BAB 6: TUKAR

191 63 35
                                    

    Vote & comment tau klau best 💖

Adawiyah membuka matanya perlahan-lahan. Tangan naik menutup mata apabila terasa silau akibat pancaran cahaya lampu. Dia memandang ke sekeliling. Bau ubat menerobos masuk ke dalam hidung. Tahulah dia bahawa sekarang ini dia sedang berada di hospital. Apabila dia hendak bangun, kepalanya tiba-tiba sakit. Berdenyut-denyut rasa.

"Macam mana aku boleh ada di sini?" soalnya kepada diri sendiri. Serentak itu, bunyi pintu yang ditolak dari luar menarik perhatian Adawiyah. Matanya tertumpu ke arah seorang wanita yang berbaju kurung dan sehelai tudung sarung menutupi kepalanya.

"Eh anak mak dah bangun?" suara yang kedengaran ceria menyapa halwa telinganya.

Mukanya berkerut melihat seraut wajah yang amat asing baginya.

"Mak cik ni siapa?" tanya Adawiyah kepada wanita yang berumur dalam linkungan 40-an itu.

Wanita tua itu tersentak dengan pertanyaan yang diutarakan. Wajahnya berubah menjadi mendung dan kelihatannya terdapat mutiara jernih yang sedang menuruni lekuk pipi.

"Ini mak, Rabi. Rabi tak ingat mak ke?" ujar Puan Aida sambil meletakkan tangan di dadanya.

Adawiyah kebingungan. "Mak? Apa semua ni? Apa yang dah jadi sebenarnya?" getus hatinya kebingungan.

"Puan salah orang rasanya. Saya Adawiyah bukannya Rab..." Ayatnya terhenti di situ. Rabi bukankah gadis yang telah ditolong oleh dia dan pak su semalam kerana dibuli oleh manager di tempat kerja? Pak su? Mana pak su?

"Pak su!" jerit Adawiyah sambil memandang ke arah Puan Aida.

"Puan, bila saya kemalangan?" tanya Adawiyah mahukan kepastian.

"Tiga hari lepas Rabi kemalangan. Kereta yang Rabi naiki terlanggar dengan penghadang jalan sebab nak elak daripada kereta yang keluar dari simpang. Gadis yang sebaya dengan kamu tengah koma sekarang ni. Malangnya lelaki yang memandu kereta telah meninggal dunia semalam," tutur Puan Aida.

Ayat terakhir yang dituturkan oleh Puan Aida berlegar dalam kotak fikirannya.

"Tak! Mustahil pak su dah meninggal. Puan tipu saya kan? Saya tak percaya," nafi Adawiyah sambil menggelengkan kepala.

"Arghhh!" Adawiyah mengerang kesakitan sambil memegang kepalanya. Puan Aida menjadi panik melihat anaknya dan segera menekan butang merah yang disediakan di situ untuk memanggil doktor.












Rafiq menemani Puan Aida di ruang menunggu.

"Mak. Tolonglah jangan menangis lagi. Kan doktor dah cakap walaupun Rabi hilang ingatan tapi kita boleh berusaha untuk bantu dia ingat semula siapa diri dia," pujuk Rafiq sambil mengelus lembut tangan Puan Aida.

"Mak sedih Rafiq. Rabi akan ambil SPM tahun ni. Mak tak nak dia tertekan," lirih Puan Aida.

"Mak ingat tak dulu mak selalu pesan pada kami adik beradik? Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mesti Rabi akan sedih kalau dia tengok mak menangis macam ini. Kita sama-sama bantu dia. Pasal duit rawatan, mak jangan bimbang. Rafiq akan cuba cari jalan. Sekarang yang paling penting, kita doakan yang terbaik untuk Rabi," tutur Rafiq sambil mengoyakkan senyuman buat emak yang sedang bersedih.



"Assalamualaikum," laung Rafiq dari luar rumah Pak Samad. Matanya meliar memandang ke sekeliling rumah.

"Waalaikumussalam. Hah Rafiq. Apa hajat kamu kemari?" soal Pak Samad sambil memandang ke arah Rafiq yang kelihatan serba salah.

"Mari masuk dulu. Kita bincang kat dalam rumah. Leha, tolong buatkan kopi. Kita ada tetamu ni ha," laung Pak Samad dari luar rumah.

Usai melabuhkan duduknya, Rafiq menyampaikan tujuan sebenar dia bertandang ke rumah Pak Samad yang juga merupakan ayah kepada Farhan. Di dalam kampung ini, Pak Samad dikenali kerana kekayaannya dan mempunyai beratus ekor haiwan ternakan.

SWITCH [SLOW UPDATE]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang