BAB 13: BODYGUARD

187 23 29
                                    

Anak itik tokwi,
Mandi dalam kolam,
🐥🐥🐥🐥

RABIATUL POV

Rabiatul merenung tingkap kelas yang terdedah. Dari tempat duduknya, dia dapat melihat padang sekolah yang kosong tanpa pelajar. Sekarang ialah waktu rehat. Pasti pelajar sedang menikmati makanan di kantin sekolah kecuali dia. Keluhan kecil dilepaskan. Sampai bila dia perlu berhadapan dengan semua ini? Langsung tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa dia akan melalui semua ini.

"Nah, untuk kau." Lamunan Rabiatul terhenti apabila suara garau menyapa pendengarannya.

Kepala dipusing ke kanan untuk melihat gerangan lelaki tersebut.
Mata redup lelaki itu menyapa mesra wajahnya. Pandangan dilarikan ke arah minuman tin yang dihulur oleh lelaki itu.

"Ambillah. Aku belanja," ujar lelaki itu seraya meletakkan tin minuman Cincau di atas meja Rabiatul.

Punggungnya dilabuhkan pada meja yang berada tidak jauh daripada tempat duduk gadis itu. Tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar.

Rabiatul merasa serba salah. Hilang terus seleranya apabila dikenakan Aniq semasa di dalam kelas Kimia pagi tadi. Sudah penat otaknya berfikir apa salahnya pada lelaki itu.

"Terima kasih," lafaz Rabiatul lemah.

Lelaki itu tersenyum sehingga menampakkan barisan gigi yang tersusun cantik.

"Kau lemah sangat. Sebab tu dia berani ambil kesempatan." Suara lelaki itu memecahkan kesunyian di antara mereka.

Rabiatul tersenyum pedih. Lemah? Ya, memang tidak dinafikan dia seorang gadis yang lemah tapi perbuatan Aniq terhadapnya sudah melampau. Sepanjang dia berada di sekolah ini, tidak pernah sekalipun Aniq berbaik dengannya.

"Aku yakin kalau kau kuat dan tegas, dia mesti takkan berani buli kau," tambah lelaki itu lagi.

Rabiatul masih lagi diam. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak.

"Apa salah saya pada dia? Saya tak pernah sekali pun berniat nak buat jahat pada dia, apatah lagi nak balas semua kejahatan yang dia dah buat pada saya. Tapi, kenapa dia suka buli saya?" tanya Rabiatul sebak.

Puas dia mencari punca di sebalik apa yang telah berlaku namun hampa. Barangkali hanya Adawiyah yang tahu.

Kali ini lelaki itu pula mendiamkan diri. Mahu mendengar luahan isi hati yang selama ini disimpan kemas. Agaknya sudah terlalu lama Rabiatul terasa hati dengan kelakuan Aniq terhadapnya. Ada mutiara jernih yang sedang bertakung di tubir mata.

"Saya tak minta apa-apa pun. Saya cuma nak belajar dengan tenang sama macam pelajar lain. Saya nak buktikan pada semua orang yang gadis miskin macam saya pun boleh berjaya. Saya nak banggakan mak dengan abang saya. Itu je. Semua yang berlaku ni salah saya jugak ke?" soal Rabiatul untuk kali yang kedua.

Rahang lelaki itu bergerak seakan mahu berbicara. Sebelah tangan naik menggosok belakang tengkuk. Dia cuba menyusun ayat untuk menyangkal dakwaan Rabiatul. Badan ditegakkan semula.

"Kau dengar apa yang aku nak cakap ni baik-baik. Kau langsung tak bersalah dalam hal ni. Kau tahu apa yang paling menyeronokkan bagi seorang pembuli? Mereka akan lagi gembira kalau mangsa buli lemah dan menangis depan mereka. Tolong jangan jadi gadis yang lemah. Perempuan diciptakan bukan untuk jadi lemah dan aku yakin kau bukan gadis yang lemah.

Aku pernah nampak dengan mata kepala aku sendiri kau tumbuk  seorang pelajar lelaki sebab lelaki tu pernah nak buat jahat pada kawan baik kau. Dulu, kau tegas. Kadang-kadang aku tertanya-tanya mana perginya Adawiyah yang dulu?" Pandangan dihalakan sepenuhnya ke arah Rabiatul yang sedang memandang kosong ke arah papan hitam.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 27, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SWITCH [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now