BAB 3: PELIK

233 67 71
                                    

Iqbal mengeluarkan tablet ubat yang dipenuhi dengan barisan panadol dari beg sandang. Dua biji panadol dikeluarkan dan diletakkan diatas telapak tangan kanan. Tangan kiri pula mencapai botol air mineral 500ml di atas meja. Berkerut mukanya menahan pahit rasa ubat apabila panadol yang ditelan menyapa deria rasa.

"Sakit kepala lagi ke?" tanya Irfan sambil memicit bahu Iqbal dengan kedua-dua belah tangan. Mesti semalam Iqbal tak balik ke rumah gara-gara hendak menunggu keputusan daripada eksperimen yang dijalankan.

Iqbal mengangguk sambil menikmati urutan yang diberikan.

"Nikmatnya," ujarnya sambil memejam mata.

"Apa kata kau pergi kemas barang-barang kau lepas tu kau balik. Kerja pun kerja jugak, jangan sampai kesihatan kau pula yang terabai," nasihat Irfan sambil meneruskan urutan. Jari-jemari berpindah pula ke atas kepala Iqbal dan dia mula memicit lembut dahi Iqbal walaupun tidak disuruh.

"Kejap, lima minit," balas Iqbal sambil menutup mata.

Iqbal mula mengemas barang-barang untuk dibawa balik.

"Alamak, aku lupalah nak ambik gambar setiap proses yang aku buat," keluh Iqbal sambil menepuk dahi. Semua gambar-gambar itu diperlukan untuk membuktikan bahawa eksperimen yang dijalankan ada miliknya.

"Dah tak payah nak susah-susah fikir. Kau balik je dulu. Nanti aku tolong ambilkan gambar keputusan yang kau dapat. Sekurang-kurangnya waktu kau present nanti ada juga bukti," cadang Irfan kepada Iqbal.

"Okeylah kalau kau dah cakap macam tu. Aku serahkan semuanya pada kau. Aku balik dululah. Assalamualaikum," ujar Iqbal dan menuju ke pintu.

Irfan menjawab salam yang diberikan. Dia mengeluarkan telefon pintarnya dan mengambil gambar hasil keputusan. Moga kali ini eksperimen yang dijalankan akan membuahkan hasil. Dia dan Iqbal sebenarnya saintis yang telah diupah oleh kerajaan Jepun untuk menghasilkan sejenis ubat untuk kegunaan tentera Jepun pada masa akan datang. Irfan telah memilih untuk menghasilkan sejenis air minuman yang mampu membekalkan tenaga untuk sehari kepada badan manusia tanpa perlu mengambil makanan dan minuman. Iqbal pula katanya hendak mencipta satu tablet ubat yang mampu memberikan ketahanan kepada tubuh badan manusia terhadap penyakit yang ada di dunia ini.

Melihat kepada keputusan projek Iqbal yang ada di depannya, nampak gayanya tidak lama lagi Iqbal akan dibenarkan pulang memandangkan projek yang dipilih oleh lelaki itu sudah hampir selesai. Berbeza pula dengan dia yang sudah menghabiskan masa hampir setahun untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki namun sehingga sekarang dia masih belum menemukan keputusan yang diperlukan.







Iqbal membuka buku catatan dan mula mencatat keputusan yang diperolehi. Kesan ubat kepada tikus A positif (hidup dan sihat) dan kesan ubat kepada tikus B juga sama. Alhamdulillah, ucapnya tanda mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Ilahi. Usai mencatat apa yang patut, dia mengambil makanan untuk diberikan kepada tikus-tikus yang digunakan sebagai bahan eksperimen. Tikus A merupakan tikus karnivor iaitu tikus yang memakan daging untuk hidup. Tikus B pula ialah herbivor dan dia berikan sayur-sayuran sebagai makanan harian. Kedua-dua mereka dikurung di dalam sangkar lutsinar yang berbeza.

"Baby, apasal tak nak makan pula ni? Penat tahu daddy carikan daging gred A untuk awak," rungut Iqbal. Yang menjadi tanda tanya, tikus B juga sepertinya tidak berminat dengan sayur brokoli yang diberikan. Dah lah sayur tu mahal, boleh pula dia tak nak makan? Nasib baik ada peruntukan yang diberikan oleh kerajaan Jepun. Kalau tak, bankraplah Iqbal.

"Baby-baby daddy, makanlah dulu. Daddy janji kalau awak berdua behave dan habiskan makanan tu, daddy akan bawak awak berdua keluar jalan-jalan," pancingnya kepada tikus A dan B. Malangnya, kedua-dua ekor tikus itu langsung tidak menghiraukan percakapan Iqbal. Biul agaknya si Iqbal ni.

"Fikir Iqbal, fikir. Kalau diorang tak makan, macam mana kau nak rekod result nanti," getusnya sambil berjalan mundar-mandir untuk mencari jawapan.

Dua hari lepas, dia telah memberikan dua biji ubat ciptaannya kepada tikus-tikus itu selepas makan malam. Dan hari ini sepatutnya dia mengambil result keadaan terkini tikus-tikus yang dibelanya setiap hari selepas diberikan makanan. Proses ini bertujuan untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat.

