BAB 11: DUGAAN KEHIDUPAN

193 35 71
                                    

Rabiatul POV

Aniq meletakkan beg sekolahnya di atas kerusi bersebelahan dengan tempat duduk Adawiyah. Mata-mata yang memerhatikan kelakuannya langsung tidak diendahkan.

''Ada aku kisah? Tak penat ke jadi busybody?'' getus hatinya.

Jam tangan berjenama yang tersarung pada tangan kanan dikerling.

''Lambat betul minah ni datang sekolah,'' rungut hatinya. Tangan disilangkan ke dada dan matanya tepat memandang ke arah pintu. Tak sabar nak tengok reaksi Adawiyah nanti.

Rania yang tiba di kelas memandang pelik Aniq yang selamba badak sedang duduk di tempatnya. Dia membuka langkah menuju ke arah lelaki itu.

''Hei! Kenapa kau sesuka hati duduk tempat aku?'' soal Rania tidak puas hati. Dia memeluk tubuh sambil memandang lelaki itu dengan perasaan marah. Hatinya bertambah geram apabila terpandang wajah selamba Aniq.

''Mulai hari ini dan hari yang akan datang, secara rasminya aku akan duduk di sebelah kawan baik kau, Adawiyah. Nanti kau akan tahu kenapa," balas Aniq sambil menumpukan pandangan ke arah pintu kelas. Langsung dia tidak memandang Rania yang sedang menahan marah.

"Kau ni..." Ayat itu terhenti di situ tatkala matanya ternampak tangan kanan Aniq diangkat tanda menyuruhnya berhenti bercakap.

Kedua-dua belah tangannya mengengam penumbuk. Matanya mencerlung tajam ke arah Aniq. Nampaknya lelaki itu benar-benar keterlaluan.

Walaupun sekarang ini jam baru menunjukkan pukul 7 pagi, kesejukan yang sepatutnya dirasakan seakan hilang dan diganti dengan bahang kepanasan. Malas hendak menghadap sifat poyo Aniq, dia berlalu dari situ sambil menghentak kaki dengan kuat. Senyuman yang diberikan oleh Hakim dia balas dengan jelingan tajam. Terus mati senyuman di wajah lelaki itu.

Rabiatul mengerutkan dahi tatkala memandang wajah cemberut Rania yang sedang membaca buku. Helaian muka surat juga dibuka kasar. Tapi, yang lebih pelik ialah Rania yang telah berpindah tempat duduk.

"Rania, kenapa awak..." Belum sempat dia menghampiri Rania, beg sekolah yang disandang tiba-tiba ditarik seseorang dari arah belakang. Kalut dia berpusing untuk melihat gerangan yang sedang menarik begnya.

"Kau bawa batu ke apa?" rungut Aniq kepada Rabiatul dan kembali melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Rabiatul mula berasa tidak sedap hati. Dia tidak mahu menghadap lelaki itu lagi.

Pertemuan sebelum ini menjadikannya lebih berhati-hati. Rabiatul berdiri statik di tepi meja seperti sedang bersedia untuk menyanyikan lagu Negaraku.

"Kenapa awak duduk tempat Rania?" soal Rabiatul polos. Keningnya saling bertaut.

"Suka hati akulah. Mulai hari ini, aku akan jadi jiran baru kau. Dah jangan banyak soal. Duduk." Aniq mengeluarkan arahan seperti seorang diktator tanpa menghiraukan perasaan Rabiatul.

"Mana bol..." Belum sempat ayat itu dihabiskan, lengan kanannya ditarik dan Rabiatul jatuh terduduk di kerusi.

Terbeliak biji mata Rabiatul diperlakukan seperti itu. Walaupun lengannya berlapik, dia tetap merasakan lengannya terkena renjatan elektrik selepas ditarik oleh Aniq yang bukan muhrimnya.

Aniq yang melihat reaksi Rabiatul yang nampak seperti tidak berpuas hati lantas meletakkan jari telunjuk kanan ke bibir. Perempuan kalau dah mula membebel entah bila akan habis.

"Kau cakap sepatah aku buat lebih teruk dari tadi," ugut Aniq sambil menayangkan muka serius. Akhirnya Rabiatul hanya mampu diam dan memandang Rania yang berada di belakang dengan pandangan sedih.

"Habislah aku," getus hatinya. Jujur dia cakap, aura seorang lelaki yng bernama Aniq Mikail ini sangat menyeramkan. Entah bagaimana keadaan dia selepas ini.

