BAB 7: NASIB

182 56 39
                                    

           Vote & komen klau best 💖

Adawiyah mahupun Rabiatul, masing-masing mendiamkan diri.

"Kau,"

"Awak,"

Mereka berdua bersuara serentak.

"Kau cakap dululah," ujar Adawiyah sambil mengalihkan pandangan ke arah lain. Rasa pelik semacam. Dah serupa bercakap depan cermin.

"Kenapa kita boleh ter...tukar jasad?" soal Rabiatul kepada Adawiyah. Dia menggaru kening yang tidak gatal.

"Entah. Aku pun pelik. Tapi, kau ingat tak waktu kita kemalangan tempoh hari, aku ada bagi kau makan pil yang kononya panadol? Aku rasa disebabkan ubat tu lah, " tanya Adawiyah.

Rabiatul lantas mengangguk laju.

"Rasa tak pahit macam panadol yang biasa kita makan. Tapi, logik ke kita boleh tertukar jasad disebabkan kita makan ubat tu? Lagipun, bukan ke saya seorang yang makan waktu tu?" kata Rabiatul kebingungan.

"Sebenarnya, aku dah makan ubat tu sebelum kau," jujur Adawiyah sambil mengeluh.

Pada hari kejadian, semasa dia sedang bersendirian di dalam kereta arwah pak su, dia telah mengambil dua biji pil berkenaan. Disebabkan sakit kepala yang datang menyengat pada waktu itu, dia terus mencari panadol dalam beg sandang Iqbal. Dia dah arif sangat dengan perangai Iqbal yang suka membawa bekalan panadol walau ke mana saja dia pergi. Kebetulan pada waktu itu, Iqbal telah pergi ke tandas. Kalaulah dia tahu perkara yang sebenarnya, mati hidup balik pun dia takkan makan pil berkenaan dan pak su...mungkin akan hidup lagi.

Rabiatul perasan akan perubahan raut wajah Adawiyah.

"Awak rindukan pak su awak ke?" tanya Rabiatul polos.

Adawiyah mengangguk laju sambil bermain dengan jari jemari.

"Kita sama-sama doakan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Waktu saya kehilangan arwah abah saya dulu, mak saya cakap kalau orang yang kita sayang pergi meninggalkan kita buat selama-lamnya, kita jangan sedih sampai meratap kepergian arwah. Sebabnya ada Allah yang sedang jagakan dia untuk kita, " tutur Rabiatul lembut sambil mengusap bahu Adawiyah atau lebih tepat dirinya sendiri. Kekoknya Ya Allah.

"Kau mesti pelik kan? Macam tengah usap bahu sendiri," seloroh Adawiyah sambil mengusap air mata yang mengalir setitik dua dengan ibu jari. Kedengaran tawa halus dari gadis itu.

Rabiatul hanya mengiyakan pertanyaan itu. Macam mana lah nasib mereka berdua selepas ini?

"Kita akan sama-sama cari jalan untuk betulkan semula apa yang dah terjadi. Firasat aku kuat mengatakan yang arwah pak su ada kaitan dengan apa yang berlaku. Aku ada kenal dengan kawan pak su aku, pak cik Irfan. Mungkin dia boleh tolong kita," terang Adawiyah.

"Saya ikut mana yang terbaik. Selepas ni, awak akan tinggal dengan family saya dan saya akan tinggal dengan family awak lah kan?" tanya Rabiatul mahukan kepastian.

"Nampak gayanya macam tu lah," jawab Adawiyah sambil menghela nafas berat.

"Tapi, saya takutlah. Macam mana kalau family kita tahu pasal hal ini?" Rabiatul mengutarakan persoalan yang bertandang di benak fikirannya.

"Biarlah diorang tahu. Bukan kita yang minta pun. Tapi, aku yakin 100% yang diorang tak akan tahu. Kau tahu kenapa?" Adawiyah turut membalas dengan soalan.

Rabiatul menggelengkan kepala.

"Sebab doktor dah sahkan aku dengan kau hilang ingatan. Pelik aku. Apa benda hilang ingatannya kalau aku ingat siapa aku dan kau pun ingat siapa kau," bangkang Adawiyah sambil membebel. Sungguh dia tidak berpuas hati.

SWITCH [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now