"Ke aku nak biar je tikus-tikus ni kat sini. Nanti kalau dah lapar, mesti tikus-tikus ni akan makan punya," katanya pada diri sendiri sambil mengetuk jari jemari pada dagu.

"Baby, daddy keluar dulu tau. Jangan lupa makan nanti. Nanti kita jumpa lagi tau," pesannya kepada tikus A dan B. Empat jari dibawa ke mulut dan bunyi muah kedengaran selepas itu.





Aniq menyedut Iced Americano yang dipesan tadi. Matanya meliar memandang ke seluruh pelusuk kafe. Dekorasi di dalam ruang kafe itu begitu santai, kemas dan selesa. Gabungan beberapa lukisan menarik dan juga pelbagai pilihan kerusi dan meja mengikut kesesuaian dan pilihan pengujung kafe hipster ini. Senang cerita, kafe ini memang kena dengan citarasanya.

Sedang asyik menghayati pemandangan yang ada di dalam kafe itu, matanya tertancap pada seorang waiter yang sedang memberikan penerangan kepada pelanggan berbangsa cina. Sesekali dia ternampak gadis itu tersenyum kepada pelanggannya.

"Manis," pujinya di dalam hati. Hatinya meronta untuk terus memerhatikan gadis itu. Tanpa dia sedar, setiap gerak geri gadis itu diperhatikan dengan penuh minat. Sampaikan bila gadis itu tersenyum, dia juga akan terikut sama tersenyum.

"Terima kasih kerana memilih kafe kami," ujar Rabiatul sambil membuka pintu kafe untuk pelanggannya. Kepala ditundukkan sedikit tanda hormat manakala tangan kanan disilangkan ke bahu kiri. Itulah yang telah diajarkan oleh pemilik kafe ini. Katanya semua pelanggan yang datang perlu diberikan layanan yang terbaik dan sudah menjadi tugas semua pekerja untuk memastikan nama kafe ini mendapat tempat di hati pelanggan. Kedua-dua belah tangan diraup ke muka tanda dia bersyukur kerana tidak gagap semasa memberikan penerangan sebagai seorang pelayan sebentar tadi.

Aniq Mikail leka memerhatikan gadis itu. Iced Americano disedut lagi untuk menghilangkan dahaga.

"Cute, bersopan-santun dan beragama. Nice," getusnya di dalam hati. Kalau dia berjumpa lagi dengan gadis itu lain kali, dia berjanji akan mengambil nombor telefon dan akan menjadikannya sebagai teman wanita. Lagipun dah lama dia single. Sejak break dengan kekasihnya dua bulan lepas, dia masih belum mencari pengganti. Nampaknya, dia sudah ada mangsa baharu. Telefon pintar milik Aniq berbunyi minta diangkat. Butang answer dileretkan menggunakan jari sebelum melekapkan telefon ke telinga.

"Haa apahal?" tanya dia kepada pemanggil di sana. Tiada sebarang salam yang diberikan.

"Pasal Afiq? Apa hal yang penting sangat?" soalnya pelik sambil mengerutkan kening mendengar bicara rakannya.

"Okey-okey. Jumpa kau kat sana nanti." Panggilan telefon dimatikan.

"Hal apa pula yang kau buat kali ini Afiq?" keluhnya dan mengangkat punggung untuk beredar dari situ.





Farhan mengeluarkan buku teks dan buku latihan yang diletakkan di bawah meja. Jam di dinding sudah menunjukkan jam tiga petang. Hari ini dia pulang sedikit lewat daripada pelajar yang lain kerana ada mesyuarat badan pengawas untuk perlantikan ahli baru.

Usai mengeluarkan semua buku-buku yang diletakkan di bawah meja, zip beg ditarik dan beberapa buku dimasukkan ke dalam beg. Sekeping sampul surat bewarna pink yang jatuh ke bawah menarik perhatiannya.

Badan ditundukkan untuk mengambil sampul surat itu.

"Siapa punya?" desis hatinya.

Sampul surat itu dibuka dan sekeping surat yang bersaiz lebih kecil ditarik keluar. Dia membaca bait-bait perkataan yang dikarang di dalam surat itu. Farhan terkedu apabila selesai membaca surat yang dikirim oleh Rabiatul.

Darah yang dipam oleh jantung ke seluruh menjadi semakin laju dan menyerbu naik ke seluruh muka. Mukanya terasa berbahang tiba-tiba.

"Hoi! Jom balik," sergah Aman dari pintu kelas.

"Ja...jap. Ak...aku nak kemas beg," jawab Farhan tergagap-gagap. Surat tadi dilipat dan dimasukkan semula ke sampul. Aman memandangnya pelik.

"Dah kenapa kau tergagap-gagap ni?" soal Aman pelik. Muka lelaki itu merona merah seperti buah tomato yang sedang masak ranum.

Farhan tidak menghiraukan soalan itu dan berjalan meninggalkan Aman di situ.

SWITCH [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now