****************

Adawiyah POV

"Boleh pula motosikal ni buat hal. Kalau macam ni, pukul berapa boleh sampai sekolah?" rungutnya di dalam hati sambil memandang ke arah motosikal lama yang dituntun oleh Rafiq.

Oleh kerana terlalu geram, dia mengayunkan kaki kanannya ke belakang dan menyepak tayar belakang motosikal Yamaha.

"Aduh!" Spontan Adawiyah mengaduh kesakitan.

"Kau kenapa?" tanya Rafiq sambil memandang ke arah adiknya pelik. Terhenti motor itu di tengah jalan.

"Hah? Tak de," jawab Adawiyah sambil menggeleng kepalanya laju.

"Motor abah memang selalu rosak ke?" Soalan itu terpacul keluar akhirnya.

Sebenarnya dari tadi dia hendak bertanya tapi melihat kepada wajah masam mencuka Rafiq, terus dia batalkan niat dan berdiam diri.

"Selalu juga. Biasa dia rosak waktu aku nak balik kerja tapi hari ni awal pula dia buat hal," balas Rafiq tanpa memandang ke arah Adawiyah yang masih setia mengekori di sisi.

"Kau tak nak beli motor baru ke?" Adawiyah menanyakan soalan itu takut-takut. Risau jika Rafiq terasa.

"Aku tak ada duit lagi. Duit gaji bulan ni aku nak bagi kat mak. Boleh mak gunakan duit tu untuk baiki mesin basuh. Kesian pula aku tengok mak penat hari-hari basuh baju guna tangan," jelas Rafiq.

Selepas mendengar jawapan daripada abang Rabiatul, Adawiyah terdiam sekali lagi.

Mungkin kerana terdapat masalah dari segi kewangan, Rabiatul terpaksa bekerja di kafe untuk membayar yuran SPM.

"Kau tak perlu risau. Tugas kau sekarang ni cuma belajar dan belajar. Jangan jadi bodoh macam aku. Kau je harapan keluarga kita. Fikirkan kesusahan mak dan abah untuk menyara kehidupan kita. Aku dah bazirkan masa dua tahun tanpa buat apa-apa dan aku harap kau tak ikut jejak aku," sambung Rafiq lagi dan terus menuntun motor. Langkah Adawiyah menjadi semakin berat dan akhirnya dia berhenti di tengah jalan.

Ayat yang keluar dari mulut Rafiq berlegar-legar dalam kotak pemikirannya.

"Apa maksud dia?" Kening bertaut sesama sendiri sambil otaknya bekerja keras untuk mencerna ayat itu.

Belakang badan Rafiq yang semakin jauh di hadapan dipandang lama sebelum langkah diteruskan. Pagi itu, persoalan demi persoalan muncul dan dia berharap sebelum jasad mereka bertukar ada kebaikan yang dapat dia sumbangkan kepada keluarga Rabiatul.

Tiba sahaja di pintu pagar sekolah, Rafiq menurunkan tongkat motornya. Tangan kiri menyeluk poket sebelum dua keping duit not RM1 dikeluarkan.

"Ambil ni. Gunakan untuk makan," pesan Rafiq seraya menghulurkan wang itu.

"Tak payah. Mak dah bagi duit kat rumah tadi," tolak Adawiyah menggeleng kepala.

"Duit yang bagi mak bagi tu kau simpan untuk masa depan. Duit yang aku bagi ni pula guna untuk makan. Cepatlah ambil. Aku nak pergi repair motor ni. Nanti terlewat pula masuk kerja," gesa Rafiq lagi.

Dengan berat hati, Adawiyah menghulurkan tangan dan duit not itu bertukar tangan. Mungkin duit itu sikit pada pandangan pelajar yang lain tapi bagi dirinya duit itu cukup bermakna.

Rafiq mula berlalu pergi dari situ. Keluhan berat dia dilepaskan.

"Kau insan yang kuat Rabiatul," ujarkan kepada diri sendiri.

"Rabiatul." Adawiyah panggung kepala apabila nama itu diseru.

Farhan berdiri tepat di hadapan Rabiatul. Ada hal mustahak yang perlu diselesaikan dengan gadis itu.

"Kenapa?" Hanya balasan itu yang keluar dari mulut Adawiyah.

"Lepas sekolah, jumpa aku kat padang bola sepak. Ada hal penting yang aku nak bincangkan dengan kau," tutur Farhan dan mula berjalan pergi. Dia meninggalkan Rabiatul yang memandangnya dengan penuh tanda tanya.

Pesanan penulis
💓 hi guys.. Miss me? 🤣 Syok sendiri ja kan author ni🤣

SWITCH [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now