BAB 10: SUSAH

218 53 81
                                    

Irfan merenggus geram selepas melihat keputusan eksperimen yang dijalankan langsung tidak menunjukkan sebarang kesan positif. Kertas-kertas kerjanya berselerakan di atas meja. Dia meraup wajahnya kasar. Rambut yang elok terpacak diserabutkan menggunakan jari jemari.

"Aku dah ikut semua prosedur yang Iqbal buat tapi kenapa keputusan yang aku dapat langsung tak sama dengan apa yang dia rekod?" ujarnya sambil menahan amarah di hati. Tikus-tikus belaan Iqbal yang berada di depannya dipandang tajam.

"Binatang dengan tuan sama je menyusahkan!" marah Irfan sambil menghentak meja. Terkejut tikus-tikus itu dibuatnya. Dah lah nak kena menghadap ketua yang setiap hari bertanyakan progress kajian itu. Stress betul. Mata dipejam rapat dan badan disandarkan pada kerusi. Tangan kanan dilabuhkan ke atas dahi. Lama dia menikmati keadaan seperti itu. Tiba-tiba, dia teringatkan sesuatu.

Dia membuka semula aplikasi galeri di telefon bimbit miliknya setelah kembali tenang. Gambar-gambar prosedur yang sempat ditangkap ditenung semula dengan teliti. Pen di poket diambil dan dia catatkan sesuatu di atas buku kerjanya. Dia yakin, pasti ada jalan yang boleh menyelesaikan semua masalah yang dia hadapi. Sama ada cepat atau lambat.

Senyuman sinis akhirnya terukir di bibir. Dia yakin jika projek ini membuahkan hasil, namanya pasti akan disanjung oleh Kerajaan Jepun. Dan impiannya selama ini akan menjadi kenyataan.

"Kau memang bodoh Iqbal sebab percayakan aku," kata Irfan sambil tergelak jahat.



Rabiatul meletakkan pen di atas meja sambil mengeluh. Otaknya langsung tidak mampu memberikan kerjasama. Lain yang dibaca, lain yang ditanya di dalam soalan.

Matanya mencuri pandang rakan-rakan sebelah di kiri dan kanan. Mereka semua sedang khusyuk menulis jawapan di atas kertas ujian. Ujian ini merupakan ujian tergempar yang diadakan hanya untuk mata pelajaran Kimia. Cikgu Zambri, guru yang bertanggungjawab mengajarkan subjek Kimia dan juga memegang jawatan sebagai guru disiplin mahu melihat sejauh mana kefahaman anak muridnya di dalam subjek itu. Dia juga mahu memilih pelajar-pelajar terbaik dengan markah tertinggi untuk dijadikan tutor kepada pelajar lain.

Pelajar di dalam kelas ini ialah pelajar harapan sekolah. Dia percaya jika cara mengajarnya dapat difahami oleh pelajar, sekolah ini pasti akan dapat mengekalkan rekod tahunan untuk pelajar SPM.

"Cikgu," panggil salah seorang pelajar perempuan yang duduk paling depan sebaris dengannya. Selang satu meja daripadanya. Cikgu Zambri yang sedang memantau pelajar supaya tidak ada cubaan meniru kini berjalan ke pelajar berkenaan. Rotan yang sentiasa dijadikan teman diletakkan di atas bahu kanan.

"Soalan ni apa maksudnya?" tanya pelajar itu. Cikgu Zambri tanpa segan silu memberikan hint kepada pelajar tersebut. Rabiatul yang menyaksikan perkara itu hanya mampu memandang tanpa sebarang reaksi. Kepalanya tunduk memandang kertas ujian yang masih berbaki separuh soalan yang belum dijawab.

"Aku yang tak pandai atau soalan ni yang susah?" fikirnya sendiri. Kertas soalan itu dibelek semula.

"Cikgu, saya dah siap," laung Aniq dari arah belakang sambil mengangkat tangan. Pen yang digunakan untuk menjawab soalan ditutup dan kertas soalan ditolak ke bahagian hujung kanan atas meja.

Tidak lama selepas itu, dia melabuhkan kepala di atas meja. Lengan tangan kiri dijadikan bantal. Ternganga Rabiatul mendengarnya. Baki masa untuk menjawab peperiksaan masih tinggal 15 minit lagi dan dia dah siap?

"Pandainya dia. Untung lah," getus hatinya sedih. Dia sudah mati akal untuk menjawab soalan yang belum siap. Sibuk memuji orang lain sehinggakan dia merasa rendah diri. Tidak yakin dengan kebolehan diri sendir. Itulah masalah utama Nur Rabiatul.

SWITCH [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now