9

7.9K 265 35
                                    

this chapter pun ada little geli2 18sx hehehehe😈😈😈😈



"Dhiya."

"Aargh! Jangan! Jangan!"

"Dhiya! Ni As ni. As!"

Dhiya tersedar. Matanya sedari tadi lagi celik tetapi pandangannya kosong. Dia hanya nampak wajah Yusri dan kemudian wajah Asfa dan terus dia termangu-mangu sendirian. Dan sekarang... As. Ya, As selamatkan dia. Terus dia peluk bahu lelaki ini. Tubuhnya terketar-ketar. Dia takut. Yang peliknya air matanya tidak langsung keluar. Dia hanya takut dan gerun saja. Dia sendiri dapat rasa ketaran yang menyelinap di setiap pembuluh darahnya. Semakin kemas dia cengkam baju Asfa.

Asfa usap kepala Dhiya yang sungguh lah terketar-ketar tidak diam. Sehingga dia dengar gigi gadis itu yang ada kalanya berlaga. Dia sentuh jemari Dhiya. Sejuk. "Shhh As ada sini. As ada, sayang. Jangan takut jangan takut."

Dhiya tidak bersuara. Dia hanya memeluk Asfa dengan matanya yang masih bulat tidak beralih daripada tong sampah. Mana Yusri? Asfa yang menariknya bangun dia ikut saja. Tubuhnya rapat di sisi Asfa. Kalau boleh dia nak melekat dengan Asfa. Dia nak jadi Asfa supaya perkara macam ni tak berlaku kepadanya lagi. Kenapa aku pendek? Kenapa aku lembik? Sungguh dia rasa mahu mengetuk dan terus mengetuk kepala sendiri. Biar dia kembali kena TBI.

"Esok kasi As jumpa bos Dhiya. Biar As sendiri yang cakap. Sekaligus Dhiya habiskan semua kerja Dhiya kat rumah je. Jangan lawan cakap As. Sekarang As cari makan dulu alas perut Dhiya lepas tu kita balik."

Suara itu samar-samar. Ayat itu samar-samar. Derianya terasa samar. Matanya memandang Asfa yang mula mahu memandu. Terus dia pegang lengan Asfa. "Mana dia?" Dia nampak lelaki itu mengetap rahang. As dah bunuh ke? Matanya semakin bulat.

"As dah humban dia dalam tong sampah. Dia mati ke apa As tak kisah. Yang penting sekarang ni, Dhiya. Dhiya... As... Ya Allah. As minta maaf. Takpe kita balik. Dhiya jangan fikir hal ni."

Lagi sekali dia menyentuh lengan lelaki itu menghalang daripada lelaki itu memandu pergi. Tidak menunggu terus dia memeluk bahu Asfa sekuat-kuat hatinya. "Saya dah ada kat sini, As. Terima kasih." Dia rasa lelaki ini diam di dalam pelukannya. Dia takut. Dan dia nampak Asfa juga takut. Takut kerana apa dia taktahu. Takkan Yusri Asfa dah bunuh? Sebab tu ke As takut? Ke dia takut dengan apa yang jadi pada aku? "Saya selamat, As. Awak dah selamatkan saya." Matanya pejam menahan ketar yang masih tak hilang. "As dah selamatkan Dhiya."

Asfa mengeluh kuat serupa melepaskan geram sebelum sama-sama mendakap Dhiya. Sekaligus ditarik gadis ini ke atas ribanya. Dia tenang dengan jemari Dhiya yang bermain di rambut juga yang mendakap lehernya. Tubuh Dhiya masih terketar-ketar. Mereka kekal begitu di dalam diam sekaligus sehingga ketar Dhiya hilang begitu juga dengan ketar dirinya. Dia meregangkan pelukan memandang Dhiya yang tunduk memandangnya. Perlahan-lahan dia sentuh pipi Dhiya. "Did he hurt you?"

Dhiya menggeleng perlahan. "Bahu saya je sakit. Lenguh." Mata Asfa bertanya lagi. Kepalanya menggeleng perlahan dengan mata pejam. "Tak. Tak sempat." Dia rasa lemah dan penat. "Same with before, As. Lelaki India dulu pun tarik saya masuk kereta tapi tak jadi apa-apa. And now... again. Ohhh I'm tired." Matanya buka memandang Asfa. "Nanti ajar saya martial art sikit. Silat ke apa ke."

Asfa masih mengeluh dan mengeluh. "Ya Allah, Dhiya. Dulu, sekarang... masa ada As ni pun you're not safe. How can I be sure you're always be safe whenever you alone?"

Dhiya diam memandang dada Asfa. Seperti perempuan yang lain juga lah, she just needs to adapt. Lelaki dah memang banyak bertuhankan nafsu sekarang ni. Kuasa atasan pun tidak mampu untuk mengatasi hal ini, ini kan pula perempuan-perempuan lain di luar sana. Termasuk lah dia. Takkan nak upah boyfriend atau suami masing-masing jadi bodyguard pulak.

Keringnya Sekeping Hati (in editing)Where stories live. Discover now