aryan kutip yang kelas lain punya nama. Cikgu tak nak Mia susah nanti. So, Aryan dan Mia. Cikgu nak lantik kamu berdua untuk uruskan perkhemahan ni."

Mia terkejut.

"Tapi, Elfira kan penolong ketua pengawas?"

"Elfira tak dapat pergi. Dia dihantar ke Pertandingan Debat peringkat negara."

Mia hanya mengangguk. Dia mengerling Aryan.

"Boleh Mia?"

Mia mengangguk dan tersenyum.

"Boleh cikgu dapatkan nama esok? Kemudian, cikgu nak kamu berdua bahagikan nama kumpulan. Itu sahaja. Yang lain, pihak penganjur telah uruskan."

"Baik, cikgu."

"Kamu berdua stay back petang ni?"

Aryan laju mengangguk. Mia sudah menjeling Aryan. Dia tidak setuju.

Mia dan Aryan segera keluar.

"No, aku tak nak stay back."

Aryan mendekati Mia.

I love you Mr Headprefect |✓Where stories live. Discover now