BAB 1: SPM

414 86 86
                                    

Rabiatul POV

Rabiatul berlari dengan laju untuk ke sekolah. Jam tangan yang tersarung di pergelangan tangan dikerling sekilas. Lebih kurang lima minit berbaki sebelum pintu pagar sekolah ditutup. Kelibat seorang pengawas lelaki yang sedang menjaga di pintu pagar sekolah sudah mulai kelihatan. Sesampainya di pintu pagar, dia memberhentikan larian. Tudung yang sedikit senget diperbetulkan.

"Lambat lagi?" tegur seorang pengawas lelaki yang sedang menjaga pintu masuk sekolah.

Muhamad Farhan mengeluarkan sebuah buku catatan dan sebatang pen daripada poket seluar. Rabiatul tidak kisah andai namanya ditulis di dalam buku itu. Yang penting, dia perlu masuk ke dalam kelas dan belajar seperti pelajar yang lain. Peperiksaan SPM berbaki lebih kurang enam bulan sahaja lagi.

Dia tidak mahu melepaskan peluang ini. Jika dia tidak mampu menduduki peperiksaan besar itu, bagaimana pula dengan masa depannya nanti? Jika dia tidak belajar, bagaimana dia mahu mengotakan janji kepada arwah abah yang sudah pergi menghadap Ilahi.

"Maafkan saya," pinta Rabiatul sambil memandang ke bawah. Lelaki yang bernama Farhan itu langsung tidak dipandang. Dia lebih selesa jika tidak bertentang mata dengan lelaki itu.

"Pergilah masuk," arah Farhan kepada Rabiatul.

"Terima kasih," ucap Rabiatul beserta dengan satu senyuman manis. Dia meneruskan langkah untuk ke kelas. Farhan memandang belakang gadis itu.

Sebenarnya, dia kesiankan Rabiatul. Gadis itu berasal dari keluarga yang miskin dan tinggal tidak jauh dari rumahnya. Ibu Rabiatul mengambil upah menjual nasi lemak di beberapa buah gerai untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Kebiasaanya, selepas pulang dari sekolah, Rabiatul akan bekerja sebagai waitress di sebuah kafe di bandar untuk mencari duit bagi melunaskan yuran SPM yang tertunggak. Semangat yang dimiliki oleh Rabiatul untuk berjaya dijadikan inspirasi untuk dirinya. Kemiskinan bukanlah penghalang untuk seseorang itu berjaya.

Cumanya, dia pelik mengapa gadis yang berumur 17 tahun itu sanggup bekerja di bandar semata-mata untuk mencari duit. Adakah abangnya tidak bekerja? Setahu dia, Rabiatul mempunyai seorang abang yang merupakan bekas seniornya dalam Kelab Bola Sepak.

"Hoi! Termenung pulak," sergah Aman dari belakang sambil menepuk lembut belakang Farhan. Matanya turut dihalakan ke arah figura yang sedang diperhatikan oleh Farhan dengan penuh minat.

"Kau syok kat dia kan?" usik Aman sambil memandang Farhan.

"Banyak lah kau. Dah aku nak masuk kelas dah ni," nafi Farhan sambil memasukan buku catatan dan pen ke dalam poket seluar semula.

"Eleh, tak nak mengaku lagi ke? Kau ingat aku tak tahu yang kau sebenarnya tak pernah sekali pun tulis nama dia dalam buku catatan tu. Bukannya sekali dia datang lambat. Orang lain kau bolehlah nak menipu. Ini Aman lah. Sekilas ikan di laut, sudah kutahu jantan atau betina," guraunya sambil mendabik dada. Farhan mula beredar dari situ. Aman bukannya boleh dilayan sangat. Makin dilayan, makin menjadi.

**********

Adawiyah POV

Adawiyah melayangkan penumbuk sulungnya ke arah seorang pelajar lelaki. Sebiji penumpuk yang singgah tepat di hidung Afiq membuatkannya hilang keseimbangan lalu terjatuh ke belakang.

Suara pelajar dari kiri dan kanan yang sedang bersorak menjadikan Adawiyah semakin berani untuk menghadiahkan penumbuk untuk kali yang kedua. Darah pekat mengalir keluar dari batang hidung Afiq. Tenaga yang dimiliki oleh Siti Adawiyah setanding dengan tenaga seorang lelaki. Afiq mengesot ke belakang apabila mendapati Adawiyah yang sedang mara ke arahnya tanpa rasa gentar.

SWITCH [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now