BAB 4: MUSLIHAT

198 61 45
                                    

Iqbal melangkah masuk ke dalam lif dengan tergesa-gesa. Punat ke tingkat 20 dipilih dan butang pintu lif ditekan beberapa kali untuk memaksa lif itu ditutup dengan cepat. Ada maklumat pelik yang perlu dia khabarkan kepada ketua jabatan. Dia sudah mati akal untuk memikirkan alasan yang logik di sebalik eksperimen yang dijalankan. Ada ke patut tikus A yang selama ini merupakan haiwan karnivor yang hanya memakan daging sejak dari lahir tiba-tiba bertukar menjadi tikus yang menggemari brokoli. Perkara yang sama turut berlaku kepada tikus B.

Ting

Bunyi dari lif menandakan dia sudah tiba di tingkat 20. Dengan pantas, dia menuju ke bilik ketua jabatan. Atas alasan mahu cepat, tombol pintu dibuka tanpa diketuk terlebih dahulu. Dia juga tidak dihalang oleh sesiapa kerana kebetulan tiada kelibat setiausaha yang bertugas di situ.

"Seriously sir, you want me to get rid of him after everything is done?" tanya seseorang dari dalam dengan nada tidak percaya. Kakinya tidak jadi untuk melangkah masuk.

"Yes, of course. Why should we keep him if he could be a threat to us?" soal ketua jabatan kepada Irfan. Irfan menganggukkan kepala beberapa kali tanda mengiayakan pertanyaan itu. Iqbal yang menjadi permerhati di sebalik pintu berteka teki dengan diri sendiri.

"Ancaman? Siapa?" desis hatinya.

"I want you to settle Iqbal as soon as you can. If possible, try to make it before he goes back to Malaysia. I don't want to get any other problem," tegas ketua jabatan kepada Irfan.

"Alright sir," balas Irfan patuh. Nampak gayanya dia sudah tidak mempunyai pilihan lain.

Iqbal tergamam. "Aku tak salah dengar kan?" getus hatinya. Apa kesalahan yang sudah dilakukan olehnya sehingga mereka mahu menghapuskan dia?

Setelah mendengar segala perbualan antara mereka berdua, dia lantas mengorak langkah mahu beredar dari situ. Telefon bimbit dia gunakan untuk menempah tiket kapal terbang. Lagi lambat dia pulang ke Malaysia, lagi tipis peluangnya untuk terus hidup.

Pintu masuk makmal dirempuh dengan kasar. Segala data-data yang telah direkod dimasukkan ke dalam beg. Tablet yang berisi ubat yang dicipta olehnya turut disumbat ke dalam beg sandang. Hatinya berat untuk meningalkan makmal ini dan juga dua ekor tikus yang telah dibelanya dari kecil.

"Maafkan daddy. Kalau ada rezeki, kita jumpa lagi. Daddy sayang sangat dengan awak berdua. Selamat tinggal baby daddy," rintihnya sebelum pergi meninggalkan makmal itu.

Dia berpaling memandang tikus-tikusnya buat kali yang terakhir. Ada sebab kenapa dia tak boleh membawa tikus-tikus eksperimennya sekali. Ada kemungkinan untuk pihak musuh tahu bahawa dia telah pun mengetahui hal yang sebenar. Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga, dia sudah membuat keputusan untuk tidak membawa tikus-tikus itu ke Malaysia. Dia yakin mereka tidak akan membunuh haiwan ini kerana eksperimen ini masih memerlukan pemerhatian sepenuhnya ke atas tindak balas yang diberikan melalui perilaku haiwan berkenaan.














Rabiatul melangkah masuk ke dalam rumah setelah meletakkan kasut sekolah pada rak kasut yang disediakan.

"Masakkan sambal telur untuk aku. Aku lapar," arah abang kepada Rabiatul. Rabiatul mengeluh tatkala arahan itu menerobos masuk ke deria pendengarannya.

"Rabi baru balik sekolah abang. Penat pun tak hilang lagi. Rabi rehat dulu 15 minit, lepastu baru Rabi masakkan untuk abang," jawab Rabiatul.

"Okey, boleh. Tapi, kau jangan nak rehat lama-lama pula. Aku sekarang ni dah tahap kebulur tahu tunggu kau balik," maklum Rafiq sambil memandang Rabiatul yang sedang berdiri tidak jauh darinya.

SWITCH [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now