1

11.5K 464 45
                                    


Matanya memandang jam dinding yang terang bercahaya hijau di dalam kegelapan bilik. Sudah 3.25 pagi. Tanpa menghiraukan waktu mustajab untuk melaksanakan Sunat Tahajud itu, terus saja dia bangun daripada baring sambil meletakkan iPhone ke tepi bantal dan sambil lalu mencapai Vivobook daripada rak buku.

Ni lah susahnya jadi content creator, slash a writer, slash a bipolar disorder in disguise. Dhiya berbisik benci kepada diri sendiri. Walaupun begitu, jarinya sudah mula laju menaip.


1602 0328

Mari kita mulakan pagi Isnin ini dengan mukadimah.

Suatu ketika dulu, ada seorang pengarang cerita. Ceritanya memang lain daripada yang lain kerana uncliche dan banyak menekankan isu-isu sensitif yang tidak ditekankan dan tidak dibuka kepada mata masyarakat. Secara luas. An awareness. Tetapi setiap ceritanya agak me-romanticize one thing.

Sexual deeds.

Again. Suatu ketika dulu. Dia selesa mengarang cerita begitu diiringi pula oleh pembacanya yang begitu seronok membaca dan sama-sama bergelak ketawa dengan gurauan lucah yang ada.

Tetapi sekarang, ceritanya tidak lagi begitu.

Apa yang saya nak sampaikan?

Dua benda.

Sesuatu benda yang dirasakan selesa dahulu tidak lagi selesa sekarang kerana dunia dan sekeliling kita semakin tenat.

Perubahan itu patut dicontohi dan diikuti, bukannya kembali membuka pekung yang lama yang kemudiannya, hanya akan kembali menjadi pahit dan memburukkan keadaan yang baru saja harmoni.

Pengarang itu menulis mengenai si ayah mengucup bibir anak dan anak itu ketawa riang kesukaan. Adorable.

Tetapi sekarang, isu itu amat sensitif.

Siapa yang patut disalahkan?

Hanya satu. Bumi dan dunia semakin tenat kerana perbuatan manusia.

KITA.

Pembacaan yang seronok dan lucu tidak lagi boleh digunakan sekarang kerana sudah menjadi isu sensitif. Mahu berpakaian dan mengekesperisikan diri di dalam berbagai bagai raga juga tidak boleh kerana pengadilan aurat oleh mulut-mulut keliling yang begitu berleluasa. Tidak membuat laporan dikatakan salah. Membuat laporan juga dikatakan salah. Bermacam-macam lagi jenis pengadilan yang tidak bertapis yang kita hadapi.

Dan apa diri kita as individual perlu lakukan untuk keamanan sejagat yakni diri kita keseluruhannya? Don't give a fuck. Buat apa yang kita rasa suka selagi tidak menyusahkan orang lain dan selagi tidak salah. Kerana percaya lah cakap saya, perlahhan demi perlahan dan sedikit demi sedikit, kita boleh menerima perubahan ke arah diri kita yang terbaik.

Sebagai contoh, pengarang cerita tadi.


Dhiya menarik rambutnya ke belakang telinga dengan matanya begitu dekat memandang skrin. Mata tidak rabun tetapi terhalang oleh rasa ngantuk. Puas hati dengan sesi repekannya di waktu dinihari itu, terus dia menekan butang ENTER sebelum menutup Vivobook dan kembali berbaring melayani rasa ngantuk sehingga dirinya melayang ke dunia karutan mimpi.

***


Dhiya duduk di luar rumah memandang jiran di hadapannya yang sedap membunuh nyamuk dengan badminton elektrik. Vivobook di riba tidak lagi digeletek bebutang kuncinya meneruskan taipan. Perhatiannya teralih tiba-tiba. Cuba dia membuang segala yang mengganggu kepala dengan mata pejam dan tarikan nafas yang perlahan dilepaskan berulang kali.

Keringnya Sekeping Hati (in editing)Where stories live. Discover now