BAB 2: SALAHKAN TAKDIR

255 70 61
                                    

Adawiyah POV

Rania menarik nafas dan menghembusnya perlahan sebelum memulakan bicara. Matanya tertancap kepada Adawiyah untuk mendapatkan secebis kekuatan. Dia takut untuk memandang Afiq begitu juga dengan Puan Maria.

"Dua hari lepas, Afiq ada telefon saya. Dia... ajak saya untuk tidur dengan dia. One night stand". Rania menghentikan bicara. Rasa sebak mulai bertandang. Semangat ditiup ke dalam diri supaya dapat menceritakan hal yang sebenar. Kolam mata sudah mula memberat dengan air mata.

"Saya tolak dengan baik sebab saya ingatkan masa dia telefon, dia dalam keadaan yang tak sedar. Tapi, rupanya memang betul. Dia dah lama perhatikan saya. Dia cakap, dia teringin sangat nak rasa badan saya. Dia siap cakap boleh bayangkan badan saya yang tengah pakai baju seksi-seksi," luah Rania tanpa berselindung lagi. Air mata mulai menuruni mengikut lekuk pipi.

"Saya terus matikan panggilan lepas dengar dia cakap macam tu. Kemudian, hari ini, dia paksa saya untuk ikut dia. Bila saya cuba melawan, dia terus tarik saya ke belakang sekolah. Katanya dia dah tak boleh bersabar lagi dah. Dia nak juga puaskan nafsu dia. Nasib baik Ad sempat datang. Kalau tak... saya tidak boleh bayangkan apa yang berlaku," lirih Rania sambil tersenyum pahit.

Adawiyah melangkah ke arah Rania dan memeluk erat gadis itu. Nasib baik dia sempat sampai. Kalau sesuatu terjadi kepada Rania, sumpah dia akan bunuh Afiq!

Pengetua sekolah dan Cikgu Zambri berpandangan sesama sendiri.

"Apa yang kamu dah buat ni Afiq? Mama tak pernah ajar kamu buat perkara terkutuk macam tu? Apa salah mama?" lirih Puan Maria sambil memukul dada Afiq.

Adawiyah tersenyum sambil memeluk erat Rania yang semakin galak menggalirkan air mata.

"Shhh, jangan menangis dah. Kau dah selamat sekarang," ujar Adawiyah sambil mengusap lembut belakang Rania untuk memberikan semangat kepada sahabatnya.

                      ***************

Adawiyah membuka aplikasi Viu di dalam telefon bimbitnya. Dia ingin menonton drama korea, Backstreet Rookie. Mulutnya bergerak-gerak sedang mengunyah chewy gum yang dibeli oleh pemandu papa.

Sesekali kedengaran dia ketawa terbahak-bahak apabila ada adegan yang mencuit hati dari drama yang ditonton. Dari cermin belakang, Pak Mad menggeleng kepalanya. "Adawiyah, Adawiyah," desis hatinya. Kena gantung sekolah selama seminggu langsung tidak menganggu mood gadis itu.

"Ad tak kisah ke kena gantung sekolah seminggu?" soal Pak Mat kepada Adawiyah. Matanya masih dihalakan ke depan kerana sedang memandu.

"Tak. Ad lagi seronok adalah. Yeay... nanti bolehlah Ad tonton drama korea selama seminggu," ujarnya gembira. Pak Mad hanya menggeleng kepala sambil tersenyum.

Siapa yang tidak kenal dengan Siti Adawiyah sudah pasti akan melabel gadis itu sombong dan berlagak. Pak Mad dan isterinya sudah mengenali Adawiyah sejak dari gadis itu kecil lagi kerana pada waktu itu, dia sudah mula berkhidmat sebagai pemandu kepada keluarga Adawiyah.

Apa yang membuatkan dia hormat pada gadis itu ialah jika Adawiyah berada pada pihak yang benar, gadis itu tidak akan mengalah dengan mudah. Dia pasti akan mencari jalan untuk membuktikan bahawa dirinya benar. Dia juga terkenal dengan sikap pelindungnya. Kebanyakkan yang dilindunginya ialah sahabat baiknya yang ditindas.


Rabiatul POV

Rabiatul memandang cikgu yang sedang mengajar di depan dengan pandangan kosong. Sudah beberapa kali dia menguap dia juga tidak tahu. Cikgu yang sedang menulis pada papan hitam dipandang sepi.

SWITCH [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now